Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri. :)

Asalamualaikum.

Hari ini diri ini masih bekerja.. Alhamdulilah dengan rezeki hari ni. Esok dah nak raya, malam ni mesti bz dah nk kene tolong mak buat masak-masak utk lauk hari raya esok. Hehe. Tahun ni dah bergelar ibu ber-anak dua, so memang agak kelibut sikit tahun ni. Ketupat palas pon tak dapat buat tahun ni.. hmm. Sadis juga.. tp tahun-tahun lepas penat-penat buat ketupat palas, last-last mesti xmakan.. makan pon mesti dua tiga ketul je. Tak tau kenapa.. Pelik juge.. hehe.

Kuih?
Pun sama. Beli je tahun ni. Ada anak kecik, memang agak limit masa dan ruang utk buat kuih. Lagipon masih duduk satu bumbung dengan mak abah, segan nak sepahkan dapur mak. Takut mak marah nanti sebab semak. Hehe.

Us

Tahun ni raya besederhana, cukup sederhana. Dugaan yang tak diduga datang menimpa betul-betul di awal Ramadhan. Tapi takpelah.. segala yg terjadi semuanya aturan Allah swt. Mungkin ada hikmah yang tersendiri yang masih belum kami sekeluarga fahami sepenuhnya. Kami tetap bersangka baik.. :) At least, we are still together, stronger than ever.

Tak merungut, kami tetap bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah berikan pada kami. :)

Hari Raya kali ini amat bermakna dengan kehadiran ahli baru kami, Laila. This is her first official Hari Raya. Alhamdulilah. Ilyas pon dah nk masuk tahun ketiga sambut hari raya.. Ibu akan pastikan Laila dan Abang Ilyas lah orang-orang yg paling happy utk sambut raya kali ni. Insyallah. :)

Dengan ini, saya Farhana bt Wahab.. dikenali sebagai Fana atau Farsha ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Mohon maaf andai ade khilaf yg ditimbulkan sepanjang perkenalan kita.. mohon maaf juga andainya ade kekurangan yg ditimbulkan di blog yang tak seberapa ini.. Salam kosong-kosong ye. Namau simpan dalam hati ok? :)

Us2

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Salam Maaf Zahir dan Batin.

Dari keluarga kecil kami,
- Ahmad Ferrozam-
- Farhana - 
- Ahmad Ilyas - 
- Laila -

No comments: