Monday, March 17, 2014

Perbualan itu.

Ilyas merengek-rengek nak tidur. Aku tepuk-tepuk manja di punggungnya, memujuk supaya dia tidur. Selepas lebih kurang 10 minit merengek, bergolek ganas seperti mahu wrestling, akhinya Ilyas lena di lengan aku. Lenguh juga rasa di lengan, besar dah anak ibu ni sebenarnya. Dulu kalau lena di lengan, belum lagi rasa kebasnya. Sekarang, baru letak seminit, terus terasa kebas mencucuk-cucuk. Alhamdulilah, sihat anak ibu. Terima kasih Allah.

Tak lama kemudian, Kioshii masuk ke dalam bilik. Diletaknya cawan berisi air suam di atas meja, lalu dia melabuhkan tubuhnya ke atas katil dengan perlahan. Tak boleh terlalu kasar, takut terjaga pulak si Ilyas. Kioshii terus memegang handphonenya, dan di skroll satu persatu news feed di FB nya. Memang itu rutin Kioshii sekarang. Handphone pengganti suratkhabar I guess.

Kioshii

"Ayah ok ke ari tu jaga Ilyas kat rumah mak?" - kata aku memulakan bicara.

--"Alhamdulilah. Ok je. Tapi tula.. Ilyas dh lasak, penat ayah nk kejar dia. Ke depan ke belakang dia lari kat rumah mak tu." - balas Kioshii.

**

Disebabkan aku terpaksa join company trip ke Belum, Perak, aku terpaksa tinggalkan Kioshii dan Ilyas di rumah. Jadinya, Kioshii bawa Ilyas balik ke rumah mak selama tiga hari. Saja nak meluangkan masa kat sana katanya, bagi Ilyas main dengan Atok dan Nenek di sana. Aku ok saja, tapi aku buat Kioshii berjanji sebelum aku pergi ke Belum, "Janji dengan saya awak akan jaga anak awak sepenuhnya, perhati dia setiap masa, dan jangan harapkan atau susahkan orang lain utk jaga anak kita?". Dia berjanji dia akan jaga, sebelum aku pergi. Aku percayakan dia.

**

"Standardlah ayah, skang Ilyas dah suke explore bende baru. Lagi la dia ligat ke sana sini..sian ayah."

--"Itulah. Malam pun dia asik mengigau. Kejap2 nangis. Rindukan ibu kot masa tu."

Terus aku usap Ilyas yang sedang enak tidur. Alahai anak, Ibu pun rindukan kamu masa ibu jauh dari kamu. Terlalu rindu!

"Yeke ayah? Uhuk. Sian dia. Sian ayah penat jaga dia sorang-sorang. Tapi itulah, kalau ayah outstation pergi Kelantan dulu tiap-tiap bulan, itulah yang ibu rasa. Jaga Ilyas sorang-sorang. Kalau keluar jumpa kawan ke ape, lagila kelam kabut. Rasa syahdu sangat kadang-kadang sebab takde sape nak tolong kita jaga anak.."

--"Tula. Ibu lagi banyak kali tinggal dengan Ilyas berdua."

** Kami senyap.

"Camana lah kalau ayah takde. Ibu takleh imagine hidup kalau ayah takde.." tibe-tibe aku tercakap ayat tu. Kioshii terdiam.

"Ayah, ibu takleh kot hidup kalau ayah takde."

--"Hm.. ayah pun sama. Kalau boleh, biarlah ayah pergi dulu. Sebab ayah takleh nk idup kalau ibu takde. Jujur cakap, ayah tak mampu.."

"Tapi ayah.. kalau ayah pergi dulu, takkan ibu je kene tanggung? Ayah tak pikir ke ape jadi kat ibu? Apa jadi kat Ilyas?"

--"Pikir awak... Itulah, kita yang rancang. Tapi Tuhan yg tentukan.."

** Senyap lagi. Tak faham kenapa isu begini yang dibualkan. Tapi kami berdua buntu fikirkan jawapan.

"Mungkin, kita berdua pergi sekali? Then masa tu masing-masing tak sempat merasa merana..kan? Tapi kesian Ilyas.." - kata aku.

--"Mungkin jugak. Tapi ayah tak nak pergi lagi, diri ni banyak yang tak betul. Tak bersedia lagi."

Terdiam. Aku terdiam.

Ibu

Aku pandang Ilyas. Aku doa dalam hati, panjangkan umur kami anak beranak, panjangkan jodoh kami suami dan isteri, sinari hati kami dengan hidayah Mu.. dan jadikan kami hamba-hambamu yang terpilih utk menjadi ahli Syurga Kamu Ya Allah.

Allahurabi.

**Catatan diri sendiri. Semoga menjadi peringatan utk diri sendiri suatu hari nanti.

No comments: