Friday, December 6, 2013

Selamat Hari Jadi, Ahmad Ilyas, Anak Ibu. :)

Asalamualaikum.

Hari ini 6 Disember 2013.

Berkali ibu cuba taip, berkali juga ibu padam. Hati ini ingin luahkan macam-macam buat anak ibu, bersempena dengan hari jadi Ahmad Ilyas yang pertama. Entah kenapa, susah ibu nak luahkan apa yng terbuku di hati ini, untuk anak ibu.

01
02
0304
05

Mungkin, realitinya.. setiap butir perasaan yang ibu rasakan, tidak mampu ibu ungkapkan dengan kata-kata. Lahirnya Ahmad Ilyas dalam hidup ini, membawa seribu kebahagiaan buat ibu sebenarnya. Ilyas membawa pelbagai makna dalam kehidupan ibu dan juga ayah. Ilyas telah melengkapkan segala yang tidak pernah lengkap dalam hidup ibu. Ilyas jawapan kepada setiap persoalan kehidupan ibu.

Ilyas tau tak.. betapa terujanya hati ibu bila ibu dapat tahu Ilyas dah mula muncul dalam rahim ibu? Ibu bersyukur pada Allah swt, sebab dah mengandungkan Ilyas.. walaupun ibu baru je hidup bersama ayah lebih kurang sebulan. Ilyas hadir dalam hidup ibu dan ayah tepat pada waktunya sayang. Alhamdulilah.

Sepanjang Ilyas duduk dalam perut ibu, banyak dugaan ibu tempuh. Macam-macam masalah Ilyas kene hadap, kesian Ilyas. Tapi, stiap kali ibu resah fikirkan masalah, ibu usap perut ibu.. Ilyas seolah-olah faham ibu tengah tak ok. Bile ibu usap je perut, ibu rasa tenang. Kadang-kadang Ilyas bergerak dalam perut ibu.. maybe Ilyas nk bgtau ibu yang Ilyas ada dengan ibu.. kan?

Ibu ingat lagi, setahun dari tarikh hari ni.. Ibu dah mula rasa sakit, sebab Ilyas dah nak keluar dari perut Ibu. Allahurabi.. sakitnya, hanya Allah yang tau. Namun ibu bersyukur, sebab proses melahirkan Ilyas teramat dipermudahkan olah Allah.. Dari saat air ketuban pecah, 4 jam lepas tu Ilyas dah lihat dunia. Ibu masih ingat, bila Ilyas keluar.. Doktor terus letak Ilyas atas perut Ibu. Ibu nampak Ilyas masih penuh dengan darah. Ilyas tak nangis, Ilyas senyap je. Lepas beberapa minit lepas tu baru ibu dengar suara Ilyas. Ibu tak tau kenapa, tangisan Ilyas sangat merdu waktu tu. Ibu terasa lengkap bila dengar tangisan Ilyas. Ya Allah, alhamdulilah, aku telah bergelar ibu. Alhamdulilah.

06
07
08
09

Terima kasih anak ku, kerana sudi hadir dalam hidup ibu dan ayah. Ilyas adalah pemberian yang paling bernilai dalam hidup ibu dan ayah. Doa ibu, agar Ahmad Ilyas sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan akal fikiran yg sempurna, dirahmati dan dilindungi Allah swt sentiasa.. Ibu tak sempurna sayang, terlalu banyak khilaf dalam kehidupan ibu. Namun, Ibu selalu berdoa agar Allah swt memberikan rahmat Hidayah buat Ilyas, agar Ilyas dapat jadi manusia yang soleh, beragama, beriman dan juga menjadi khalifah Allah yang berguna kelak.

Setahun dah berlalu sayang. Sekejapnya masa berlalu pergi. Ilyas dah berusia 365 hari dah sayang.

10
11
12

Anak Ibu,
Selamat hari jadi sayang, Ahmad Ilyas bin Ahmad Ferrozam. Hanya Allah swt sahaja yg mengerti betapa sayangnya Ibu kepada Ilyas. Tak terungkap dengan perbuatan, atau dengan kata-kata. Terima kasih sayang kerana sentiasa menyerikan hidup Ibu.

Selamat menyambut angka pertama dalam hidupmu sayang. Ibu sayang Ilyas. Teramat sayang. Ilyas nyawa ibu. Ilyas segalanya buat ibu.

Selamat hari jadi sayang. Anak Ibu. :')


No comments: