Thursday, November 22, 2012

Menunggu Hari.

Asalamualaikum..

Ok, i know. Blog agak bersawang. Ampun dan maaf wahai blog, sbb aku membiarkan kamu dalam satu masa yg bleh la dikatakan lama. But, dalam keadaan skang, asik takde idea je nk membebel ape. Nk upload gambar pon agak kureng, sbb keadaan fizikal yg agak "berat" membataskan diri utk mengambil gambar dalam keadaan extreme. Hehe.

Aku sedang menunggu hari. Yup! Kandungan skang dah pun berusia 37 minggu ( Menurut kata dr la ). Alhamdulilah, so far.. semuanya ok. Tiap bulan pergi klinik buat check up, doktor sahkan semuanya ok. Ari tu after kandungan dah masuk 6 bulan, kene jugak buat test gula tu. Yes, kene telan secawan air gula yg agak extreme manisnya. Fuh.. it was a pengalaman to remember. But, since aku pi kinik swasta, so dr nye agak ok bg aku minum air berperisa anggur yg rasanya agak sedap. Menurut kata kekawan.. kalau kinik kerajaan, dia bg air gula yg btul2 tulen. Tak tau la kan. Huhu.

Alhamdulilah, lepas buat test tu.. kandungan gula dalam darah berada di bawah paras yg sepatutnye. Doktor kata agak ngam2 jugak la. So, after dah buat test, doktor sarankan gi register hospital, utk bersalin nnt. Kioshii and me ada diskas pasal hospital, where should we go? Dulu, masa Kak Dyana bersalinkan Daud.. kat Putrajaya. Nk pergi swasta, sangatlah tanak consider, sbb pikir bajet. Bukan ape, ada facilities government hospital kan, yg menyediakan perkhidmatan dgn harga yg aku mampu, baik g situ kan? So, we decided to go to Putrajaya.

Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. Sekejap je kami gi hospital n register. Dan disebabkan pihak hospital tgk kad kesihatan aku semuanya normal, aku xyah datang lagi dah melainkan masa dah nk bersalin..

"Ok puan, semuanya ok berdasarkan kad ni. So lepas ni, bile dah rasa nk bersalin n ada tanda2, baru puan datang sini ye. Terus ke wad bersalin.."

Tercengang gak la. Ingatkan nk kene mai lagi wat cekap ke ape. Sbb dulu Kak Dyana kene berulang ke hospital wat cek darah semua. Menurut kata nurse, semua yg kene datang spital tu, disebabkan masalah2 macam gula tggi dalam darah, diabetic, darah tinggi.. dan other complication. So, alhamdulilah la, aku ok semuanya. PASS! Tggal nk push n kuarkan baby je skang ni.. hihi.

Now, bile dah hujung2 ni.. macam2 dalam kepala. Dalam family aku, mak dulu bersalinkan anak2 nya semuanya operate. Huhu. Kak dyana pon operate ari tu. So takde pengalaman normal. So, semua macam agak menanti dan cuak jugakla.. sbb xtau nk hadapi saat2 tu camana. Bile gi kinik, tanye jugak kat dr, camana nk bezakan sakit bersalin n sakit lain.. dia cakap, ikut instinct. Dia kata, naluri kita leh tau tu sakit cemana.. But tanda2 besar mcam turun darah n air ketuban pecah tu mmg cnfm la kan. Bukan ape, ari tu ada rasa macam sakit perut macam cramp masa period. Isau gak masa tu, sbb orang kata contraction tu sama rasa macam senggugut period. Bile pi kinik, dr kata xde. Tu maybe "Braxton Hicks". Ha, amik kau, macam2 term kuar. Aku plak yg penin.

But ape2 pun.. now, semuanya berubah mendadak. Perut aku dah semakin besar, sampai tahap duduk pon rasa senak, atas n bawah. Huhu. Berat badan naik mendadak, but at the last cekap, macam turun skit. Doktor kata tu tanda2 nk bersalin dah tu. Kaji juga di internet, dari 8 tanda2 bersalin, 4 dah ada kat aku. Huhu. Baby pun active, ada satu malam tu, dia bergerak sampai tahap perut ni dh mcm ada konsert. Gerak kiri kanan. Huhu. Indahnya pengalaman ni, Tuhan je tau. I am blessed.. :)

Aku just doa, semoga semuanya dipermudahkan Allah swt. Harapnya, semuanya selamat, for me and baby, dia lahir dalam keadaan sempurna, ckup sifat dan comel, plus pada waktu yang senang and semua orang ada. Huhu. Tapi, sbnrnye dah xsabar nk jumpa dia.. hope dia akan kuar next week. Hehehe. :)

Oh ye, selain dari citer pasal bersalin.. my life have a lot of ups and down. YES. Banyak dugaan yg datang, buat aku dan suami.. siyes. Sampai tahap tak terkata. Ada satu part tu, asik nak nangis je keje, sian kat baby. Haih. But, that's life i guess. Mungkin banyak dugaan buat aku skang. Harapnya, hadirnya baby nanti, dia akan melengkapkan segala yg mustahil dalam life aku skang.. Insyallah. Hati ini masih kuat utk sentiasa bersangka baik dengan stiap musibah yang datang. Doa aku, moga2 orang2 itu akan terbuka hati utk melihat kebaikan yg ada di sekeliling dorang, instead of keburukan. Insyallah.

Oh my little baby boy, ibu xsabar nk jumpa kamu. Semoga Allah swt memudahkan semuanya buat kita. Ibu xsabar nk curahkan segala kasih sayang buat kamu sayang. Be a good boy ok sayang? Ibu dan ayah tggu kamu. :)

Doakan kami ye? Oh ye, aah. It's a boy. Geng Daud nanti. Hehehe.. :)

Love,
Bakal Ibu to be. :)

3 comments:

Nana Syazana said...

alhamdulillah semuanye ok :)
kite pun geng jgk baby boy. hehe.

noorafzan said...

farhana,

nak tahu tanda bersalin selain daripada turun darah dan pecah air ketuban?

experience aku dulu, bila ko start sakit contraction kerap.
mula2 setiap 2 jam sekali dan tak kuat.
lama2, setiap sejam, lepas itu setiap 30 minit, lepas itu setiap 10 minit. Last sekali setiap 5 minit.
Dan makin cepat, makin kuat contractionnya dan of course makin kuat sakitya.

Bila contraction berlaku tiap 5 minit baru pergi hospital ok.
=)

Fanapicaholic said...

Nana Syazana, thanks dear. Hehe, baby boy jugak ke? Hehehe. Ramai geng boy tahun ni. Hope semua dipermudahkan utk u jugak tau. Jangan kerja keras2 sangat.. :)

Afzan, tq afzan for the info. Xtau la bile dapat jangka baby akan kuar.. kalau ikut due, ada seminggu lagi. But, ramai cakap next week. Sbb org kata baby boy kuar awal kn? Hehe. Tq Afzan. Ni tips berguna ni.. hehehe.. :)