Tuesday, September 18, 2012

Aku berhenti.

LoveDaud
.Daud.

Aku dah berhenti.
Aku dah berhenti dari satu perjuangan yang dah aku ceburi selama hampir 3 tahun.

Sekarang, aku lebih fikirkan zuriat yang ada di dalam perut aku. Dia yg merasa setiap penderitaan yang aku lalui sejak kebelakangan ini. Walaupun aku bawa dia ke mana jua aku pergi, nampaknya mereka cuba membutakan mata mereka bahawa aku sedang mengandung.

Kenapa? Kerana mereka sampai hati buat aku seperti sampah.
Ya, seperti sampah.

Aku akui aku turut ada salah dan cacat, tapi salah dan cacat aku tidak cukup untuk memberikan mereka lesen utk menganiayai aku sampai begitu rupa.

-- redha.

Aku redha Ya Allah. Aku halalkan semua yang telah aku lakukan, korbankan dan.. perjuangkan.

Buat kamu, kamu dan kamu.
Aku doakan kamu, kamu dan kamu berjaya. Berjaya perjuangkan apa yg kamu, kamu dan kamu idamkan dari 3 tahun dulu. Ingat 3 tahun dulu? Ya, aku turut bersama kamu, kamu dan kamu. Aku tak lupa setiap kebaikan kamu, kamu dan kamu. Aku cuma tahu satu, aku tak mampu bersama kamu, kamu dan kamu di saat sekarang, sebab ternyata kamu, kamu dan kamu dah jauh berubah. Kita dah tak sehaluan.

Kamu campak aku. Kamu buang aku. Kamu sisihkan aku.

Biarkan aku pergi.
Jangan cari aku lagi.
Jangan sebut nama aku lagi.
Jangan fikir tentang aku lagi.
Hiduplah kamu bersama impian kamu, kamu dan kamu.
Kali ini aku pasti.
Aku tak mahu lagi.

Aku tak mahu bersama impian kamu lagi.

** terima kasih Famili, Kioshii, Wadi Unung, Kawan2 dan kamu2 yang sentiasa di sisi. Kamu membuatkan aku sentiasa sedar bahawa aku tak seorang diri. Allah hantarkan kamu utk aku berdiri sekukuh ini.

Redha,
Fana a.k.a Farsha.

No comments: