Saturday, August 11, 2012

Upgrading... 2.0 to 3.0.

Soon

Perkara-perkara yang aku sedari dan pelajari sehingga kini.

#01. Baru aku tahu kat mana nak beli pregnancy test, and baru tahu camana nk guna. I used it twice.

#02. Betapa lamanya nk menunggu 5 minit selepas buat pregnancy test tu, rasa macam tggu 5 hari. Huhu.

#03. Betapa mendadaknya effect MABUK tu berlaku, lepas je tau positive result, terus mabuk tahap dewa.

#04. Dulu kalau kene gastrik, masih maintain. Kalau kene sebu perut, masih maintain. But utk fasa sekarang, aku boleh menangis just becos of perut masuk angin skit. Menangis mcm budak kecik, xpon mcm orang dewasa kene tinggal dengan kekasih. Sadis.

#05. Betapa susahnya nk telan susu. Ok, ni memang fail. Aku xboleh minum susu langsung. Dun know why.

#06. Betapa pentingnya makanan berkhasiat mcm sayur2an, buah2an. Dulu main bedal je semua makanan tapi pikirkan ape2. Skang kalau nk makan, kene pkirkan orang lain.

#07. Betapa rindunye tekak ku ini utk merasa nikmat air gas. Ohhh. Dah 5 bulan tk sentuh air berkarbonat ye.

#08. Betapa besarnya dugaan apabile nk bergelar ibu. Turut sama kene tempias adalah orang2 terdekat, suami, family dan bff. Sian dorang, xpasal kene melayan kerenah aku yang tibe2 cengeng ari tu. Masa 3 bln pertama je, now da ok. :)

#09. Mahal jugak nk membeli baju n suar maternity. Fuhh. Almaklumla, semua baju dah tak muat. Hihi. Nasib baik ada kakak yg baru pas bersalin. So, dia banyak bg baju2 maternity yang dia pakai dulu. Alhamdulilah. :)

#10. Now i know, apa perasaan mak dulu masa mengandungkan aku. Uhuk. Mak, adik sayang mak. Now i know mak. I know. :(

Despite of all this things, banyak lagi perkara yang aku sedar semenjak aku disahkan positif preggy April yang lalu. Alhamdulilah. :) Kioshii n me xsangka langsung rezeki Allah swt ini akan hadir secepat ini. Terkejut sangat2, dan aku masih ingat betapa besarnya kapasiti menganga En. Kioshii bile aku tnjuk pregnancy test aku yg positif ari tu. Hehe. But, walaupun terkejut n xsangka, we both amat2 bersyukur dengan berita ini. I am happy. Alhamdulilah Ya Allah. :)

Bukan Kioshii je yang terkujat dengan berita ni, my family, my bff, my friends semuanya tak sangka. Dorang semua cam tak caye.. serius ke ni? Yeke ni? Hehe.

Namun, perubahan memang berlaku dengan mendadak. Most of the time, I always think about the baby first. Contoh? Kalau dulu, berjalan memang cam gangster, main redah jek. Skang ni x, jalan slow2 je. Kena cover ayu n berjalan seperti seorang bakal ibu yang feminin. Aiceh. Haha. Bab makanan pun, ada kesannya. Dulu kalau rasa nk makan ape2, main bedal jek. Now, kalau mkn kene cntrol.. takut effect baby. Doktor cakap kene byk mkn sayur n buah, khasiat yg baik utk baby. One more thing, doktor suh minum SUSU. Ok, yg ni fail.. sbb susah sangat tekak ni nk telan susu. Uhuk, till now masih berusaha nk minum susu banyak2...

Kalau dulu, masa bulan Februari, persoalan yang bermain di pikiran adalah.."Can i be a good wife?".

Now, persoalan yang bermain di pikiran adalah.. "Can i be a good mother?".

Uhuk, hati kadang2 sentiasa fikir, mampukah aku? Selalu berdoa pada Allah swt agar dipermudahkan semuanya, diselamatkan semuanya, disempurnakan segala-galanya. Hati takut, but i know, this baby will bring a lot of happines to my family, and me. :) Insyallah.

Daud, my nephew lahir bulan May, and his cousin will soon arrive in December, Insyallah. Kalau pengiraannye btul, Decemberlah. Tak tau la kan kalau dia nak kuar awal, jadi baby November plak. Hehe. Doakan yang baik2 buat diri ku dan jugak baby dalam perut ini. Moga Allah swt memudahkan semuanya buat diri ini. It is a blessing, dan experience yang sangat lain dari yang lain. I am blessed. Alhamdulilah. :)

But one thing for sure, bile kawan2 tau, the common sentence yang dorang akan sebut.. adalah.. :
"Dulu aku xsabar nk tgk ko pakai dress dengan kasut tinggi. Now aku takleh bayang camana keadaan ko dengan perut memboyot." Haha.

Well guess what, aku sendiri xleh imagine camana keadaan diri ini. Skang pon dah kembang. Ahaks. But i am ready. Doakan kami yeh? :)

Ps : Oh ye, skang saya dah 23 minggu. Lebih kurang 5 bulan lebih. Ada yang tanye, lelaki ke prempuan. Dah g scan ari tu, tapi baby masih malu2 nk tnjuk. Hehe. Tk kisah laki ke pompuan, yg penting dia sihat sempurna, fizikal dan mental.. cute dan selamat semuanya. Kan? Doakan ok? :)

Bonda to be,
Fana a.k.a Farsha. :)

1 comment:

MiE said...

Alhamdulillah, jaga diri fana. masa mengandung memang heaven..bila dah jd mummy, lagi heaven..trust me. :)