Tuesday, August 28, 2012

Perkongsian Wajib. "Happy"

Shared from Suicide Park. One of the blog yang selalu aku singgah sebab penulisannya yang jujur and senang nk relate.

Ada orang mahu wang ringgit.
Ada orang mahu jadi cantik.
Ada orang mahu isteri cantik.
Ada orang mahu suami baik.
Ada orang mahu pangkat dan kuasa.
Ada orang mahu kuat.
Ada orang mahu populariti.
Ada orang mahu ramai anak.

Aku?
Aku cuma mahu jadi gembira. Dan content.

Ramai orang kaya, tapi tak bahagia.
Ramai orang cantik, tapi kemurungan.
Ramai orang ada pasangan rupawan, tapi hidup tak senang.
Ramai orang ada pasangan baik, tapi tak bahagia.
Ramai orang ada pangkat dan kuasa, tapi tak pernah merasa cukup.
Ramai orang kelihatan kuat, tapi hidup banyak masalah.
Ramai orang popular, tapi kesepian.
Ramai orang beranak banyak, tapi hidup serabut sampai mati.

Biar miskin tapi bahagia.
Tak cantik tapi bersyukur.
Tak berkuasa tapi sentiasa rasa cukup lengkap.
Kurang sihat tapi hidup gembira.
Tak ramai kawan tapi bertemankan Tuhan.

Aku sering merasakan yang perempuan memang tidak ditakdirkan untuk bahagia di dunia.
(Lebih-lebih lagi bila aku mendapat tahu bahawa menurut survey, bukan di Asia atau beberapa tempat sahaja, malah di seluruh dunia perempuan tetap menjadi golongan yang ramainya murung dan kesakitan)

Kalau lihat di artikel-artikel berkenaan untungnya menjadi wanita, fokusnya hanya pada akhirat. Seolah-olah dalam Islam, perempuan tidak ada peluang untuk bahagia di dunia sekiranya mengejar syurga. Apakah kau fikir itu memberi gambaran baik pada orang bukan Islam? dan mualaf?

Kalau di akhirat pun tidak bahagia, alangkah malangnya.

Tapi aku percaya Tuhan itu adil dan penyayang. Oleh itu, aku masih menaruh harapan kepadaNya untuk jadikan aku salah seorang perempuan yang terpilih untuk merasa happy di dunia, agar aku menjadi perempuan yang bersyukur, dan syukur itu membawa ke kebahagiaan di akhirat.

Ada orang, bila miserable baru mencari Tuhan. Aku, lain pula. Makin miserable makin lemah lah aku dalam memaksa diri bersujud padaNya. Sebab itu aku mahu jadi happy dan content. Biar aku sentiasa ingat untuk berterimakasih.

Kalian, tolong doakan aku menjadi perempuan yang happy.

******************
Happy
That was a great write up. Suicide park mampu mengenterpretasikan dengan baik apa yg ada dalam hati n kepala dia. Sama macam aku. Siyes. Apa yg dia tulis, memang aku dapat relate 100%.

Kadang2, aku senang terlupa dengan nikmat yg aku ada, dan aku lebih emo dengan life sendiri disebabkan bende2 yang aku xmampu miliki. Inferior state orang kata. Entah la, bukan xbersyukur, tapi hati yg lemah ni selalu mempersoalkan apa yg orang lain ada, n aku xada.

Cam skang, jujur aku cakap.. aku emo dengan life keje aku.

Why? Susah nk explain. Dah kenal bertahun pon belum tentu membuatkan kita boleh paham orang sekeliling kita. Kan? Aku just harap.. Allah memberi petunjuk yang betul kepada mereka dan juga diri aku sendiri, utk sama2 pikir ape yg ptt diselesaikan.

Kesian kat baby dalam perut, xpasal dia pun rasa stress dengan keadaan emosi mak dia yang tgh mengandung ni. But, nk buat camana.. xsemua orang paham ape perasaan kita. Tak semua orang beringat yang kita ni tgh mengandung. Kan? They intend to forget your condition, even though you are walking with ur baby bump.

Takpelah. Ape yang berlaku ada hikmahnya. Aku sendiri tak tau ape hikmahnya, tapi aku akan setia n tabah mencari hikmah tersebut. Aku just arap, aku kuat nk hadapi semua ni.

Despite of all the negativity, I have a lot to be thankful for. My family, my husband, my wadi unung, my gila2 friends, my nephew.. and other blessing that I had. 

Cam Suicide Park cakap, "Aku cuma mahu jadi gembira. Dan content.". Yup, I wanna be happy. Jadi manusia yang boleh anggap semua ujian yg datang ni hanyalah sekadar permainan dunia, dan ingatan Allah pada aku sementara aku masih hidup kat dunia ni. Kan?

Always remind myself, not to compare diri sendiri dengan life orang lain. Maybe dorang ada kelebihan masing2, but not to forget, dorang jugak ada masalah sendiri. Kita je yang tak tau.

Stay happy with your life myself. As u always do.

No comments: