Friday, February 17, 2012

Abuden.

Aku mematikan enjin kereta, amik beg yang bersepah di kerusi sebelah, bukak pintu kereta, menuju keluar. "Dup". Aku tutup pintu kerete dengan gagah. Aku berjalan masuk ke halaman rumah. Aku bukak pagar, masuk, dan tutup semula.

Aku bukak pintu rumah, "Asalamualaikum..."

Tiada sesiapa yang menjawab. Semua dalam bilik agaknye. Tapi, seketika kemudian, setelah aku amati, aku terdengar bunyi seperti orang memasak di dapur. Aku berjalan menuju ke dapur. Yes, terlihat kelibat mak sedang memasukkan bawang ke dalam kuali, nk tumis sayur agaknye. Beberapa ekor ikan yang sudah siap digoreng terhidang di atas meja.

Lalu dengan girang aku berkata, "Masak ke mak?", sambil aku menghadiahkan satu sengihan kepada mak.

Lalu, mak menjawab.

"Eh, taklah. Tengah main GOLF!"

Aku terdiam. Xtau nk gelak ke x.

*bunyi cengkerik*.



Haha. Like the very 1st one.
"No lah, i'm bathing the caterpillars"

Haha. Epic.

1 comment:

Dila DiCaprio said...

wakakakakakakakaka.... wiser!!

klakar la fana.. kim salam mak..

mak memamg best!!