Thursday, September 15, 2011

Berkecai Si Dia.

It was 8.30 am, dan aku masih bersiap nak pergi keje. Hari ni ada kerja shooting, so pakai tshirt dengan jeans aje lah, senang skit nk buat keje. Then, headed to kitchen, masukkan roti dalam toaster then tekan. Lepas 2-3 minit, roti gardenia yg berwarna putih tu, dan jadi warna coklat. Dh keras. Cedok skit kari ikan mak buat smalam, then bawak g depan.

Roti bakar cicah dgn kari ikan. Heaven!

Makan dengan mak n abah skali kat meja, when suddenly abah ckp :

"Adik.. abah nk hantar volvo g werksyop. Adik amik abah n hantar balik boleh?"

Aku kata OK. Dekat je pon, so hantar lah abah kejap, then terus g opis. After makan, gerak ke werksyop, abah drop the car, and aku bawak dia balik. Dalam kete sembang2 dengan abah. Sembang pasal hal keje, pasal isu semasa. Aiceh.

Sampai rumah, abah turun.. belum sempat dia tutup pintu kereta, dia cakap :

"Eh adik, mana cover sportrim belah sini? Hilang dah..?"

Aku terdiam. Turun kete n tgk, aah la.. dah hilang. Rongak dah sportrim belah depan. Almaklumla, mampu beli kete baseline je.. so sportrim nye itam. Proton ciptakan satu Cover Sportrim berwarna Silver utk menutup sportrim itam legam yg sesuai utk orang2 kurang berkemampuan macam aku ni pakai, bajet gojes, seolah2 kete ku pakai sportrim betul. Haha.

PersonaKu

Time tu, aku tak kata ape. Tak marah. Sebab 4 bulan lepas aku dah hilang satu cover dah. Masa tu aku meroyan macam orang giler. Almaklumlah, 1st time jadi. But, nasib baik dapat bli sekeping kat kawan, tu pon adik aku yg carikan. Dapatlah cover balik rongak masa tu. So bile kali kedua jadi, dah rasa cam imune. Xpela.. dah rongak nk buat cmana. Bende dah longgar la tu. Then, aku terus ramp kereta, nk pergi opis. Sebelum pergi, abah sempat cakap.. "tukala sportrim terus". Huhuu...

Lepas 1km dari rumah, aku berhenti kat simpang empat bertraffic lite kat simpang kawasan umah aku. Pada ketika itu lah aku nampak canteeeekkk je cover sportrim aku yg tercabut tadi kat tengah jalan. Dia duduk di TENGAH2 simpang empat, yg tengah busy giler, and penuh dengan kereta dan lori lalu lalang. Aku tersentak, alamakkkk. Camana ni. Elok lagi tu, takde sape langgar. Aku benti kete kat tepi.

Aku call Kioshii. Dia cakap cube lah amik, but aku pk..scary nk pi amik sbb kereta banyak sangat. Dia kata kalau bahaya, janganlah amik. Biarkan aje.. dah takde rezeki. Lepas tu.. aku call abah. Abah kata tunggu jap, dia datang dengan Aniq.. kalau bertiga mungkin sorang bleh jadi polis trefik sementara, sorang jadi runner and sorang lagi standby utk ape2. Aku pon kata ok.

Lepas 2 minit, abah sampai, aku parking, abah pun parking. Kami bertiga turun, berjalan ke arah simpang empat tu ala2 hero jalan yang dislow motionkan. Haha. Macam misi nk menyelamatkan ape je, sedangkan cover sportrim jek. Dan belum sempat kami sampai, tibe2 aku terdengar bunyi PRAKKKKKKKKKKK!!!...

Dan pada ketika itulah, aku nampak cover sportrim aku yg seketika tadi terbaring kaku di tengah jalan, HANCUR BERKECAI kerana dilenyek sebuah lori yang tidak ada perasaan. Eh, yang tak perasan bende alah tu ada kat tgh jalan. Time tu jugak, langkah2 3 hero tadi ni, terhenti. Aniq geleng kepala, abah tergelak.. aku? Diam je sribu bahasa. Aku rasa.. cara cover tu berkecai sama je macam hati aku berkecai. Huuuu.

Abah cakap.. "Takpela dik, nnt gi tuka sportrim baru je la. Senang.. takde cabut2 dah.."

Aku just jawab nntlah abah, bajet tggi tu. Xpelah.. aku rela lepaskan kau pergi. Aku terus sms Kioshii...

"Harapan tinggal harapan... Hancur berderai.."

Lepas berkabung selama 30 saat, aku meneruskan perjalanan aku ke opis, dengan keadaan satu sportrim ku rongak. Takpela.. rongak2 pon rongak lah, yg penting kereta masih segak dan mampu membawa aku ke mana aku nk pergi.

Tapi, hati ttp sedih. Huuu~

4 comments:

MiE said...

xper..xder rejeki tuh..nnti ada duit lebih leh bli sport rim baru ehhhh...^^

Diana Jamal said...

Saya dpt bayangkan. pasrah~ huhu. nnt tkr sport-rim ye fana! :D

Fanapicaholic said...

Kak Mira, tengs akak. Lambat lagi nampaknye nk tuka..uhuk..

Diana, tq lalink. Pasrah giler bile dengar bunyi kecai2 tu. Hehe..

Princess DiCaprio said...

Babe.. sumpah ky simpati.. tapi agaknyer penceritaan yang mcm ni buat ky tergelak dlu baru emosi sebenar datang menerjah..

sangat tau how the feels... DAMN!