Saturday, August 20, 2011

Salam Hari Jadi, En. Amad Ku. ;)

HB Amad
Suatu hari bukan di hari raya,

Handphone Kioshii berbunyi.

Kioshii - "Hello"

Mak - "Zam, ni mak ni. Nanti sementara g rumah Mak Yam amik lauk tu, pesan kat Fana suh gi kedai skali ye, belikan ais utk buka puasa nanti. Ye?"

Kioshii - "Okei. Nanti kami pergi beli."

Kioshii menekan butang merah kat handphonenye. Seketika kemudian, dia tersenyum lebar yang amat, sambil menjeling sinis ke arah saya. Saya heran.

Saya - "Kenapa? Mak cakap ape?"

Kioshii - "Mak pesan suruh belikan ais nk berbuka nnt."

Saya - "Ooo. Ok, kejap lagi kita g la.."

Kioshii masih tersenyum sambil memandang saya. Saya pelik. Ni kenapa nk senyum2 ni. Saya ada hutang dia ke?

Saya - "Kenapa en amad? Senyum2 tak habis ni?"

Kioshii - "Mak awak gelarkan diri dia "mak" bile ckp tepon tadi. Haaaaa.. sukenye..."

Saya buat muke pelik. Eh, aah la. Mak gelarkan diri dia mak bile bercakap dengan Kioshii. Sedangkan kami blom kawin lagi, dia belom jadi menantu lagi. Hep! Tak aci. No no no.

Saya - "Eiiii. X aciii.. no no no! X aciiiii! Dah komplot dengan mak la tu!"

Kioshii - "Ahh.. ahh.. Takde2. Saya dah jadi menantu dia. Ahhhh.."

Ish, tak aci. Tapi takpela, dah Mak sendiri yang start dulu, ok la tu kan. Hehee. Comel gak pk. But dek kerana peristiwa tu, Kioshii tak sudah senyum sampai ke malam. Punyela teruja n eksaited. Sabor jek la.

This is one of the million reason why I love Mr. Kioshii. He is sweet in such a way. ;)

Dear En. Amad ku, today is 20.08.2011, and it is ur birthday. Happy Birthday my dear. Semoga sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati serta dirahmati Yang Maha Esa. Genap tarikh hari ini, kita dah couple selama 3 tahun 2 bulan, dah bertunang selama 1 tahun 5 bulan. Alhamdulilah. Semoga ikatan kita akan sentiasa berkekalan sehingga ke tahap yg kita impikan.. ;)

Kurang 7 bulan lagi, Insyallah. :)

Happy Birthday En. Amad ku. Love yu always dear.

Love,
Itoshii.

1 comment:

MiE said...

So Suweett...anw, Happy belated bufday to ur kioshii...^^