Thursday, March 3, 2011

Emak.

24 February 2011

Adik balik rumah, adik tumpang Syima ari tu. Saje menyahut seruan kerajaan, kongsi kereta. Adik sampai umah dalam kul 6 petang. Adik masuk, letak beg, bukak shawl.. join Abah dengan Dyana tengah tgk TV kat ruang tamu. Pelik jugak mana Aniq dengan Rai, abah kata dorang tido dalam bilik. Mak tak balik lagi, meeting katanye. Penat adik rase ari ni. Tak tau kenapa. Then sembang2 kosong dengan Abah. Dyana tgh makan makanan yg dia sempat bli kat Pasar Malam. Ohh, ari ni Rabu, pasar malam ari ni kat area umah. Lupe plak.


Tengah syok2 layan TV and sembang, tibe2 handpone abah berbunyi. Abah pon jawab, adik dengan Dyana tgk je TV..

"Hello" - Abah

Then abah senyap. Muka dia lain, dia tersentap. Adik ngan Dyana dah berpandangan sesama sendiri.

"Allah. Habis Mah kat mana skang ni?" - Abah

Bile adik dengar abah cakap camtu, adik tau, mesti mak. Mesti ada pape yang tak kene.

"Tunggu, tunggu, abang datang skang." - Abah.

Abah terus bangun dari kerusi. Adik tanye kenapa. Abah cakap,

"Mak..Mak. Dia pening, pastu suara dia dah lain. Macam kene stroke.." - Abah terus lari masuk bilik.

Adik terus bangun, amik beg, larik keluar rumah, amik kunci kete, terus start engine kete. Adik reverse, and tunggu abah. Adik tak tau kenapa, adik menggigil. Then abah lari keluar, dia terus naik kete, and jalan. Abah nk bawak kete. Adik sbnrnye nk drive, takut abah panik, tapi abah nk jugak bawak. So adik bagi.

Abah terus pecut laju. Abah cakap, mak kata dia ada kat tepi jalan, kat tol batu tiga. Ya Allah, adik pk.. mak sorang! Mak sorang2!! Dalam ati adik berdoa supaya senang adik sampai kat sane.. adik takleh pk pape kalau adik tau mak sorang2 kat situ. Abah bawak laju. Dalam kete abah suruh call mak balik, tanye btol2 mak kat mana. Adik call. Mak angkat.

"Makkk...mak kat mana?"

-"Tol.. tol" ... Allah. Luluh hati adik dengar suara mak macam tu. Tapi adik tau mak kuat. Mak gagah jugak nk ckp walau pon mak dah sakit macam tu. Adik tanye mak kat tol belah mana, sebab Tol Batu Tiga Shah Alam ada dua. Mak kata kat belah nk balik. Lepas tu mak terus letak tepon. Adik nangis. Abah dah terdiam, tapi dia bawak kete laju giler. Abah cakap, call ambulan. Adik punye panik sampai no ambulan pon tak tau. Abah ckp 999. Trus adik call. Seumur hidup ni 1st time adik call ambulan. Orang tu cakap, dorang akan despatch dari hospital Klang, sbb dekat dengan Shah Alam.

Dalam kete, abah suruh call sape2 yang ada dekat area Shah Alam. Masa tu, tak terpk sorang pon yang ada kat area sane. Tetibe teringat Yusry, bf Rai. Call, tpi dia tak angkat. Then adik teringat Kioshii, dia dah balik keje. Terus adik call, mintak dia cari mak.. sbb dia naik motor. Dia terus gerak lepas letak tepon.

Kitorang ikut NKVE, kete banyak sbb masa tu time balik keje. Abah takleh nk speed. Terasa jauh sangat perjalanan masa tu.. Tuhan saje yang tau betapa tensionnye abah ngan adik masa tu. Dipendekkan cerita.. lepas mengharungi lautan kereta, lalu tol, uturn, naik tol balik.. adik sampai kat Mak. Masa adik sampai, Kioshii dah sampai.. Abg Shuk dengan Kak Shima pon dah ada (Dorang datang dari Bkt Jelutong, Kak Dyana call). Adik terus terpa kat mak, mak masih dalam kete, driver side. Mak terduduk je. Mak pandang adik, mak lemak, tangan mak tak gerak. Adik tak mampu nk tahan airmata, adik panggil mak... mak angguk, tapi suara tak kuar.

Mak muntah, muntah mak itam. Penuh kat baju mak. Adik sedih tgk mak. Kak shima tolong lap kan mulut mak. Adik usap pipi mak. Mak pandang je muka adik. Tibe2, kebetulan ada kereta polis lalu, dorang berhenti sbb dorang ingat eksiden. Ambulan xsampai lagi masa tu, abah terus mintak tolong abang polis tu utk escort kete ke Hospital Putrajaya. Abah nk bawak sane sbb senang.. n ada hway, bleh sampai cepat. Polis tu setuju. Adik, Kioshii, Abah dengan Abang Shuk angkat mak masuk kete BMW Abang Shuk, then, Abang Shuk terus pecut laju.. abah ikut sekali. Kebetulan, kereta polis tu kereta EVO. Adik berdoa semoga mak selamat n cepat sampai kat hospital. Tinggal adik dengan Kioshii kat situ, dengan kete mak, kete adik.. dengan moto Kioshii.

Tak lame lepas tu.. Abang Hezri sampai. Dia terus tanye mak mana, adik ckp mak dah gerak g hospital. Tak lame lepas tu, ambulan sampai. Dorang berhenti, and turun. Adik terus ckp ngan dorang mak dah dibawak ke hospital. Adik terus mintak maaf kat dia sbb jauh2 dorang datang, tapi mak dah gerak naik kete lain. Dorang ckp takpe, dorang paham keadaan masa tu sangat kelam kabut. Berkali2 adik ckp minta maaf.. sampaikan pakcik yg drive ambulan tu ckp, "Takpe dik, at least betul2 emegency kes. Ni kalau datang kabut2, skali demam biase je, haa tu sakit hati". Sempat lagi pakcik tu buat lawak. Then.. tak lame lepas tu, ambulan tu balik. Then adik setelkan kereta dengan Abang Hezri ngn Kioshii. Kami semua drive balik anta kereta, then headed to hospital Putrajaya.

Abah call, dia kata mak dah masuk dalam emergency room. Makkk.. :(

Lepas setel hantar kereta kat rumah, adik terus gerak gi hospital. Sampai sane je, adik terus rush pi emergency room. Dyana, Rai, Aniq ngan Abah da ada kat sane. Aniq nampak adik, dia terus peluk. Dia nangis. Dia nangis banyak kali sbb risaukan mak. Abang Shuk, Kak Shima, Mama, Bapak, Aci Zai, Nana Dik pon ada skali. Semua tanya apa yg jadi sbnrnye. Adik cite sambil tggu apa perkembangan mak. Adik nampak jugak ada beberapa kawan mak dari Sepang dah datang. Semua tak percaya mak kene stroke. Dorang ckp, baru je jumpa mak tadi kat meeting, mak ok je.

Lepas sejam lebih tggu, Abah cakap doktor nk pindahkan kat wad. Masa tu dah pukul 10. Kitorang semua tggu kat lobby. Then..adik nampak ada dua pekerja hospital, tarik katil keluar dari emergency room. Adik tak nampak sape yg ada atas katil tu.. lepas dorang bawak depan adik, adik nampak mak. Mak terbaring, tutup mata, tak sedar. Mak nampak lemah. Masa tu.. kami adik beradik dah tak mampu tahan airmata. Kami nangis, nangis tgk mak macam tu. Dorang terus bawak mak naik ke atas. Abah pun ikut.

Mak.. Doktor cakap, mak nye tekanan darah tertalu tinggi. Dek kerana tu, ada pendarahan dalam otak mak. Adik menangis dengar doktor cakap macam tu, sbb adik tau bende tu serius. Doktor cakap mak kene stroke, badan belah kiri mak skang tak bleh bergerak. Adik takut mak, adik takut bile dengar camtu. Doktor cakap lagi, tekanan darah mak terlalu tinggi disebabkan mak terlalu stress dan hypertension. Adik tau, 2 minggu ni mak terlalu busy. Mak keje, mak meeting sane sini, mak busy dari pagi sampai malam.. sampaikan adik jarang nampak kat rumah. Adik paham mak keje, tapi adik risau masa mak balik lambat2.. sampai kadang2 mak tak makan. Mak pun memang ada darah tinggi, and mak sangat jarang amik ubat. Adik tau perangai mak yg tak suke amik ubat walaupon mak sakit.

Mak dah masuk kat wad.. Wab 4B, tingkat 4, katil 17. Kul 11 lebih baru adik dapat tgk mak. Mak terbaring jek, mak nampak lemah. Adik pegang tangan mak.. adik cium dahi mak. Mak senyum tawar. Mak tetap nk tunjuk macam mak ok depan anak2 mak.

Malam tu, adik teman mak kat hospital. Adik tido dengan mak kat hospital. Mak tak tido, mak lenguh2. Adik urut mak.. dari tengah malam tu sampai pagi. Adik nak teman mak.. adik sayang mak.

Doktor cakap.. esok dorang akan bgtau lagi pasal mak. Harapnya mak ok. Adik sayang mak.

- Adik.

4 comments:

HaliaManis said...

hmn....sabar ye fasha....semua nih dugaan tuhan..insyaALLAH everting will be ok..banyak2 doa and i know that ur mom is an iron woman...never give up!! kami sekeluarga doakan aunty lekas2 sembuh ok..insyaALLAH

ashikin said...

sis, bwk bertenang k...bykkan bdoa supaya emak sis selamat...

be strong ok!! emak sis pn perlukan kekuatan sis tuk lawan kesakitan yg dialami k...

sy disini mendoakan semoga segalanya pulih sediakala k...amin...

HaNiKo AriYosHi said...

i'm crying fana.....seriusly cant imaging kalo dis things appen to me...surely panik n menangis ja....fana kena strong tau....akak doakan semuanya selamat pas ni...

the.prel♥ved.lover said...

fasha. jst read ur entry. be strong ok. nak nangis lak rsa. t8 a gud cre of your beautiful mom.