Thursday, March 10, 2011

Emak, sabar ye mak.

Malam pertama mak kat hospital, adik teman mak. Yang lain2 semua balik sbb nk uruskan rumah, lagi pon hospital tak bagi tggu ramai2, sorang je bleh tggu.

Malam tu.. adik tgk muka mak, mak lemah sangat. Muka mak merah, mak berpeluh2 walaupon ekon dalam wad tu dah tinggi suhunya. Mak pejam mata, tapi kejap2 mak bangun. Mak cakap, mak tak selesa, mak restless. Mak cakap, tapi kurang jelas. Tapi adik tetap boleh faham. Mak cakap mak lenguh. Mak sakit badan. Adik urut mak. Adik urut kaki mak, adik urut tangan mak, adik usap badan mak. Badan mak panas. Kejap pada tu, mak lena. Tapi adik tak benti urut, adik terus urut mak sampai 2 jam lamanya. Ntah la, adik tak ngantuk, adik just nk mak selesa, nak mak ok.

Akhirnya, mak terlena jugak malam tu, dalam pukul 4. Adik duduk sebelah katil mak, adik pegang tangan mak. Tanpa adik sedar, adik terlena.


Dalam pukul 5 pagi, adik tersedar sbb nurse datang kat katil mak. Dorang nk lap badan mak. Adik pun bg nurse buat keje dorang sambil adik bantu sikit2.

Mak, sepanjang mak duduk kat wad tu, hari2 adik pkkan mak. Kitorang adik badik semua cuti EL hari Khamis dngan Jumaat tu, sbb nk duduk kat hospital. Kami tanak tinggalkan mak. Waktu malam, kami adik badik gilir2 tukar shift utk tido dengan mak. Abah, pagi2 dah ada kat hospital sbb nk teman mak, bile malam, waktu melawat dah habis, baru dia balik. Itu pon kadang2 dia tggu sampai pukul 10 sbb tanak tinggalkan mak awal2. Sayangnye abah kat mak .. kan mak?

Sepanjang mak kat hospital, ramai kawan-kawan mak yang datang melawat. Se
mua tak percaya bile dapat tau mak sakit kene stroke. Hari kedua mak kat hospital tu, dah penuh kawan2 mak datang. Khamis tengahari tu, adik rase nk dekat 50 orang ada kat katil mak, sbb semua nk tgk keadaan mak macamana. Kami adik badik, penat mulut je la sbb kene ulang balik cerita camana mak kene stroke.. hehe. Tapi takpe, kami gigih jugak nk cerita..

"Makcik tak pernah tau mak kamu tu ada darah tinggi..kalau tau, makcik dah suh dia jangan buat keje banyak2.."

"Mak korang ni kuat kerja.. selalu busy... tak cukup rehat.."

"Mak kau ni, ibarat lilin.. dia biar diri dia dibakar demi nk menerangkan idup orang lain.."

Mak, sayu hati dengar apa yg kawan2 mak cakap. Dorang semua cakap mak ni baik, selalu buat baik dengan orang, komited dengan keje, pandai jaga hati orang, tak pernah kata NO bila orang bgi mak kerje.. patutla ramai sgt orang datang lawat mak, sbb mak ni ikhlas dengan semua orang. Sedikit sebanyak, adik bersyukur..sbb stiap orang yg datang tu, mendoakan kesihatan mak. Insyallah.. mana tau, dengan Izin Allah, berkat doa semua orang.. mak boleh sembuh.. kan mak?


Yang paling adik tak sangka.. ada beberapa kawan mak yg datang.. lelaki mak. Dorang menangis tgk mak macam tu. Mak .. dorang yang lelaki pon menangis tgk mak, kami yang perempuan ni.. apakan lagi kan mak? Adik tak tau brape kali adik nangis... stiap kali adik nangis, adik keluar dari bilik
tu. Adik tanak mak tgk adik nangis... adik tanak mak patah semangat..

Mak tau tak..? Kawan mak.. Datin Fatimah tu, yang selalu call mak hari2.. pagi2 sebab nk ckp telefon dengan mak tu? Masa ari mak kene tu, dia dah datang hospital dengan Dato'. Menang
is dia bila nampak mak kat atas katil tu.. dia kata dia sedih tgk mak sakit. Dato' pon terkedu tgk mak. Dia sedih tgk mak macam tu.. Mak tau tak, Datin setiap malam buat solat hajat dan baca yassin dengan keluarga dia, utk mak. Dia kata dia nk doakan supaya mak cepat sembuh.. Ya Allah, mulianya hati dorang ni mak..

Mak tau tak..? Ada kawan mak sms kat hp mak, cakap dia sedih dengan berita yang dia dapat. Mak kan busy dengan politik, so ramai sangat orang yang kenal mak. Ada 2-3 kawan mak cakap, dorang nk buat majlis baca Yassin dan doa selamat, just utk doakan mak cepat sembuh. Allahuakbar, tak t
erkata adik dengar mak.. terharu sangat2.. sayangnye dorang kat mak.

Ramai yang sayangkan mak.. Ramai yang doakan mak. Kat facebook adik pon, ramai yang doakan mak. Terharu adik dengan reaksi kawan2 adik bile dapat tau mak kene stroke. Semuanya mendoakan mak cepat sembuh.. Tak terungkap kata2 adik dapat kawan2 macam ni mak, baik dorang nk doakan mak.. Allah je dapat balas kebaikan kawan2 adik ni mak.. Insyallah.

Mak..lama jugak mak kene tahan kat hospital. Doktor kata dorang nk kene monitor blood pressure mak, dan keadaan mak. Adik sedih tgk mak kat hospital. Mak ada mengadu kata mak nak balik. Ada ketikanya, mak tengah baring kat katil tu.. tibe2 air mata mak meleleh. Adik sapu.. adik tanye, kenape mak nangis? Mak jawab..

"Mak rindu korang.. Mak rindu nk balik rumah"

Adik xmampu nk tahan bile nk kata macam tu, adik nangis di sisi mak. Adik mintak mak bersabar, insyallah.. kitorang semua doakan mak, supaya mak boleh cepat balik.. mak cepat sihat, cepat sembuh macam biase..

Mak.. masa kat hospital, yg paling adik tak tahan.. masa hari Selasa, 1 Mac 2010. Masa tu ramai kawan2 mak datang. Semuanya kawan2 mak yang mak kenal masa mak buat keja politik. Dorang semua datang sbb nk tgk keadaan mak. Masa dorang nk balik.. makcik2 ni salam mak, dorang semua nangis ckp dengan mak.. tak
semena2 mak pon nangis skali. Adik tak tahan..adik pon nangis.. abah pon berair mata. Lepas dorang semua balik.. mak ckp mak nk duduk, adik angkat mak. Adik pangku belakang mak dengan abah.. tibe2 mak ckp..

"Mak ni menyusahkan korang je. Mah menyusahkan abang..."

Adik terdiam.. adik pk, knape mak cakap macam ni?..

- "Tak baik ckp macam tu.. kita kan famili, kita satu keluarga. Kitorang akan sama2 jaga mah sampai mah baik. Jangan sedih ye mah.." - Abah.

Adik kelu, tak mampu cakap ape2. Adik just tau.. adik sayangkan mak.. dan juga abah.

Mak.. esok mak nk buat MRI SCAN. Adik berdoa pada Allah swt supaya mak dihindarkan dari perkara2 buruk.. harapnye bleeding kat brain mak tu akan reda.. dan takkan menjadi seriu
s. Insyallah mak.. Anak2 mak..keluarga mak, selalu doakan mak..


Sabar ye mak.. adik sayang mak. Sayang sangat2....

2 comments:

Princess DiCaprio said...

Fana... My eye can't stop shed tears reading. Sorry sangat2, ky tak sempat lagi jengah mak.. Waktu-waktu ni mcm2 pulak yg datang. Insyallah ky smpi nanti umah fana yer.. Even I won't be able to come, I never stop praying for mak. Really hope she's gonna be better, she's gonna be fine. Insyallah. Take care hunn..

HaliaManis said...

insyaALLAh everyting will be ok......:)