Thursday, March 24, 2011

Take a smile please.


"There are hundred of reason for us to hate each other,
but there are thousand of reason for us to love each other..
and..millions of reason for us to stay forever with each other."

I love you. You know who you are.
Dear Allah, please bless my lovely family, my special one and my beautiful friends.
Each one of them.

.Fana.

Tuesday, March 22, 2011

Emak oh emak. :)

"Adik, mak nye MRI Scan ok. Mak boleh balik.."

Alhamdulilah, Alhamdulilah. Terima kasih Allah.

Adik bersyukur sangat2 pada Allah swt, sbb result MRI Scan mak ok. Doktor cakap the bleeding tu dah stop.. so nnt lame2 dia akan sembuh sendiri. Adik happy mak, happy giler bile dapat tau macam tu. Abah cakap mak dah boleh balik kamis tu, tapi abah rekues mintak mak balik Jumaat sbb abah nk setelkan katil n kerusi roda utk mak kat rumah.

Kamis tu.. masa adik kat hospital, dari pagi sampai lah malam mak dok ckp.. "Nak balik!".. Hehehe. Sian mak, nampak giler mak tak sabar nk balik rumah. Kejap eh mak.. kitorang nk bersihkan umah, kalau bleh nk bentang karpet merah utk mak.. hehehe.

4 March 2011.
Hari ni mak boleh balik. Pagi2 abah dengan Dyana dah pergi ke hospital sbb nk uruskan dicharge mak. Adik pon dalam kul 11, terus gerak ke hospital sbb nk bawak mak balik.. Kul 12 lebih, mak officially dah masuk kete VOLVO abah. Haish.. happynye satu famili mak.. tgk mak balik.. mak pun senyum je dari pagi.. :)

Bile mak sampai rumah.. katil dah standby. Abah beli katil second hand dari hos
pital.. senang mak nk tido n gerak2 kan badan bile mak ada kat umah. Kitorang letak katil tu kat ruang tamu.. sbb senang kalu ada orang nk lawat mak.. Bleh tgk mak kat luar .. hehe.

5, 6, 7 March 2011.
Makkk.. ramainye orang datang melawat mak. Rasa macam dah ade kenduri kawin plak kat umah ni.. busy kami anak2 melayan tetamu yg datang.. Alhamdulilah, terharunye kami anak2 mak tgk ramai kawan2, sdara mara yg datang umah tgk mak. Semua ckp mak dah nampak makin ok.. Eh mak, mak pasan tak.. Mak dapat 2 kerusi roda lah! Ada orang sponsor.. katanye, senang nk bg mak bergerak.. ;)

Mak kata, takpe.. kejap je mak pakai kusi roda ni.. Insyallah. :)

10 March 2011.
Mak.. semenjak mak kat umah, mak asik baring je depan tv kan. Mak banyak kali kata mak dah boring sbb takleh nk g mane2.. Mak pon cam tgk je bile2 anak2 mak buat keje umah. Takpe
mak.. sabar eh mak? Insyallah.. nnt tak lame lagi mak mesti boleh jalan n bergerak macam biase..

Semenjak mak kat umah, mak dah start buat Reflexology, Acupuncture, dengan Physio. Insyallah.. adik nampak mak kuat semangat buat semua bende ni.. Nnt lame2 mak mesti bleh jalan cam biase..

11 March 2011.
"Adik.. meh pegang tangan mak"

Adik pelik, adik pegang la tangan kiri mak. Tibe2 mak genggam tangan adik. Makkk!! Sebelum ni mana mak bleh genggam. Tangan kiri mak dah bleh genggam..

Mak senyum bile adik terkinja2 depan mak. Hehe.

13 March 2011.
Mak dah bleh angkat tangan kiri dan kaki kiri. Dah bleh angkat tinggi2. Alhamdulilahhhhh :)

15 March 2011.
Mak dah bukak tiub susu kat hidung mak. Yeay, mak dah bleh makan! :) Lepas ni adik nk kaji la bubur2 yang bleh kami masak utk mak. Hehe. Alhamdulilah.. sukenye kami tgk mak happy sbb tiub kat idung tu dah takde. Mak kata.. " Yeay.. mak dah takde belalai.." Hehehehe.

Suara mak pun makin jelas. Semangat mak makin kuat. Hari2 mak senyum lebar. :)

17 March 2011.
Mak dah bukak tiub buang air. Mak dah boleh rasa bile nk buang air. Alhamdulilah. Syukur alhamdulilah.. Syukur...

19 March 2011.
Hari ni mak makan breakfast McD. Si rai belikan pancake utk mak. Kami tolak mak ke meja makan, so boleh lah kita makan satu family kat meja makan kita. Alhamdulilah.. mak happy makan pa
ncake. Pancake kan lembut, so boleh lah mak mkn.. hehe.. :)

Hari ni..
Mak alhamdulilah semakin sihat. Mak dah boleh makan bubur, mak dah boleh makan kek, mak dah boleh minum dengan sendiri. Tiub2 semua dah bukak.. Mak dah boleh angkat tangan kiri, bahu kiri, angkat kaki, dan berdiri. Alhamdulilah.. alhamdulilah.

Buat kawan2.. yang sudi baca blog ni, saya ucapkan jutaan terima kasih andainy
a pernah korang2 doakan mak saya. Alhamdulilah, mak semakin ok. Tinggal nk berjalan dan berlari je sekarang... Kami sekeluarga amat menghargai doa2 kalian semua..

Mak.. adik sayang mak. Mak memang kuat semangat.. setiap ari adik doakan mak akan cepat sembuh dan sihat macam biase. Adik sayang mak.. sayang sangat2...

Oh ye, nnt adik tunjuk gamba2 masa mak buat acupuncture eh? Banyak jarum.. serammm~ :)

20 March 2011.


ps: Happy Engagementsary buat En. Amad a.k.a Kioshii ku. Alhamdulilah, dah setahun kita tunang. Semoga Allah swt sentiasa merahmati hubungan kita ini.. dan semoga hubungan kita akan menjadi penguat smangat utk kita sama2 doakan mak utk cepat sembuh. Lepas mak sihat sepenuhnye, kita kawin ye En. Kioshii.. Insyallah. ILY En. Amad. :)

Love,
Fana a.k.a Adik. :)

Thursday, March 10, 2011

Emak, sabar ye mak.

Malam pertama mak kat hospital, adik teman mak. Yang lain2 semua balik sbb nk uruskan rumah, lagi pon hospital tak bagi tggu ramai2, sorang je bleh tggu.

Malam tu.. adik tgk muka mak, mak lemah sangat. Muka mak merah, mak berpeluh2 walaupon ekon dalam wad tu dah tinggi suhunya. Mak pejam mata, tapi kejap2 mak bangun. Mak cakap, mak tak selesa, mak restless. Mak cakap, tapi kurang jelas. Tapi adik tetap boleh faham. Mak cakap mak lenguh. Mak sakit badan. Adik urut mak. Adik urut kaki mak, adik urut tangan mak, adik usap badan mak. Badan mak panas. Kejap pada tu, mak lena. Tapi adik tak benti urut, adik terus urut mak sampai 2 jam lamanya. Ntah la, adik tak ngantuk, adik just nk mak selesa, nak mak ok.

Akhirnya, mak terlena jugak malam tu, dalam pukul 4. Adik duduk sebelah katil mak, adik pegang tangan mak. Tanpa adik sedar, adik terlena.


Dalam pukul 5 pagi, adik tersedar sbb nurse datang kat katil mak. Dorang nk lap badan mak. Adik pun bg nurse buat keje dorang sambil adik bantu sikit2.

Mak, sepanjang mak duduk kat wad tu, hari2 adik pkkan mak. Kitorang adik badik semua cuti EL hari Khamis dngan Jumaat tu, sbb nk duduk kat hospital. Kami tanak tinggalkan mak. Waktu malam, kami adik badik gilir2 tukar shift utk tido dengan mak. Abah, pagi2 dah ada kat hospital sbb nk teman mak, bile malam, waktu melawat dah habis, baru dia balik. Itu pon kadang2 dia tggu sampai pukul 10 sbb tanak tinggalkan mak awal2. Sayangnye abah kat mak .. kan mak?

Sepanjang mak kat hospital, ramai kawan-kawan mak yang datang melawat. Se
mua tak percaya bile dapat tau mak sakit kene stroke. Hari kedua mak kat hospital tu, dah penuh kawan2 mak datang. Khamis tengahari tu, adik rase nk dekat 50 orang ada kat katil mak, sbb semua nk tgk keadaan mak macamana. Kami adik badik, penat mulut je la sbb kene ulang balik cerita camana mak kene stroke.. hehe. Tapi takpe, kami gigih jugak nk cerita..

"Makcik tak pernah tau mak kamu tu ada darah tinggi..kalau tau, makcik dah suh dia jangan buat keje banyak2.."

"Mak korang ni kuat kerja.. selalu busy... tak cukup rehat.."

"Mak kau ni, ibarat lilin.. dia biar diri dia dibakar demi nk menerangkan idup orang lain.."

Mak, sayu hati dengar apa yg kawan2 mak cakap. Dorang semua cakap mak ni baik, selalu buat baik dengan orang, komited dengan keje, pandai jaga hati orang, tak pernah kata NO bila orang bgi mak kerje.. patutla ramai sgt orang datang lawat mak, sbb mak ni ikhlas dengan semua orang. Sedikit sebanyak, adik bersyukur..sbb stiap orang yg datang tu, mendoakan kesihatan mak. Insyallah.. mana tau, dengan Izin Allah, berkat doa semua orang.. mak boleh sembuh.. kan mak?


Yang paling adik tak sangka.. ada beberapa kawan mak yg datang.. lelaki mak. Dorang menangis tgk mak macam tu. Mak .. dorang yang lelaki pon menangis tgk mak, kami yang perempuan ni.. apakan lagi kan mak? Adik tak tau brape kali adik nangis... stiap kali adik nangis, adik keluar dari bilik
tu. Adik tanak mak tgk adik nangis... adik tanak mak patah semangat..

Mak tau tak..? Kawan mak.. Datin Fatimah tu, yang selalu call mak hari2.. pagi2 sebab nk ckp telefon dengan mak tu? Masa ari mak kene tu, dia dah datang hospital dengan Dato'. Menang
is dia bila nampak mak kat atas katil tu.. dia kata dia sedih tgk mak sakit. Dato' pon terkedu tgk mak. Dia sedih tgk mak macam tu.. Mak tau tak, Datin setiap malam buat solat hajat dan baca yassin dengan keluarga dia, utk mak. Dia kata dia nk doakan supaya mak cepat sembuh.. Ya Allah, mulianya hati dorang ni mak..

Mak tau tak..? Ada kawan mak sms kat hp mak, cakap dia sedih dengan berita yang dia dapat. Mak kan busy dengan politik, so ramai sangat orang yang kenal mak. Ada 2-3 kawan mak cakap, dorang nk buat majlis baca Yassin dan doa selamat, just utk doakan mak cepat sembuh. Allahuakbar, tak t
erkata adik dengar mak.. terharu sangat2.. sayangnye dorang kat mak.

Ramai yang sayangkan mak.. Ramai yang doakan mak. Kat facebook adik pon, ramai yang doakan mak. Terharu adik dengan reaksi kawan2 adik bile dapat tau mak kene stroke. Semuanya mendoakan mak cepat sembuh.. Tak terungkap kata2 adik dapat kawan2 macam ni mak, baik dorang nk doakan mak.. Allah je dapat balas kebaikan kawan2 adik ni mak.. Insyallah.

Mak..lama jugak mak kene tahan kat hospital. Doktor kata dorang nk kene monitor blood pressure mak, dan keadaan mak. Adik sedih tgk mak kat hospital. Mak ada mengadu kata mak nak balik. Ada ketikanya, mak tengah baring kat katil tu.. tibe2 air mata mak meleleh. Adik sapu.. adik tanye, kenape mak nangis? Mak jawab..

"Mak rindu korang.. Mak rindu nk balik rumah"

Adik xmampu nk tahan bile nk kata macam tu, adik nangis di sisi mak. Adik mintak mak bersabar, insyallah.. kitorang semua doakan mak, supaya mak boleh cepat balik.. mak cepat sihat, cepat sembuh macam biase..

Mak.. masa kat hospital, yg paling adik tak tahan.. masa hari Selasa, 1 Mac 2010. Masa tu ramai kawan2 mak datang. Semuanya kawan2 mak yang mak kenal masa mak buat keja politik. Dorang semua datang sbb nk tgk keadaan mak. Masa dorang nk balik.. makcik2 ni salam mak, dorang semua nangis ckp dengan mak.. tak
semena2 mak pon nangis skali. Adik tak tahan..adik pon nangis.. abah pon berair mata. Lepas dorang semua balik.. mak ckp mak nk duduk, adik angkat mak. Adik pangku belakang mak dengan abah.. tibe2 mak ckp..

"Mak ni menyusahkan korang je. Mah menyusahkan abang..."

Adik terdiam.. adik pk, knape mak cakap macam ni?..

- "Tak baik ckp macam tu.. kita kan famili, kita satu keluarga. Kitorang akan sama2 jaga mah sampai mah baik. Jangan sedih ye mah.." - Abah.

Adik kelu, tak mampu cakap ape2. Adik just tau.. adik sayangkan mak.. dan juga abah.

Mak.. esok mak nk buat MRI SCAN. Adik berdoa pada Allah swt supaya mak dihindarkan dari perkara2 buruk.. harapnye bleeding kat brain mak tu akan reda.. dan takkan menjadi seriu
s. Insyallah mak.. Anak2 mak..keluarga mak, selalu doakan mak..


Sabar ye mak.. adik sayang mak. Sayang sangat2....

Thursday, March 3, 2011

Emak.

24 February 2011

Adik balik rumah, adik tumpang Syima ari tu. Saje menyahut seruan kerajaan, kongsi kereta. Adik sampai umah dalam kul 6 petang. Adik masuk, letak beg, bukak shawl.. join Abah dengan Dyana tengah tgk TV kat ruang tamu. Pelik jugak mana Aniq dengan Rai, abah kata dorang tido dalam bilik. Mak tak balik lagi, meeting katanye. Penat adik rase ari ni. Tak tau kenapa. Then sembang2 kosong dengan Abah. Dyana tgh makan makanan yg dia sempat bli kat Pasar Malam. Ohh, ari ni Rabu, pasar malam ari ni kat area umah. Lupe plak.


Tengah syok2 layan TV and sembang, tibe2 handpone abah berbunyi. Abah pon jawab, adik dengan Dyana tgk je TV..

"Hello" - Abah

Then abah senyap. Muka dia lain, dia tersentap. Adik ngan Dyana dah berpandangan sesama sendiri.

"Allah. Habis Mah kat mana skang ni?" - Abah

Bile adik dengar abah cakap camtu, adik tau, mesti mak. Mesti ada pape yang tak kene.

"Tunggu, tunggu, abang datang skang." - Abah.

Abah terus bangun dari kerusi. Adik tanye kenapa. Abah cakap,

"Mak..Mak. Dia pening, pastu suara dia dah lain. Macam kene stroke.." - Abah terus lari masuk bilik.

Adik terus bangun, amik beg, larik keluar rumah, amik kunci kete, terus start engine kete. Adik reverse, and tunggu abah. Adik tak tau kenapa, adik menggigil. Then abah lari keluar, dia terus naik kete, and jalan. Abah nk bawak kete. Adik sbnrnye nk drive, takut abah panik, tapi abah nk jugak bawak. So adik bagi.

Abah terus pecut laju. Abah cakap, mak kata dia ada kat tepi jalan, kat tol batu tiga. Ya Allah, adik pk.. mak sorang! Mak sorang2!! Dalam ati adik berdoa supaya senang adik sampai kat sane.. adik takleh pk pape kalau adik tau mak sorang2 kat situ. Abah bawak laju. Dalam kete abah suruh call mak balik, tanye btol2 mak kat mana. Adik call. Mak angkat.

"Makkk...mak kat mana?"

-"Tol.. tol" ... Allah. Luluh hati adik dengar suara mak macam tu. Tapi adik tau mak kuat. Mak gagah jugak nk ckp walau pon mak dah sakit macam tu. Adik tanye mak kat tol belah mana, sebab Tol Batu Tiga Shah Alam ada dua. Mak kata kat belah nk balik. Lepas tu mak terus letak tepon. Adik nangis. Abah dah terdiam, tapi dia bawak kete laju giler. Abah cakap, call ambulan. Adik punye panik sampai no ambulan pon tak tau. Abah ckp 999. Trus adik call. Seumur hidup ni 1st time adik call ambulan. Orang tu cakap, dorang akan despatch dari hospital Klang, sbb dekat dengan Shah Alam.

Dalam kete, abah suruh call sape2 yang ada dekat area Shah Alam. Masa tu, tak terpk sorang pon yang ada kat area sane. Tetibe teringat Yusry, bf Rai. Call, tpi dia tak angkat. Then adik teringat Kioshii, dia dah balik keje. Terus adik call, mintak dia cari mak.. sbb dia naik motor. Dia terus gerak lepas letak tepon.

Kitorang ikut NKVE, kete banyak sbb masa tu time balik keje. Abah takleh nk speed. Terasa jauh sangat perjalanan masa tu.. Tuhan saje yang tau betapa tensionnye abah ngan adik masa tu. Dipendekkan cerita.. lepas mengharungi lautan kereta, lalu tol, uturn, naik tol balik.. adik sampai kat Mak. Masa adik sampai, Kioshii dah sampai.. Abg Shuk dengan Kak Shima pon dah ada (Dorang datang dari Bkt Jelutong, Kak Dyana call). Adik terus terpa kat mak, mak masih dalam kete, driver side. Mak terduduk je. Mak pandang adik, mak lemak, tangan mak tak gerak. Adik tak mampu nk tahan airmata, adik panggil mak... mak angguk, tapi suara tak kuar.

Mak muntah, muntah mak itam. Penuh kat baju mak. Adik sedih tgk mak. Kak shima tolong lap kan mulut mak. Adik usap pipi mak. Mak pandang je muka adik. Tibe2, kebetulan ada kereta polis lalu, dorang berhenti sbb dorang ingat eksiden. Ambulan xsampai lagi masa tu, abah terus mintak tolong abang polis tu utk escort kete ke Hospital Putrajaya. Abah nk bawak sane sbb senang.. n ada hway, bleh sampai cepat. Polis tu setuju. Adik, Kioshii, Abah dengan Abang Shuk angkat mak masuk kete BMW Abang Shuk, then, Abang Shuk terus pecut laju.. abah ikut sekali. Kebetulan, kereta polis tu kereta EVO. Adik berdoa semoga mak selamat n cepat sampai kat hospital. Tinggal adik dengan Kioshii kat situ, dengan kete mak, kete adik.. dengan moto Kioshii.

Tak lame lepas tu.. Abang Hezri sampai. Dia terus tanye mak mana, adik ckp mak dah gerak g hospital. Tak lame lepas tu, ambulan sampai. Dorang berhenti, and turun. Adik terus ckp ngan dorang mak dah dibawak ke hospital. Adik terus mintak maaf kat dia sbb jauh2 dorang datang, tapi mak dah gerak naik kete lain. Dorang ckp takpe, dorang paham keadaan masa tu sangat kelam kabut. Berkali2 adik ckp minta maaf.. sampaikan pakcik yg drive ambulan tu ckp, "Takpe dik, at least betul2 emegency kes. Ni kalau datang kabut2, skali demam biase je, haa tu sakit hati". Sempat lagi pakcik tu buat lawak. Then.. tak lame lepas tu, ambulan tu balik. Then adik setelkan kereta dengan Abang Hezri ngn Kioshii. Kami semua drive balik anta kereta, then headed to hospital Putrajaya.

Abah call, dia kata mak dah masuk dalam emergency room. Makkk.. :(

Lepas setel hantar kereta kat rumah, adik terus gerak gi hospital. Sampai sane je, adik terus rush pi emergency room. Dyana, Rai, Aniq ngan Abah da ada kat sane. Aniq nampak adik, dia terus peluk. Dia nangis. Dia nangis banyak kali sbb risaukan mak. Abang Shuk, Kak Shima, Mama, Bapak, Aci Zai, Nana Dik pon ada skali. Semua tanya apa yg jadi sbnrnye. Adik cite sambil tggu apa perkembangan mak. Adik nampak jugak ada beberapa kawan mak dari Sepang dah datang. Semua tak percaya mak kene stroke. Dorang ckp, baru je jumpa mak tadi kat meeting, mak ok je.

Lepas sejam lebih tggu, Abah cakap doktor nk pindahkan kat wad. Masa tu dah pukul 10. Kitorang semua tggu kat lobby. Then..adik nampak ada dua pekerja hospital, tarik katil keluar dari emergency room. Adik tak nampak sape yg ada atas katil tu.. lepas dorang bawak depan adik, adik nampak mak. Mak terbaring, tutup mata, tak sedar. Mak nampak lemah. Masa tu.. kami adik beradik dah tak mampu tahan airmata. Kami nangis, nangis tgk mak macam tu. Dorang terus bawak mak naik ke atas. Abah pun ikut.

Mak.. Doktor cakap, mak nye tekanan darah tertalu tinggi. Dek kerana tu, ada pendarahan dalam otak mak. Adik menangis dengar doktor cakap macam tu, sbb adik tau bende tu serius. Doktor cakap mak kene stroke, badan belah kiri mak skang tak bleh bergerak. Adik takut mak, adik takut bile dengar camtu. Doktor cakap lagi, tekanan darah mak terlalu tinggi disebabkan mak terlalu stress dan hypertension. Adik tau, 2 minggu ni mak terlalu busy. Mak keje, mak meeting sane sini, mak busy dari pagi sampai malam.. sampaikan adik jarang nampak kat rumah. Adik paham mak keje, tapi adik risau masa mak balik lambat2.. sampai kadang2 mak tak makan. Mak pun memang ada darah tinggi, and mak sangat jarang amik ubat. Adik tau perangai mak yg tak suke amik ubat walaupon mak sakit.

Mak dah masuk kat wad.. Wab 4B, tingkat 4, katil 17. Kul 11 lebih baru adik dapat tgk mak. Mak terbaring jek, mak nampak lemah. Adik pegang tangan mak.. adik cium dahi mak. Mak senyum tawar. Mak tetap nk tunjuk macam mak ok depan anak2 mak.

Malam tu, adik teman mak kat hospital. Adik tido dengan mak kat hospital. Mak tak tido, mak lenguh2. Adik urut mak.. dari tengah malam tu sampai pagi. Adik nak teman mak.. adik sayang mak.

Doktor cakap.. esok dorang akan bgtau lagi pasal mak. Harapnya mak ok. Adik sayang mak.

- Adik.