Wednesday, February 16, 2011

Salah ke?

Curik kat tumblr. Cukup menggambarkan emosi diri ini.

Semalam, kuar lunch with Mr. Kioshii at Subang Parade.

After we had our lunch.. kitorang pon berjalan2 di Ground Floor. Tarik Mr. Kioshii masuk ke satu kedai yang menjual CD and DVD, well it was my favourite kind of kedai to go in.

Then.. Saya dan Kioshii pergi ke tempat CD2 tu disusun. Masa tu, kedai tu tak ramai orang. Ada lah dalam 4 orang dalam tu. Saya perasan, there was one guy at the counter, jaga cashier, rambut dreadlock. Giler rock mamat ni. And there was another woman, dah agak veteran, keep walking around the kedai. Dia pakai vest ada logo kedai tu, so i knew, dia keje situ.

So.. saya buat biase, doing my thing, tengok2 CD yang ade kat situ. Berkenan dengan CD Michael Jackson, tapi sampai Rm89.90.. mahai giler, baik download je. Ops! Hehe. Then, sedang saya asyik membelek2 rak-rak kat situ, tibe2 pekerja perempuan tadi tu tegur..

"Cari apa adik?" - She was a Chinese aunty.

-"Oh.. takde aunty, tengok2 saja. Kalau ada yang best."

"Ohh. Sini aaa area Melayu (Dia tunjuk jari telunjuk dia kat satu kawasan rak). Maher Zain takdak. Sudah habis."

- Pelik dah time ni. Tak tanye pon. But balas je la. "Oh ok aunty."

Then, saya buat bodo jek. Jalan lagik.. and terperasan this aunty ni ikut saya ke mana saya pergi. Dok tgk ape yg saya buat. Saya tgk sekeliling, ramai je orang lain dalam kedai. Pelik kenapa aunty ni minat sangat nk layan saya. Then, saya buat dek je. Tgk lagi. She was standing somewhere, about 4 meters away from me.

Then, tibe2.. Mamat rambut dreadlock tu datang..

"Ye Cik, cari ape?" - dreadlock guy.

- "Tengok2 aje. Takleh ke?" - Dah menyampah dah ni sampai dua orang sibuk nk tanye.

"Oh.. okie."

Then he walk away. Tibe2 cam dah takde mood nk memberi sumbangan apa2 kepada kedai tu. Terus cari Kioshii and ajak dia kuar. Masa jalan dengan Kioshii, cakap kat dia..

"Awak, knape eh semua pekerja dalam tu sibuk tanya saya nk cari ape. Saya ni dah nampak macam nk mencuri ke dalam kedai tu..? Sampai semua prihatin sangat nk tanye..?"

- "Yeke? Tak pasan plak. Dorang tanye banyak kali ke?"

"Haah. Sampai dua orang. Takkan sbb saya pakai tudung, dorang pelik saya masuk kedai tu?" - ayat tu spontan kuar dari mulut.

Tah, tu je yg terpk. Ye la..kedai tu agak berkonsepkan "rock". And masa saya masuk kedai tu, memang saya sorang je yang bertudung. That aunty pon sebut MAHER ZAIN bile saya masuk kedai tu. Siap tnjuk kot kat mana area CD LAGU MELAYU JEK. Macam saya takleh nk beli CD lagu omputih plak bile dia cakap camtu. Dorang tak sibuk pon tanye orang lain cari ape, semua sibuk tanya saya. Ntahlah, ni teori saya jek. Tak tau la betul ke tak. Tapi dek kerana perangai dorang camtu membuatkan nafsu saya nk bershopping kat kedai tu terbantut.

Erm.. lantakla. Malas nk pk. Last2 pk, takyah beli.. Download lagi senang. Haha.

Then, masa nk pergi ke parking, Kioshii ckp..

"Awak.. patutnye tadi masa Mamat Dreadlock tu tanye awak nk cari ape, awak ckp je.. SAYA NK CARI CD LAGU BLACK METAL. ADA TAK?"

Hahahahaha. Kan? Kalau jawab camtu mesti best. Ye la, orang bertudung nk dengar lagu Metal. Tak ke "giler" bende tu? ( Mmg saya layan pon kadang2. Haha ).

Pasni, kalau nk gi beli CD M. Daud Kilau, kena la pakai baju kilat2 ngan labuci kan? Awwww~

ps : Makin aneh masyarakat zaman sekarang. Yela, saya tak ROCK. Dorang je ROCK.

Wednesday, February 2, 2011

Pre Wedding - Nurhidayah & Azidy


Nurhidayah dan Azidy.
Kak Dayah ni kawan kakak saya, Kak Dyana.
Soon, mereka akan berkahwin, 6 Mac 2011.

Thank you so much Kak Dayah kerana mempercayai diri ini untuk mengambil gambar pre wedding korang berdua. Korang mmg sporting, suruh pose ape pon korang buat. Kadang2 idea korang jauh lebih best dari potografer. Hihik. Tu yang best tu.

Doa fana akan mengiringi perkahwinan Kak Dayah dan Abang GD. Insyallah. :)

Ps : Tengah giler lagu Bulan di Tutup Awan - Yuna.

Love,
Fana a.k.a Farsha