Wednesday, September 8, 2010

Bangun Bangun.

Kunun-kunun gagah.

Bangun pagi tadi, takde motivasi.
Terus tgk movie, kunun2 nk khatam balik Forgetting Sarah Marshall.
Sudahnye, skip-skip-skip.
Tak sampai 10 minit, satu movie dah habis.

Dari semalam, dok blogwalking. Semua blog aku taram. Tibe2 rase jeles dengan orang2 yang lantang bersuara, mempunyai prinsip, tak takut dengan pandangan orang lain dan tak pernah rasa diri mereka itu lemah. Dorang tak kisah pon dengan apa yang orang lain buat kat dorang, yg penting dorang kuat, dorang bahagia dengan cara hidup dorang.

Ahh, jeles.

Tapi, ade beberapa quote yang membuatkan aku tersentak, tersedar, terfikir, dan terinsaf. Kejap ke lama, aku tak sure. Haha.

"Jika kita bertimbang rasa dan sudi memikirkan kegembiraan orang lain, tentulah kegembiraan itu lebih dahulu akan singgah pada diri kita. – PLATO"

"Setiap malam sebelum tidur, aku selalu memaafkan manusia-manusia yang bersikap bajingan terhadap aku. Jangan kamu takut, marah aku tak pernah lama. Tapi sikap kamu, tak mungkin aku lupa. Aku percaya karma. - Gdsjhat"

"To be brave is to love someone unconditionally, without expecting anything in return. To just give. That takes courages, because we don't want to fall on our faces or leave ourselves open to hurt - Madonna"

"aku rasa aku mudah sangat attach dengan orang. mudah seperti mengira satu dua tiga , dan membaca a b dan c. lebih mudah mungkin. mungkin orang lain tak, aku je agaknya.-Lidah"

"Orang datang dan pergi dalam hidup kita adalah lumrah. Samaada dia mampu bertahan dengan kerenah kita kerana memahami atau dia pergi sebab dah tak tahan lagi. Dalam hidup, satu manusia ada beribu ragam. Tak mungkin kita nak faham. Kita akan tahu dan faham bila mana situasi itu pernah kita lalui, pernah kita rasa. Kalau kita tak pernah melaluinya, selalunya kita anggap dia mengada.-Hidd"

Serius, quote2 ni semua kene dengan keadaan aku sekarang. Mereka-mereka yang tak aku kenali ni, membuatkan aku rasa, yang semua manusia tak lari dari masalah, semua manusia tak lari dari melakukan kesilapan dan semua manusia mungkin lalui masalah yang sama, cume pelakon dan pentas je yg berbeza. Dan mungkin yang berbeza, cara seseorang tu meng'adapt' masalah2 tersebut.

Semua orang boleh cakap (termasuk aku),
"Apa yg berlaku, mesti ade sebab, dan hikmah."

Tapi, perjalanan nk mencari sebab dan hikmah tu yang sukar, perit dan menyakitkan. Part ni aku rase, tak semua orang boleh buat. Sbb, senang sangat kita rasa nk givappppppppp je. Haishh~

Ha tengok, baru je ckp tanak mengeluh lagi, tapi aku mengeluh jugak. Apekah?

Bangun Fana bangun.
Dunia ini terlalu indah utk ditangisi.
Sampai bila kau nk jadi macam ni?
Orang nk Raya dah ni.

Bangun!

No comments: