Sunday, September 5, 2010

Aku tak mahu mengeluh lagi.

"Nobody can make you not do what you want to do. If you insist on taking the risk, it’s your problem, really. You won’t learn much by playing safe, anyway. You definitely won’t get hold of anything without putting down your walls. Diving into the deep, blue sea is venturesome and people will tell you not to do it but it does not mean you must comply. Just… bring God. Whatever you do. Bring God with you."

Terjun. Lemas. Sesak. Timbul.
Memang kena rasa sendiri.

Well said phrases by - Wani Ardy.

As for me, apa yang berlaku cukup membuatkan diri ini rebah, jatuh terjelupuk terus ke bawah. Hinggakan aku sendiri akui, aku mahu berhenti. Mahu berputus asa. Namun, masih banyak lagi semangat yang mengiringi diri ini, yang bisa membuatkan aku bangun, bangun dengan ketabahan yang lebih utuh dari dulu.

Dan yang pasti, orang-orang itu masih lagi ada. Walau di mana jua kedudukan mereka.


Apa yang berlaku, sebulan yang lalu, membuatkan aku sedar tentang lebih banyak perkara. Perkara-perkara yang mematangkan aku dalam membuat keputusan yang lebih baik di masa hadapan. Supaya aku tidak silap lagi, silap mengadili sesetengah perkara dalam hidup ini.


Perjalanan ini masih jauh, masih panjang dan masih penuh onak dan duri. Namun, aku takkan berhenti, berhenti untuk mencuba. Siapa tahu, mungkin ada yang lebih baik selepas ini, buat aku?

Dan buat orang2 itu, kasih sayang ini masih bersama kamu.
Aku masih seperti dulu. :)

Aku tak mahu mengeluh lagi,
Farsha Farhana.

No comments: