Tuesday, September 28, 2010

Rackfast Lepaque Session.

The latest edition of our lepaque session.
It was my idea to meet them, and Nadya's idea to go to Chanai Cafe.
Thanks to Fiefie, who helped me to 'collect' her adik2. Hehe.
And thanks to all, sbb sudi datang.

It was a great nite, plus, a great therapy session, for me to keep my positivity inside me.

Huu. Love yu guys, adik2.
Can't wait for our vacay session soon.

Nota utk diri sendiri :
Belajar untuk tidak ambil peduli.

Love love,
Fana a.k.a Farsha

Tuesday, September 21, 2010

Diyana Suraya.

Diyana Suraya.

Dia kakak sulung saya. Beza 2 tahun dengan saya. Yess, dia lagi tua dari saya ye. But, everytime kami kuar bersama, and terjumpa sape2 ke, semua akan automatically teka dia adalah anak no 3, and saya jadi anak sulung.

Kiranya saya jadi yg sulung, adik pompuan jadi anak no 2, dan dia jadi anak no 3? Haha. Giler tak fair. ( Eh, faham ke? )

Anyway, last week, suke saiko dia.

"Dyana, Senin depan..u are 27 tahun!" - me

" Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Aaaaaaaaaaaaaaaaa..." - dia sambil mencebik.

Haha. Terima lah kenyataan wahai kakak ksayanganku.

Hey, but.. it's lovely. U are 27 today, and you'll get somebody in your life after this. Not too soon I guess.

A hubby. :)

Happy birthday Diyana Suraya. Semoga sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan yang mendatang, dan sentiasa mendapat rahmat dan kebahagiaan dari Allah s.w.t. Dan adik doakan, ur wedding day will be smooth, gorgeous, penuh gilang gemilang, and for sure, full with loves, especially from us, ur family.

Can't wait to see u, on 10.10.10.

Me loves you. Always and always. :)

- Fana, Farsha a.k.a Adik.

Tuesday, September 14, 2010

Syawal Kali Ini.


Syawal kali ini,
Ada satu masa tu, kami anak beranak lepak kat umah opah.
Ada 54 orang semuanya.

Giler ahh! Ramai sungguh!

Selamat hari raya semua. :)

Ikhlas,
Fana a.k.a Farsha

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran Buat Semua.


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.
Maaf Zahir dan Batin.

Moga Syawal kali ini akan membawa pelbagai rahmat dan nikmat buat kita semua, kurniaan dari Allah s.w.t.

Insyallah.

:)

Wednesday, September 8, 2010

Bangun Bangun.

Kunun-kunun gagah.

Bangun pagi tadi, takde motivasi.
Terus tgk movie, kunun2 nk khatam balik Forgetting Sarah Marshall.
Sudahnye, skip-skip-skip.
Tak sampai 10 minit, satu movie dah habis.

Dari semalam, dok blogwalking. Semua blog aku taram. Tibe2 rase jeles dengan orang2 yang lantang bersuara, mempunyai prinsip, tak takut dengan pandangan orang lain dan tak pernah rasa diri mereka itu lemah. Dorang tak kisah pon dengan apa yang orang lain buat kat dorang, yg penting dorang kuat, dorang bahagia dengan cara hidup dorang.

Ahh, jeles.

Tapi, ade beberapa quote yang membuatkan aku tersentak, tersedar, terfikir, dan terinsaf. Kejap ke lama, aku tak sure. Haha.

"Jika kita bertimbang rasa dan sudi memikirkan kegembiraan orang lain, tentulah kegembiraan itu lebih dahulu akan singgah pada diri kita. – PLATO"

"Setiap malam sebelum tidur, aku selalu memaafkan manusia-manusia yang bersikap bajingan terhadap aku. Jangan kamu takut, marah aku tak pernah lama. Tapi sikap kamu, tak mungkin aku lupa. Aku percaya karma. - Gdsjhat"

"To be brave is to love someone unconditionally, without expecting anything in return. To just give. That takes courages, because we don't want to fall on our faces or leave ourselves open to hurt - Madonna"

"aku rasa aku mudah sangat attach dengan orang. mudah seperti mengira satu dua tiga , dan membaca a b dan c. lebih mudah mungkin. mungkin orang lain tak, aku je agaknya.-Lidah"

"Orang datang dan pergi dalam hidup kita adalah lumrah. Samaada dia mampu bertahan dengan kerenah kita kerana memahami atau dia pergi sebab dah tak tahan lagi. Dalam hidup, satu manusia ada beribu ragam. Tak mungkin kita nak faham. Kita akan tahu dan faham bila mana situasi itu pernah kita lalui, pernah kita rasa. Kalau kita tak pernah melaluinya, selalunya kita anggap dia mengada.-Hidd"

Serius, quote2 ni semua kene dengan keadaan aku sekarang. Mereka-mereka yang tak aku kenali ni, membuatkan aku rasa, yang semua manusia tak lari dari masalah, semua manusia tak lari dari melakukan kesilapan dan semua manusia mungkin lalui masalah yang sama, cume pelakon dan pentas je yg berbeza. Dan mungkin yang berbeza, cara seseorang tu meng'adapt' masalah2 tersebut.

Semua orang boleh cakap (termasuk aku),
"Apa yg berlaku, mesti ade sebab, dan hikmah."

Tapi, perjalanan nk mencari sebab dan hikmah tu yang sukar, perit dan menyakitkan. Part ni aku rase, tak semua orang boleh buat. Sbb, senang sangat kita rasa nk givappppppppp je. Haishh~

Ha tengok, baru je ckp tanak mengeluh lagi, tapi aku mengeluh jugak. Apekah?

Bangun Fana bangun.
Dunia ini terlalu indah utk ditangisi.
Sampai bila kau nk jadi macam ni?
Orang nk Raya dah ni.

Bangun!

Monday, September 6, 2010

Iftar Session with Esempians.


05.09.2010

Had an Iftar session with some of my ex-shoolmates, Esempians.

Thanks to Liexxa, kerana sudi mengerah sepenuh tenaga utk merealisasikan plan ni. We had the session at Flaming Steamboat, Sunway. Makanan sedap, and harga pon berbaloi. Kenyang kami semua makan makanan kat situ. Hehe.

Ikut rancangan, shud be ada 30 orang nk join. But, only 24 that came. But, itu pon dah cukup ramai, meriah dan havoc. Thanks korang2 sebab sudi menghadirkan diri. :) Insyallah, nnt, raya ada aktiviti lain plak buat kita ye. Hehehe.

Specialnya kita ni, dulu masa skola kita semua lain2 geng. Tapi lepas skola, semua dah jadi satu geng. Memang best. :)

Thanks again Esempians for the great nite. Love yu guys.

ps : Pejam celik, lagi 3 hari dah nak raya. Tahun ni tak sedar pon dah puase, tak sedar ari merdeka, tak sedar dah nak raya. For sure, Syawal kali ini amat berbeza dengan yang lain. Namun, diri ini masih mempercayai.. Syawal kali ini mungkin akan lebih bermakna dari yang sebelum-belumnya. Insyallah. :)

Cheers!
Fana a.k.a Farsha

Sunday, September 5, 2010

Aku tak mahu mengeluh lagi.

"Nobody can make you not do what you want to do. If you insist on taking the risk, it’s your problem, really. You won’t learn much by playing safe, anyway. You definitely won’t get hold of anything without putting down your walls. Diving into the deep, blue sea is venturesome and people will tell you not to do it but it does not mean you must comply. Just… bring God. Whatever you do. Bring God with you."

Terjun. Lemas. Sesak. Timbul.
Memang kena rasa sendiri.

Well said phrases by - Wani Ardy.

As for me, apa yang berlaku cukup membuatkan diri ini rebah, jatuh terjelupuk terus ke bawah. Hinggakan aku sendiri akui, aku mahu berhenti. Mahu berputus asa. Namun, masih banyak lagi semangat yang mengiringi diri ini, yang bisa membuatkan aku bangun, bangun dengan ketabahan yang lebih utuh dari dulu.

Dan yang pasti, orang-orang itu masih lagi ada. Walau di mana jua kedudukan mereka.


Apa yang berlaku, sebulan yang lalu, membuatkan aku sedar tentang lebih banyak perkara. Perkara-perkara yang mematangkan aku dalam membuat keputusan yang lebih baik di masa hadapan. Supaya aku tidak silap lagi, silap mengadili sesetengah perkara dalam hidup ini.


Perjalanan ini masih jauh, masih panjang dan masih penuh onak dan duri. Namun, aku takkan berhenti, berhenti untuk mencuba. Siapa tahu, mungkin ada yang lebih baik selepas ini, buat aku?

Dan buat orang2 itu, kasih sayang ini masih bersama kamu.
Aku masih seperti dulu. :)

Aku tak mahu mengeluh lagi,
Farsha Farhana.