Saturday, August 14, 2010

Akan Aku Kenangi Sampai Bila-Bila.

Hati ini tergerak utk menulis sesuatu. Supaya aku tidak lupa apa yang aku rasa, pada saat dan ketika ini.

Seminggu, hanya seminggu segala-galanya hilang, hancur dan lebur. Hanya keran
a mulut seorang manusia, yang kurang berhati perut, kita ditindas. Tapi, semuanya sudah tertulis, semuanya sudah ditakdirkan utk terjadi. Aku hanya berharap, hati-hati orang yg tertindas ini masih kuat, masih utuh utk mengatakan bahawa semuanya akan ok.

Kita mungkin ditindas, kita mungkin dihina, dimaki, dicac
i, dipandang serong, namun kita bertuah kerana Allah memberi ruang kepada kita untuk membina sebuah ikatan ukhwah yang terlalu kuat. 4 bulan bersama terasa terlalu singkat, tapi kita rapat seakan-akan kita sudah bersama selama 4 tahun. Sebab itu, kita mampu meninggalkan tempat itu bersama-sama. 11 orang bersama.Kita mungkin nampak kalah di mata mereka, tapi mereka tahu mereka akan susah tanpa kita. Biar kita kalah hari ini, mungkin di masa depan kita pulak yang menang. Bersabarlah wahai kawan-kawan ku.

Namun, aku tak mampu menipu, menipu yang aku takkan rindukan saat-saat itu
.

Aku akan rindu,
Sifat Kak Wani yang sentiasa akan berkata dia OK, walaupon pada ketika itu semuanya nampak kab
ur dan gelap. Aku akan rindu utk tgk Kak Wani yang tak tahu bagaimana untuk meninggikan kerusinya. Dan aku akan rindu, untuk mendengar, "Kak Wani tension ni, tension, tension" - dalam keadaan ketawa. Hehe.

Aku akan rindu,
Kegarangan Yon mengatakan sesuatu kepada aku dan mereka, walaupon semua sudah tau, dia garang sebab dia mahukan yang terbaik dari kita semua. Aku akan rindu pada soalannya, "Bila nak pergi Mango Lolo ni?", dan juga wajah seriusnya mengadap PC Mac, sampaikan dia tiada masa
untuk menoleh ke kiri atau kanan.

Aku akan rindu,
Sifat Fly sentiasa mengambil kira tentang kerja orang lain, sedangkan kerja-kerja dia pun dah cukup banyak. Aku akan rindu untuk dengar dia berceloteh, "Eh2, positive, positive Farsha", smbil menuding pensel warcomnya ke arah ku.

Aku akan rindu,
Sifat positive Zarin yang sentiasa membantu aku utk terus percaya bahawa aku mampu lakukan sesuatu yang mustahil. Aku akan rindu, utk mendengar dia berkata, "Takde maknanya!" dan "Sepa
k kang..".Aku akan rindu bunyi kipas laptopnya yang unik. Hehe.

Aku akan rindu,
Trademark Azila, "Wahh..", "Haaa Kannn..", "Ha nampakk..", "Tu Pe
rangai namanya tu...". Aku akan rindu saat aku perlu memanggilnya menerusi YM, kemudian baru dia toleh dan berkata, "Ye saya.." sedangkan jarak kami hanya 2 meter. Aku akan rindu saat dia mencabut earphone nya dalam keadaan kelam kabut setiap kali aku berdiri didepannya. Hehe.

Aku akan rindu,
Untuk memanggil Shein 2-3 kali, sebelum dia berpaling pada aku, dan kata, "Ye?". Aku akan rindu bila dia meroyan dan mula ketawa kuat-kuat dalam kereta. Aku akan rindu untuk mendeng
ar dia bergaduh dan bedebat dengan Uzri dalam kereta. Hehe.

Aku akan rindu,
Nak tengok gambar-gambar kucing yang sentiasa terpapar di desktop Syima. Aku akan rindu untuk dengar dia berkata, "Ye kak?" sambil menoleh ke belakang. Aku akan rindu untuk mengajak dia
dinner dan dia akan berkata, "Ala.. tak boleh la kak. Dah janji dengan Nazmi". Hehe.

Aku akan rindu,
Bahasa Perancis Uzri yang tersendiri, dan sayur Spanish nya. Aku akan rindu, untuk
melihat reaksi mukanya, pada setiap pagi, hari Jumaat, bila aku bertanya, "Uzri dah call Ustaz?". Dan aku akan rindu, bila dia amik handphonenya, dan mula bercakap dengan "Kakak Angkat" nya. Sedangkan semua orang tahu, dia tak akan berani call. Haha.

Aku akan rindu,
Kata-kata Syukri yang kadang-kadang tak masuk dengan perbincangan pada waktu itu, tapi entah macamana, aku tetap boleh faham. Aku akan rindu, utk melihat dia tiba-tiba bangun dan
menoleh ke arah ku, dan berkata, "Ni ape kecoh2 ni, tanak ajak aku skali ke?".

Aku akan rindu,
Kata-kata puitis yang selalu Azlie letak di status YMnya. Rindu utk tengok dia masa meeting, sentiasa tunduk dan tenang, sedangkan aku tahu fikirannya melayang entah ke mana. Dan aku pasti akan rindu raut wajahnya, setiap kali Kak Wani dan Yon berkata, "Azlie ni pemalu sangat, diammm je" - terus merah mukanya. Hehe.

Aku akan rindu,
Nak kata pada Khairil, Mummy dia panggil. Nak tengok dia berjalan ke hulu ke hilir, ke pc orang-orang lain. Aku akan rindu, dengan sifat dia untuk meroyan, bile sampai je akhir bulan. Hehe.

Aku akan rindu,
Untuk bertanya pada semua, "Kita nk makan kat mane?".
Untuk mendengar, "Kami ikut awak je"
Untuk naik lif bersama-sama.
Untuk konvoi beramai-ramai ke Giant.
Untuk makan beramai2 dan bersempit2 di kedai nasi ayam.
Untuk lintas jalan beramai2.
Untuk buat meeting di training room lama-lama.
Untuk bertanya pada mereka, "Apa progress?"
Untuk makan dan gossip di Lien Hoe.
Untuk buat presentation.
Untuk Ym mereka, "Meh Jap"
Untuk bukak dan update google doc.
Untuk buat timeline banyak2.
Untuk buat checklist.

Aku akan rindu,
iQuran, Lagenda Aurellia dan U-Muqaddam.

Jujur, aku akan rindu semua ini. Sangat-sangat rindu.

Korang-korang, maafkan orang andai selama waktu kita bersama, ada kekurangan yang orang timbulkan. Maafkan orang, andai ada yang terasa dengan perangai dan sifat orang. Tapi, jujur orang cakap, orang terlalu sayangkan team kita. Orang sedih dengan apa yang berlaku kat kita, tapi orang percaya, ada hikmah yang Allah janjikan pada kita semua. Bersabarlah wahai sayang-sayang. Mungkin kita dah tak bersama selepas ni, tapi, orang tau, kita akan kekal sebagai kawan sampai bila-bila. Insyallah.

Selama ini, orang kuat pun, hanya untuk korang. Orang akan terus doakan yang terbaik utk kita semua. Mungkin, mereka dapat bunuh ruang kerja kita, tapi mereka takkan dapat bunuh, semangat setiakawan yang ada pada kita. Itu orang percaya.


Selamat tinggal DMSB. Aku akan kenangi semua ini, sampai bila-bila.

Aku susah nk percaya, semua ini tiada lagi. Tapi aku pasti, akan ada yang lebih baik buat kami, selepas ini.

* Ada hikmah kenapa orang suke sangat amik gamba korang selama 4 bulan kita bersama. Kan?

Love,
Fana a.k.a Farsha.

8 comments:

Aza said...

Beb, ko kenapa??? Story lah...bunyi sedih jek..

khaizarien said...

awak..... orang tak henti menangis bace sume nie.... thanx awak. kite kuat.... kenangan & semangat kite kuat... dorg bunuh dmsb, tp dorg x leh bunuh the team spirit of dmsb.....
thanx sgt2 wak.....

FLY said...

sedihnya bila baca sume nie...

sedihnya bila dikenang2kan sume nie..

xperlaa... apa yg berlaku sumenya pasti ada hikmahnya nti.. insya-allah...

Bro Framestone said...

rindu rasanya mahu bangun sampai pandang ke mata mu....

walaupun lari topic.. tetap ada yang memahami diri ku ini

Warnawanie said...

people will forget what you said ...
people will forget what you did ...
But people will never forget how you made them feel.... ;)

It's really painful to say goodbye to something that we dun want to let go...We want DMSB badly, but we cant.so kita kena admit everything.. sometimes, life is so fair being unfair.

Hope the HEART is strong enough to take on all the things thrown into our life and semoga kita always be rational 1st...

Semua ni bukan kehendak kita...
Hopefully, we'll be wiser, even armed with not so many experiences we've face and stories we've heard.

Takmo sedih2 lagi. Life is too short for being unhappy!! mcm uzri tulis kt fb, No one can go back and make a brand new start but anyone can start from now and make a brand new ending...

Our journey is still far...
DMSB tetap dihati selamanya!!!

cMa_sAn said...

org ternangis la plak baca nie..... sebak gileee!! oh tidak! :'(((((

Hannahadi76 said...

auntie fasha... (baca style aqili)

nak menitik gak air mata akak though kalo ikutkan akak tak pernah ada kena-mengena dlm ini cerita.

akak sedih. kalo tanya encik zahir, dia pun akan kata akak la yg paling sedih. mungkin akak tak pernah tlibat dlm urusan korang apatah lagi hal2 bisnes n segala mcm istilah yg akak blh melopong kalo dengar but semuanya akak tahu.

dah bertahun akak sekeluarga bersandar hidup pada DMSB. DMSB lah yg menyuap nasi ke perut kami, DMSBlah yg menyekolahkan Alilo, DMSBlah yg mengukir senyum anak2 akak. Kerana tanpa DMSB, kami sekeluarga boleh kebulur....


kalau farsha sedih, akak lagi sedih. hasil usaha seorang bernama ahmad zahirudin yg pernah sanggup menebalkan muka meminjam wang demi menyelamatkan DMSB tak berbaloi jua. susah-payah kami sekeluarga mengikat perut demi memastikan DMSB terus kukuh berdiri tak berguna jua.

DMSB sudah banyak kali terhantuk, tersepat, jatuh terkangkang pun pernah. hehehe... but tak pernah terfikir sekali... jauh sekali... yg ia akan berakhir sebegini rupa...

apapun, inilah ketentuan Ilahi yg siapalah kita ini untuk menidakkannya...

semoga kita kuat.... macam HULK. hahaha...

Glitters Baby said...

sabarlah farsha.. tulh sian kt ko kan.. time aku ada.. baru nk rapat2 aku plak blah.. pastu ko baru nk ramai2 kawan keja.. kena plak mcm ni.. sabar eh... nti kita g makan ayam sama2 k