Tuesday, August 31, 2010

.Kek Untuk Dia.

20.08.2010.
It was his birthday.
Tapi, saya lewat wish dia 15 minit, disebabkan jam di tangan telah habis bateri. Ish.

Jenuh saya mintak maaf dengan dia, sbb wish lewat.
But as usual, jawapan Kioshii, "Takpela awak, saya ok je.."
He always OK, with anything.
That is My Kioshii.

Dan semalam, genap usia Kioshii 25 tahun 10 hari, saya baru berpeluang utk celebrate birthday dia bersama keluarga. Saya beli kek untuk dia.

He was speechless when I bought the cake.
He was smiling when I was holding the cake, walking towards the car.
His face was red, when my family and I sing along the birthday song.
And he was really grateful, when he blow the candle.

Sayang, Happy Hari Jadi.
Semoga Allah memanjangkan usiamu,
Mengurniakan seribu kebahagiaan buatmu,
Melimpahkan kemuliaan rezeki buatmu,
Serta merahmati seluruh kehidupanmu.

Terlalu banyak yg berlaku dalam hidup kita berdua kebelakangan ini.
Apa orang kata, dugaan bertunang?
Hinggakan, sampai suatu masa, kita hampir putus asa.
Namun, kita tetap teguh bersama, sehingga kini.

Mungkin, lautan kita takde ombak.
Tapi awak tak henti memastikan lautan kita sentiasa tenang, sentiasa biru, dan sentiasa penuh dengan keindahan.

Sebab itu kita istimewa, dan, awak jauh lebih istimewa.

Selamat hari lahir Ahmad Ferrozam.
Farhana akan sentiasa menjadi tunangan awak, seterusnya menjadi teman hidup awak.
Insyallah.

:)

Wednesday, August 25, 2010

Hot Kuali, Hot People.

Setelah masing2 meroyan 5 bulan tak jumpa, akhirnya kami berjaya utk berjumpa. Thanks to Que sbb sudi datang jauh2 dari Alor Star. And thanks to all sbb datang jauh2 ke Puchong, just to berbuka bersama2.

After 5 months, a lot of this happened in each of our life. Ada yang best, ada yang tak best, ada yang gemilang, ada yang tak brape gemilang. But, i guess, that is life. Life is fair to be unfair.

But, the world will not seems so bad, when u have frens. Rite? And i am lucky, to have great frens a.k.a angels like them, in my life.

Thanks korang. Each and everyone of you. Love you. Semua2 skali.


ps : Life sangat terumbang ambing. Setiap hari penuh dengan dugaan dan cabaran. Penuh dengan keputusan yang melibatkan hati dan perasaan orang lain. Ya Allah, kuatkan lah hati ini, untuk menghadapi semua ini.

Saturday, August 14, 2010

Akan Aku Kenangi Sampai Bila-Bila.

Hati ini tergerak utk menulis sesuatu. Supaya aku tidak lupa apa yang aku rasa, pada saat dan ketika ini.

Seminggu, hanya seminggu segala-galanya hilang, hancur dan lebur. Hanya keran
a mulut seorang manusia, yang kurang berhati perut, kita ditindas. Tapi, semuanya sudah tertulis, semuanya sudah ditakdirkan utk terjadi. Aku hanya berharap, hati-hati orang yg tertindas ini masih kuat, masih utuh utk mengatakan bahawa semuanya akan ok.

Kita mungkin ditindas, kita mungkin dihina, dimaki, dicac
i, dipandang serong, namun kita bertuah kerana Allah memberi ruang kepada kita untuk membina sebuah ikatan ukhwah yang terlalu kuat. 4 bulan bersama terasa terlalu singkat, tapi kita rapat seakan-akan kita sudah bersama selama 4 tahun. Sebab itu, kita mampu meninggalkan tempat itu bersama-sama. 11 orang bersama.Kita mungkin nampak kalah di mata mereka, tapi mereka tahu mereka akan susah tanpa kita. Biar kita kalah hari ini, mungkin di masa depan kita pulak yang menang. Bersabarlah wahai kawan-kawan ku.

Namun, aku tak mampu menipu, menipu yang aku takkan rindukan saat-saat itu
.

Aku akan rindu,
Sifat Kak Wani yang sentiasa akan berkata dia OK, walaupon pada ketika itu semuanya nampak kab
ur dan gelap. Aku akan rindu utk tgk Kak Wani yang tak tahu bagaimana untuk meninggikan kerusinya. Dan aku akan rindu, untuk mendengar, "Kak Wani tension ni, tension, tension" - dalam keadaan ketawa. Hehe.

Aku akan rindu,
Kegarangan Yon mengatakan sesuatu kepada aku dan mereka, walaupon semua sudah tau, dia garang sebab dia mahukan yang terbaik dari kita semua. Aku akan rindu pada soalannya, "Bila nak pergi Mango Lolo ni?", dan juga wajah seriusnya mengadap PC Mac, sampaikan dia tiada masa
untuk menoleh ke kiri atau kanan.

Aku akan rindu,
Sifat Fly sentiasa mengambil kira tentang kerja orang lain, sedangkan kerja-kerja dia pun dah cukup banyak. Aku akan rindu untuk dengar dia berceloteh, "Eh2, positive, positive Farsha", smbil menuding pensel warcomnya ke arah ku.

Aku akan rindu,
Sifat positive Zarin yang sentiasa membantu aku utk terus percaya bahawa aku mampu lakukan sesuatu yang mustahil. Aku akan rindu, utk mendengar dia berkata, "Takde maknanya!" dan "Sepa
k kang..".Aku akan rindu bunyi kipas laptopnya yang unik. Hehe.

Aku akan rindu,
Trademark Azila, "Wahh..", "Haaa Kannn..", "Ha nampakk..", "Tu Pe
rangai namanya tu...". Aku akan rindu saat aku perlu memanggilnya menerusi YM, kemudian baru dia toleh dan berkata, "Ye saya.." sedangkan jarak kami hanya 2 meter. Aku akan rindu saat dia mencabut earphone nya dalam keadaan kelam kabut setiap kali aku berdiri didepannya. Hehe.

Aku akan rindu,
Untuk memanggil Shein 2-3 kali, sebelum dia berpaling pada aku, dan kata, "Ye?". Aku akan rindu bila dia meroyan dan mula ketawa kuat-kuat dalam kereta. Aku akan rindu untuk mendeng
ar dia bergaduh dan bedebat dengan Uzri dalam kereta. Hehe.

Aku akan rindu,
Nak tengok gambar-gambar kucing yang sentiasa terpapar di desktop Syima. Aku akan rindu untuk dengar dia berkata, "Ye kak?" sambil menoleh ke belakang. Aku akan rindu untuk mengajak dia
dinner dan dia akan berkata, "Ala.. tak boleh la kak. Dah janji dengan Nazmi". Hehe.

Aku akan rindu,
Bahasa Perancis Uzri yang tersendiri, dan sayur Spanish nya. Aku akan rindu, untuk
melihat reaksi mukanya, pada setiap pagi, hari Jumaat, bila aku bertanya, "Uzri dah call Ustaz?". Dan aku akan rindu, bila dia amik handphonenya, dan mula bercakap dengan "Kakak Angkat" nya. Sedangkan semua orang tahu, dia tak akan berani call. Haha.

Aku akan rindu,
Kata-kata Syukri yang kadang-kadang tak masuk dengan perbincangan pada waktu itu, tapi entah macamana, aku tetap boleh faham. Aku akan rindu, utk melihat dia tiba-tiba bangun dan
menoleh ke arah ku, dan berkata, "Ni ape kecoh2 ni, tanak ajak aku skali ke?".

Aku akan rindu,
Kata-kata puitis yang selalu Azlie letak di status YMnya. Rindu utk tengok dia masa meeting, sentiasa tunduk dan tenang, sedangkan aku tahu fikirannya melayang entah ke mana. Dan aku pasti akan rindu raut wajahnya, setiap kali Kak Wani dan Yon berkata, "Azlie ni pemalu sangat, diammm je" - terus merah mukanya. Hehe.

Aku akan rindu,
Nak kata pada Khairil, Mummy dia panggil. Nak tengok dia berjalan ke hulu ke hilir, ke pc orang-orang lain. Aku akan rindu, dengan sifat dia untuk meroyan, bile sampai je akhir bulan. Hehe.

Aku akan rindu,
Untuk bertanya pada semua, "Kita nk makan kat mane?".
Untuk mendengar, "Kami ikut awak je"
Untuk naik lif bersama-sama.
Untuk konvoi beramai-ramai ke Giant.
Untuk makan beramai2 dan bersempit2 di kedai nasi ayam.
Untuk lintas jalan beramai2.
Untuk buat meeting di training room lama-lama.
Untuk bertanya pada mereka, "Apa progress?"
Untuk makan dan gossip di Lien Hoe.
Untuk buat presentation.
Untuk Ym mereka, "Meh Jap"
Untuk bukak dan update google doc.
Untuk buat timeline banyak2.
Untuk buat checklist.

Aku akan rindu,
iQuran, Lagenda Aurellia dan U-Muqaddam.

Jujur, aku akan rindu semua ini. Sangat-sangat rindu.

Korang-korang, maafkan orang andai selama waktu kita bersama, ada kekurangan yang orang timbulkan. Maafkan orang, andai ada yang terasa dengan perangai dan sifat orang. Tapi, jujur orang cakap, orang terlalu sayangkan team kita. Orang sedih dengan apa yang berlaku kat kita, tapi orang percaya, ada hikmah yang Allah janjikan pada kita semua. Bersabarlah wahai sayang-sayang. Mungkin kita dah tak bersama selepas ni, tapi, orang tau, kita akan kekal sebagai kawan sampai bila-bila. Insyallah.

Selama ini, orang kuat pun, hanya untuk korang. Orang akan terus doakan yang terbaik utk kita semua. Mungkin, mereka dapat bunuh ruang kerja kita, tapi mereka takkan dapat bunuh, semangat setiakawan yang ada pada kita. Itu orang percaya.


Selamat tinggal DMSB. Aku akan kenangi semua ini, sampai bila-bila.

Aku susah nk percaya, semua ini tiada lagi. Tapi aku pasti, akan ada yang lebih baik buat kami, selepas ini.

* Ada hikmah kenapa orang suke sangat amik gamba korang selama 4 bulan kita bersama. Kan?

Love,
Fana a.k.a Farsha.

Tuesday, August 10, 2010

She said this for me.


" This morning one of my girlfriends lost her job — the job that she poured her heart out, taking care of everyone’s interest but herself, she’s the driver, the navigator, the manager, the planner, the caretaker — but everyone else around her fucking took her for fucking granted — you tell me how breakable and heart-wrenching is that knowing your girlfriend is being treated this way by others."

Well said. Thank you S for this. You are one of the reason, why I am still standing here, with all the courage & positivity in me.

Much love for u S.

As for me,
Terlalu banyak dugaan yang menduga, menjelang bulan Ramadhan yg Mulia. Namun, aku masih tetap percaya, akan ada hikmah yg tersembunyi, di sebalik setiap yg terjadi.
Ya Allah, kuatkan lah hati ini, untuk menghadapi semua ini. Demi aku meniti Ramadhan yang mulia ini.

Kebenaran akan terbukti. Aku pasti.

Thursday, August 5, 2010

Melancong Di Negeri Selangor



Sape kata Selangor tak best? Haha.
Walau mana pun kita pergi, yang penting, terpulang pada kita camana nk enjoy kan diri kita. :)

Last Saturday's activity, with officemate, Shein, Azila, Uzri dan Syima, a.k.a model wajib saya. Aktiviti dimulakan pada pukul 1 tengahari, jumpa mereka semua di Setiawangsa. Kemudian terus pergi ke mini launching buku Udey Ismail. Tapi tak amik gamba dengan dia. Segan plak nk jumpa sifu photografy ni. But glad to be there actually. :) Especially Uzri. Haha.

Then, we headed to UNISEL, Shah Alam, the main agenda for the day sbnrnye. Kami diwajibkan pergi oleh company for R&D projek yang tengah kami buat skang. Sempat jumpa Abg Gayour.. tapi masa kami sampai tu, orang dah x ramai. So kami pon lepak kejap je..

Lepas itu, kami terus tapau ABC pilihan Syima...dan sambung sesi lepak di Taman Tasik Shah Alam. Bleh la plak mendung n ujan renyai2 petang tu. Tapi! Kami tetap sempat posing dan amik gambar. Hehehe. Time kasih jugak la kat kawan2 saya ni sebab sangat sporting bile saya suh pose. Hehe. Lepas penat posing di tasik, kami terus ke Icity. Lawatan rasmi kali kedua saya kat Icity ni. Dan pertama buat kali si Zila dan Shein, sedangkan dulu dorang duduk kat area situ je. Haha, tak aci ok. :P

Kami balik umah, nk dekat tengah malam jugak la. Di sambung plak dengan episod sesat mesat yg sangat melawakkan! Hehe. But, I guess the journey was fun, and I will remember the moment for a longgg time. Hehe.

As usual, thanks to my Sayang2.. Shein, Azila, Uzri dan Syima. Oh ye, orang tau orang ada utang gamba2 tambahan. Ala, gamba ada tanduk2 tu. Yang tu nnti eh? Gambar2 tu memerlukan fokus yang lebih dasat, utk process editing. Wahhh~ haaaaa nampak? :P

Cheers!
Fana a.k.a Farsha