Saturday, July 31, 2010

.bahagia itu pasti ada.

Hari-hari..
Aku bangun pagi.
Aku bersyukur kepada Illahi.
Kerana diri ini masih di sini.
Bersama senyuman di pagi hari.
Walaupun dalam fikiran, tiada apa yg pasti.

Hari-hari..
Aku mulakan hari.
Dengan senyum dan positiviti.
Dengan hati yang kental dan kuat.
Demi insan-insan di sekeliling diri ini.

Hari-hari..
Aku lakukan sesuatu itu dengan ikhlas.
Dengan penuh semangat dan niat.
Tapi serius aku tak ingat.
Kenapa mesti terjadi dengki dan khianat?

Hari-hari..
Hati ini berikrar mahu menjadi yang baik.
Baik untuk semua hati, semua perasaan, semua insan.
Tapi, hati ini tak mampu bertahan lagi.
Walau hanya untuk satu detik lagi.
Kerana, hati yang satu ini, telah aku sakiti lagi.

Hari-hari..
Aku menguatkan diri ini.
Dengan mengatakan, semua ini akan berakhir tak lama lagi.
Maksud aku, sengketa ini.
Tapi, jujur dengan diri, aku sendiri kurang pasti.
Masih adakah ruang untuk diperbaiki?

Hari-hari..
Aku cuba menjadi yang terbaik.
Demi mereka-mereka yang aku kenali.
Tapi, sekali lagi.
Hati mereka-mereka juga yang aku sakiti lagi.

Hari-hari..
Ku ingatkan diri ini.
Agar sentiasa beringat kepada Illahi.
Supaya DIA juga akan sentiasa mengingatkan diri ini.
Dengan laluan yang aku sendiri kurang pasti.

Maafkan aku, kerana sememangnya diri ni tidak sempurna.
Namun percayalah, aku telah lakukan yang terdaya, demi kita semua.
Mungkin belum masa, kita berjaya.
Tapi aku percaya, ruang itu tetap ada.

Tuhan, tolong kuatkan hati ini.
Untuk sentiasa berkata,
" Hidup ini terlalu banyak sengketa,
namun, bahagia itu pasti ada"

.Farsha Farhana.

2 comments:

zarien said...

dear...
everything happen for a reason...
be strong dear...
i alwiz hve my shoulder for u to cry on ;)
hugs n kisses

Fanapicaholic said...

sayang, tq so much..
and remember, hv to be strong for everything k? :)

hugs n kisses too :)