Saturday, July 31, 2010

.bahagia itu pasti ada.

Hari-hari..
Aku bangun pagi.
Aku bersyukur kepada Illahi.
Kerana diri ini masih di sini.
Bersama senyuman di pagi hari.
Walaupun dalam fikiran, tiada apa yg pasti.

Hari-hari..
Aku mulakan hari.
Dengan senyum dan positiviti.
Dengan hati yang kental dan kuat.
Demi insan-insan di sekeliling diri ini.

Hari-hari..
Aku lakukan sesuatu itu dengan ikhlas.
Dengan penuh semangat dan niat.
Tapi serius aku tak ingat.
Kenapa mesti terjadi dengki dan khianat?

Hari-hari..
Hati ini berikrar mahu menjadi yang baik.
Baik untuk semua hati, semua perasaan, semua insan.
Tapi, hati ini tak mampu bertahan lagi.
Walau hanya untuk satu detik lagi.
Kerana, hati yang satu ini, telah aku sakiti lagi.

Hari-hari..
Aku menguatkan diri ini.
Dengan mengatakan, semua ini akan berakhir tak lama lagi.
Maksud aku, sengketa ini.
Tapi, jujur dengan diri, aku sendiri kurang pasti.
Masih adakah ruang untuk diperbaiki?

Hari-hari..
Aku cuba menjadi yang terbaik.
Demi mereka-mereka yang aku kenali.
Tapi, sekali lagi.
Hati mereka-mereka juga yang aku sakiti lagi.

Hari-hari..
Ku ingatkan diri ini.
Agar sentiasa beringat kepada Illahi.
Supaya DIA juga akan sentiasa mengingatkan diri ini.
Dengan laluan yang aku sendiri kurang pasti.

Maafkan aku, kerana sememangnya diri ni tidak sempurna.
Namun percayalah, aku telah lakukan yang terdaya, demi kita semua.
Mungkin belum masa, kita berjaya.
Tapi aku percaya, ruang itu tetap ada.

Tuhan, tolong kuatkan hati ini.
Untuk sentiasa berkata,
" Hidup ini terlalu banyak sengketa,
namun, bahagia itu pasti ada"

.Farsha Farhana.

Wednesday, July 28, 2010

Malacca Getaway Weekend.

Malacca again. :)

Tapi kali ini bersama orang2 lain. Bersama kawan2 dari ofis.
The purpose of the trip - to get away, and have a pleasant short holiday session.
And yeah, it was one of the best trip I ever had.

We went straight to Malacca on Friday nite, and arrived there a bit late. So malam tu terus tido di hotel aja. Oh, kami tido di Hotel Johan, dekat aje dengan Dataran Pahlawan Mall. Hehe.

On Saturday, we had a long session of walking around Bandar Hilir.

- Menara Taming Sari, Afamosa, Castle, Dataran Pahlawan, Cendol, Selat Melaka, Jonker Street.
Satu je tak dapat gi, Umbai. Agak terkilan, tapi takpe, kami sempat tgk wayang midnite kat Dataran Pahlawan Mall. Dan saya takkan lupe pengalaman tgk midnite kat Melaka. 1st time tgk wayang sambil tido. Haha. Hampesh.

On Sunday, we had our lunch at Mahkota Parade. Then we headed to Taman Mini Malaysia. Haha, memang best! Even tho kami semua dah sakit kaki, tapi kami masih gigih utk masuk ke setiap rumah2 yang ada kat Taman Mini tu. Semangat kawan2 saya ni. :)

Then, we headed back at 5.30 pm.

To my gurls, Azila, Shein dan Zarin, tq sbb sudi meluangkan masa2 korang utk join trip ni. Kita plan just to getaway and menenangkan pkran, and i guess we did achieved that + plus dapat sengal2 otot kaki. haha.. Oh ya, minta maaf la banyak2 sbb saya ni dok jadi photographer yang agak bossy. Asik suruh korang posing sane sini, sampaikan tak pasan saya ni dah buat korang penat. Haha. Ampun sayang2. But, hope u guys enjoy the piccas. I love shooting u guys. Ini yg mampu diupload, selebihnye, simpanan peribadi ye. Seribu keping ok~ Hehe.

Sesungguhnye, saya sangat mencintai Melaka. :)
Tak gitu sayang2? Thanks again Azila, Shein and Zarin.

ps : Sempat jumpa one of close fren during study years in MMU, Jaclyn Chua.. She is my kekasih wajib jumpa, everytime saya pergi ke Melaka. Hehe. Love yu lah sayang! :)

Cheers!
Fana a.k.a Farsha

Monday, July 19, 2010

Phrase #01


Superlike.
Thank you awak.
:)

Thursday, July 1, 2010

Kata-kata untuk Awak.

Awak..

Kita tak pernah kata kita tak suke kat awak..
Kita tak pernah kata awak tak best..
Kita tak pernah kata awak ni menyusahkan kita..
Apakan lagi menjengkelkan..
Awak ok je sebenarnye...


Kita tak nak mintak ape2 yang besar pon dari awak..
Cuma, kita harap awak dapat beri ruang pada kita..
Beri peluang pada kita..
Untuk kita jadi manusia yang lebih bertanggungjawab..
Dengan cara kita sendiri..

Kita tak cakap kita ni bagus..
Kita tak cakap kita ni terer..
Kita tak cakap kita ni sempurna..
Kita banyak silap..
Tapi, bg lah ruang kat kita untuk mencuba..
Sebelum awak menduga kita dah silap..

Awak..
Kalau awak takda, tak best jugak..
Kita tak suka kalau awak takda..
Kita masih perlukan awak..
Dalam banyak perkara..
Dalam hal kita berdua..
Dalam kehidupan kita berdua..

Please awak..
Jangan lah camni..
Kita tak tau nk buat apa, kalau awak berterusan macam ni dengan kita..
Kita tanak kehilangan awak..

Awak kawan kita..
Kita masing2 ada silap.. dan kerana kesilapan itu, kita belajar utk jadi lebih matang kan?
Sekurang2nya, kita saling melengkapi antara satu sama lain dengan kekurangan dan kelebihan kita tu kan?

Please wak..? Can we start over?

Kita cerita seikhlas hati, bukan niat menyakiti.
Tolong awak, jangan salah erti.
Kita ikhlas ni.