Monday, April 19, 2010

Pasal Aniq la... :D


Pasal Aniq la...
Akak menjerit dalam kereta masa balik sekolah. Sebab masa tu mak bgtau, “Adik, mak mengandung adik baru adik ni..”.. :)

Pasal Aniq la...
Abah, Kak Dyana, Kak Rai ngan akak hari2 nk tgk perut mak yg tengah mengandung tu. Eksaited sangat! Rasa hari2 nk rase perut mak, nk tengok Aniq buat apa kat dalam tu..


Pasal Aniq la...
Akak dengan Kak Dyana dengan Kak Rai bergaduh2 dengan mak ngan abah, sbb nk bagi nama sedap bila Aniq lahir nanti. Akak cadangkan Muhammad Aniq Najmi.. Abah kata panjang sangat. Susahkan jek nanti. Ade ke, abah nk letak nama Aniq HARUN??? Oh tidakkkkk..... Hehe..

Pasal Aniq la...
Akak rase tension n panic je masa duduk dalam bilik menunggu kat wad bersalin 10 tahun dulu. Tension sangat sbb risaukan keselamatan Mak, dan jugak Aniq. Tapi, Abah n kakak2 Aniq sentiasa berdoa agar semuanya selamat.. Dan akhirnya, mak selamat melahirkan Aniq pada 19.04.2000..

Pasal Aniq la...
Kakak2 Aniq ni selalu bergaduh2. Semuanya berebut nak bg Aniq susu, nak pakaikan baju Aniq, nak main2 dengan Aniq, nak dukung Aniq, nak tidurkan Aniq. Berebut2 kami masa tu. Tak puas hati btul...ish!

Pasal Aniq la...
Kami sekelurga dapat bershopping kat seksyen kanak2. Kalau dulu, bila pergi Jusco, asik masuk ruangan dewasa. Bosan jek tgk baju2 besar. Bila masuk seksyen kanak2, rase best sangat dapat tgk baju2 kecik n comel2.. hehehe..

Pasal Aniq la...
Kami dapat merasa balik pergi Zoo Negara, pergi Taman Rama-Rama, pergi Sunway Lagoon, pergi Funfair, pergi Genting, pergi Taman Burung.. ish macam2 tempat la.. Nasib baik Aniq ada, kalau tak..memang tak pergi dah tempat2 tu.. hehe..

Pasal Aniq la..
Akak jadi kacau bilau, sbb Aniq slalu kacau akak masa akak buat keje, mintak main game la, mintak tolakkan kereta kecik Aniq, mintak buatkan susu, tanye macam2 soalan, mintak bukakkan tv la.. macam-macam. Tapi, dalam kacau bilau akak tu, akak suke.. sbb akak ada baby brother.. ;)

Pasal Aniq la...
Kami semua eksaited nak hantar Aniq g sekola. Ingat lagik, masa Aniq nk masuk tadika.. rase comellll sangat biler Aniq pakai uniform tadika. Aniq jadi artist masa tu, sbb kakak2 Aniq dok sebok amik gamba. Sebab Aniq comel sangat.. hehe..

Pasal Aniq la...
Kakak2 Aniq mintak cuti, sempena 1st day Aniq masuk sekolah rendah. Mak abah siap teman Aniq sampai masuk kelas. Aniq yang malu2, sebab satu family hantar dia gi sekolah masa tu. Aniq siap cakap, “Takpe..balik je, Aniq ok la..” hehehe...

Pasal Aniq la...
Kami adik bradik slalu pokai, sbb Aniq ni high taste... nak pakai baju branded, nk mainan mahal2, nk makan pon tempat yang agak standard! Hehehe.. tapi takpe, selagi mampu, kakak2 Aniq akan bg kat Aniq.. sebab Aniq satu2nye adik lelaki yg kami ada...

Pasal Aniq la...
Setiap kali kita satu famili gi makan kat kedai tomyam faveret kita tu, kita kene order 2 ekor ikan Siakap. Sebab Aniq sangat suke makan ikan siakap. Tak cukup lah utk kami kalau order satu jek.. hehe. Tapi takpe, kami rela.. asalkan Aniq kenyang.. :)

Pasal Aniq la...
Kami jadi pening kepala, penin bila pk macamana kalau Aniq besar nanti. Mana taknye, kat skolah, Aniq banyak peminat perempuan. Bila akak amik Aniq kat skola, ada jela budak perempuan yang melambai, " Bye Aniqqqq..!!"... ish, banyak peminat jugak adik akak yg sorang ni eh? :D hehehe...

Pasal Aniq la...
Sekarang ni abah ada teman nk tgk bola same2. Lately ni, 2 kali abah bawak Aniq gi tgk bola kat stadium. Ni nnt nk start World Cup, habislahhh... gegar lah satu umah bile abah ngan Aniq menjerit2 depan TV.. hehe.

Pasal Aniq la..
Akak lebih memahami erti kasih sayang dalam keluarga. Bila Aniq ada, mak ngan abah makin rapat, kami kakak2 ni pon semakin rapat. Aniqlah penyelamat dalam keluarga ni. Aniqlah yang mengeratkan lagi hubungan mak, abah dan kakak2 Aniq..

Lahirnya Aniq 10 tahun dulu, amat bermakna buat Mak, Abah dan kakak2 Aniq. Aniq melengkapkan keluarga kita, dan Aniq yang menyempurnakan segala kekurangan yang ada dalam famili kita..

Hari ni, 19.04.2010. Sekejap je masa berlalu, adik akak dah besar dah. Dah 10 Tahun dah. Happy Birthday Aniq, semoga sentiasa dipanjangkan umur, dikurniakan akal fikiran yg baik, dipermudahkan segala urusan..dan juga diberkati yg Maha Esa. Walaupon akak ni adalah akak yg paling garang di kalangan kakak2 Aniq yg lain, tapi, Akak sayangkan Aniq lebih dari segalanya. Akak garang tu bersebab, sbb Aniq mengada2 sangat... hehehe...

Walaupon apa yg akak tulis ni macam matang sangat, tapi akak tau Aniq paham. Happy Birthday Aniq. Akak sayang Aniq tau. Sayang sangat2.. ;)

Malam nanti, kita kuar dinner yeh? Kat mana Aniq nak? Victoria Station? Huiyooooo....

Tapi takpe, abah bayar.... ehehe...

Sayang Aniq.. Muah!

Kakak mu yang garang,
Fana a.k.a Farsha

5 comments:

FaNaQiLa said...

Wah! Aniq da sepuluh tahun!! Happy birthday!...

Pasal Aniq la kakak Fana yg ini tak larat nk baca entri kakak Fana a.k.a. Farsha yg garang tu...

=)

Ee said...

wah wahh... untungnye aniq dapat kakak2 yang best.

tapi I pun best.. sbbb ade 8 org kakak dan 4 org abang... kehekkeh

noor afzan said...

comel je aniq..

HANIKO ARIHYOSHI said...

so sweet.....aniq appy bday...kita jiran la..hihihh

Fanapicaholic said...

Fana Qila : Hehehehe..:P

Ee : Ee nye rekod memang takleh lawan la kannnn..:P

Afzan : Comel kN? :D

Haniko : Wehehe.. jiran satu ari jek!