Monday, March 29, 2010

Dari Lensa Mereka :)

Asalamualaikum dan hye..

Masih lagi dalam mood bertunang. Ihiks.

Ehehe.. seminggu lepas bertunang, saya demam kaw2. Termasuk dengan parents skali. Demam sampai tak larat nk buat ape2, terbaring je atas katil satu hari. Setelah sekian lame, last weekend memang catat rekod, saya duk umah dendiam tak g mane2 sbb demam. Slame ni asik merayau je time2 wiken. Hehe.

Entry kali ni, saya tujukan khas buat kawan2 yang sudi meng'snap' dan meng'upload'kan gamba masa majlis tunang saya di Facebook mereka. Terima kasih korang, sangat2 kami hargai. Suke tgk gamba2.. mesra alam sungguh kita semua kn? Hehehe. Thanks again korang...

Thanks again korang, skali lagi Thanks sgt2. Tak lupe jugak kat semua kawan2 yang sudi wish kat Facebook.. thanks sangat2. Kawan2 chinese saya pon banyak yang wish. Sampaikan ada yang ingat saya dah kawin, dari 'fiance' jadi 'husband'..hahaks! Tapi takpe, saya sangatlah berbesar hati dengan ucapan2 kalian semua.. happy sangat!

Ramai yang tanye bile kami nk langsung... insyallah, mengikut perancangan, setahun setengah.. tapi tgoklah, bile dah cukup rezeki yang kami terima, Insyallah.. kawin lah kami. Hehehe. Buat masa ni, masih belom set date lagi, nk enjoy tempoh bertunang plak. Hehe. Plus, poket dah kering. Hihu.. :P

Kata orang, bertunang ni banyak dugaannya.. Insyallah, saya slalu berdoa, Kioshii dan saya akan tabah selama kami berdarah manis ni.. ( Manis ke? ).. hehehe.. Aminnn... :)

ps : tetibe2 rase nk pi buat aktibiti mencandat sotong.. sape nk ikut? Jomm! :D

Cheers!
Fana a.k.a Farsha

Wednesday, March 24, 2010

Great People on my E-Day :)


Alhamdulilah, I'm engaged.

Alhamdulilah, semuanya dah selesai dengan jayanya. all of the picture above was taken mostly by my sister, Raihana. Thanks darlink. Tak sabar nk tggu gambar2 dari official photographer pulak.. :)

Khas buat kawan2 yang sudi datang, thank u so much again. Sangat2 menghargai kehadiran korang semua. Ada lagi gamba kawan2 yg lain, tapi dalam kamera official photographer. Tunggu yah. :)

Love you guys.. ;)

I'm Happy!
Fana a.k.a Farsha

Sunday, March 21, 2010

20.03.2010 - Alhamdulilah :)

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Pertunangan saya dan Kioshii, pada tarikh 20.03.2010..

Terima kasih saya ucapkan kepada semua kawan-kawan, saudara-mara, jiran-jiran, family-family angkat dan semua yang sudi hadir ke Majlis kami semalam..


Kepada Mak, Abah, Dyana, Ryehanna dan Aniq, thank u so much for your effort and support dari hari pertama adik dan Kioshii merancang, sampailah ke hari pertunangan. To mak, yang busy dari pagi sampai ke malam..Betul cakap mak, lawa kaler baju yang mak pilih tu. Adik suke sangat2.. Abah, yang sentiasa busy memastikan semua berjalan lancar. Dyana, yang tak henti2 support adik all the way.. Kepada Ryehanna, yang sudi jadi potografer masa hari akak tunang.. and Aniq, yang sentiasa busy jadi adik bongsu yang suke sakat akak dia.. Saya hargai sangat2..and I Love you guys until the end of time..

Kepada adik angkat ku, Faten dan kekasih hatinya, Mr Bulat.. terima kasih banyak2 kerana sanggup bercuti dan spend time dari pagi sampailah ke petang, hanya sbb nak tolong famili akak sepanjang majlis berlangsung.. thank u so much. Akak hargai sangat2.. and i love u guys..korang berdua dah macam famili dah dalam rumah kami :)

Kepada keluarga Kioshii.. terima kasih kerana sudi datang bersama rombongan, dan menerima diri ini seadanya.. :)

Kepada kawan-kawan.. yang sudi datang dari jauh atau pon dekat, ke Majlis Pertunangan saya.. Kawan2 dari sekolah rendah, sekolah menengah, my BFF, adik bradik angkat ku, adik2 angkat ku, Rackfast, kawan2 MMU, my Angels, kawan2 dari Pixiegraphy, kawan2 dari opis Subang Jaya, kawan2 dari opis Damansara, dan jugak yg pernah mengenali saya dan juga Kioshii... thank u so much, so8 much.. saya sangat menghargai kedatangan kalian semua. Sorry kalau ada yang terkurang semasa majlis... dan jugak tak sempat nk layan semua.. ampun sangat2.. Hope korang pon enjoys, sepertimana saya enjoys.. :)

Kepada jiran2 yang datang membantu, kepada makcik2 dan pakcik2 yang saya ibaratkan macam mak dan ayah saya sendiri, terima kasih sbb sudi datang... suke sangat2.. ;)

Terima kasih kepada saudara mara dari belah mak dan abah. Ada yang datang jauh dari Perak dan Penang, just to be with us on my special day. Thank u so much. So8 much...

Terima kasih kepada En Khairil Mustafa, a.k.a En Ayep sbb sudi jadi Photografer saya. Tak sabar nk tggu gamba ni .. :D Hope it turn out Great! :D

Terima kasih pada Kak Fieda, mak andam n yang bertanggungjawab make up kan muka saya... thanks so much akak :)

Terima kasih kepada orang2 buat pelamin.. oh I like the pelamin. Ramai puji pelamin cantik.. alhamdulilah! :D

Terima kasih kepada semua kawan2 yg wish kat Facebook.. thank u so much. Doakan hubungan kami berkekalan sehingga ke jinjang pelamin, dan juga ke akhir hayat.. masa tu, saya akan jemput semua skali.. Insyallah! :) Oh ya, thanks jugak kepada kawan2 yang sudi upload kan gamba masa majlis saya... suke bangat! :)


And lastly, to my dearest Ahmad Ferrozam a.k.a Kioshii a.k.a My Fiance..
Terima kasih kerana sentiasa tabah and keep cool, sepanjang perancangan kita untuk bertunang.. Terima kasih sbb sudi ikut kita masa g shopping barang2, even though masa tu muka dia dah blur tgk banyak sangat bunga2. Hehe.. Terima kasih kerana sentiasa tenang di sisi saya, walau apa jua keadaan skali pon.. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.. Semoga ikatan kita direstui Allah dan jugak kedua ibu bapa kita... and sampai ke tahap yang kita berdua impikan, Insyallah.. I Love you Kioshii. Always, and always..

Terima kasih semua. Tak terungkap dengan kata2, perasaan yang ada dalam hati saya.. :) Terima kasih.

Syukur kepada Tuhan.. alhamdulilah.

ps : Can't wait for the pictures.. :)

Salam Sayang,
Fana a.k.a Farsha :)

Wednesday, March 17, 2010

Warna Warni si I-City :D

Weekend.

After our cousins wedding at Bukit Jelutong, my younger sister sibuk ajak satu
ke tempat yang "ajaib".
" Jom la abah, mak. Cantik... kalau pergi, mesti terkejut giler punye.."

Kami masing2 buat muka pelik je la bile Rai cakap macam tu. Mak n abah ada mood nk keluar, so kami pon gerak ke tempat "ajaib" yg si Rai cakap tu. Tapi dia bg syarat, suh tutup mata. Ceh! Nak main surprise2 plak.. ngade. Haha. Tapi kami layankan je apa yg dia suruh, kecuali abah, sbb dia nk bawak kereta. Ihiks.
Saya sempat tanye.. "Kat mana?" Rai ckp, kat Shah Alam. Heh? Saya pelik, ade ke tempat ajaib kat Shah Alam yang tersangat busy tu. Rai ckp ada. Saya siap ugut, kalau tak berbaloi AJAIB dia, siap Rai. Dia kene banjer makan. Hahaha.

So, masa dah nak dekat, kami disuruh tutup mata. Si Aniq dah eksaited, Rai plak dah gelak2. Haha, saya? Tutup je la...layankan si adik, plus teramat mengantuk masa tu. So, 2 + 1 la.. hahaks. Then, bile dah dekat nk sampai, Rai suh bukak mata...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... cantiknyaaaaaa.....

Confirm. Memang Ajaib. Hehe. Memang cantik. It was I-City. Kat Seksyen 7, Shah Alam. Ala, dekat2 dengan pagar UITM. Senang jek nk cari. Hehehe. Thanks to Rai sbb bawak g sane. Yelaaa...memang ajaib. :D

Tapi, kami behave sikit malam tu, sbb saya dan Rai lengkap berbaju kurung, sbb g umah orang kawin. Ngehehehe. But we did some shoot that nite. Sikit2 je, tak btul2 khatam lagi. Plus, tempat tu penuh orang that nite. Nnt kene mai lagi ni. Ihiks.

It was beautiful. Serius cantik. Bagus lah sape yg came up with the idea. Boleh jadik salah satu tarikan utk pelancong kat Selangor ni.. ;)

It was great.. and it was a pleasent nite.

Ps : 3 hari lagi. Saya kaget. But Im praying for the best.. :)

Cheers!
Fana a.k.a Farsha