Monday, February 1, 2010

Fenomena yang kurang digemari.

Hari Sabtu yang tenang. Pak Ahmad sedang nyenyak tido di bilik. Waktu baru menunjukkan pukul 5.00 petang. Memang best utk dia lelapkan matanya. Isterinya sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja di dapur, manakala 4 orang anaknya sedang asyik menonton televisyen.

Semuanya tenang, semuanya rileks, semuanya ok.

Tibe2, anak-anaknya dikejutkan dengan suara seseorang memberi salam. Salah seorang dari mereka segera bangun dan pergi ke pintu rumah.

Tetamu : "Asalamualaikum.."

Anak : " Waalaikumsalam, eh pakcik, makcik.. lamenye tak jumpa. Masuklah2.. "

Tetamu : "Ayah ada rumah?"

Anak : " Ada..ada..masuklah pakcik, makcik. Nnt saya panggil mak ngan abah "

Kedua-dua orang itu segera masuk. Pakcik Saad, dah lame juga tak jumpa. Rasenya Mak dan Abah kenal dah lama, sebab selalu jumpa di pasar tani time dulu2. Pakcik Saad berniaga Sate Ikan dulu kat situ.. Skarang dah pakai Honda Civic warna putih. Wow.. :)

Anak Pak Ahmad tadi menjemput kedua tetamu tadi masuk, dan duduk di ruang tamu. Mak Temah yang sedang sibuk di dapur, segara keluar dan mendapatkan kedua tetamu. Mereka bersalaman.

Mak Temah : " Ya Allah..lamenye tak jumpaaaa...apa kabar..? "

Tetamu : "Alhamdulilah sihat. Itulah, lama ye tak jumpa. Kami baru balik dari orang kawin tadi ni. Tu yang singgah sini.. "

Mak Temah tersenyum. Diagaknya dalam hati, mesti dorang ni tibe2 teringat nk jumpa dengan keluarganya. Mak Temah gembira, yelah..orang yg dah lame tak jumpa, duduk jauh jugakla. Mesti dia happy sebab tetamu tu sudi nk datang rumahnya. Mak Temah segera memanggil Pak Ahmad yang sedang tidur. Pak Ahmad bangun, cuci muka, dan terus berjumpa dengan tetamu tadi. Pak Ahmad pon pelik , tibe2 mereka datang, namun tetap mengalukan2 kedatangan mereka. Mak Temah g ke dapur sebab nk sediakan air utk tetamu.

Pak Ahmad duduk bersama Pak Saad dan isterinya. Mereka bersalaman.

Pak Ahmad : "Amboi Saad, lame betul kita tak jumpa. Sihat ke?"

Pak Saad : "Alhamdulilah, sihat aje.. kebetulan gi majlis orang kawin kat area sini, itu yang singgah tu.. "

Pak Ahmad : "Ooo...apa cite skang? "

Pak Saad : " Ha itulah..kami datang ni sebab bende baiklah ni.."

Salah seorang anak Pak Ahmad terdengar perbualan mereka. Oh, dorang ni nak ajak kawin anak dia agaknya. Dah kata benda baik kan?

Tapi, sangkaan dia meleset apabila dia terdengar...

Pak Saad : " Saya datang ni sebab nk bgtau pasal satu ubat ni...sangat elok. Elok utk orang yang ada penyakit hati, ginjal, buah pinggang, darah tinggi, kencing manis dan macam2 lagi. Saya dulu pon sakit, tapi lepas dah makan ubat ni..alhamdullah la, saya makin ok. Makin sihat.."

4 anak Pak Ahmad yang tadinya sedang menonton televisyen, berpandangan sesama sendiri. Mak Temah yang tadi nk buat air, tibe2 terhenti. Pak Ahmad lagilah, dari muka yang ceria menyambut tetamu datang, terus jadi moody.. Mereka terkejut sebab tetamu yang dah lame tak jumpa, tibe2 datang sebab nk jual barang.

Bayangkan.. dah 8 tahun tak jumpa, tibe2 datang rumah.. bukak pintu gate, bukak kasut, masuk rumah, duduk kat ruang tamu, TANPA tanya khabar, TANPA tanye perkembangan kehidupan.. TERUS CITE PASAL NAK JUAL UBAT. Sungguh tak proper..kan?

Yup..itulah situasinya, situasi yang saya saksikan sendiri. Yang sungguh tak proper, sungguh tak sopan dan sungguh tak manis dipandang. Tak salah kalau anda datang nk jual barang, tapi sekurang2nya, jadilah manusia yang lebih beradab sikit. Tanyalah khabar, bercerita dulu tentang diri masing2 dan jugak tuan rumah.. tanye anak2 camana.. sihat ke? Dh habis blaja? Dengar kata nk kawin? ... Lepas tu.. citer lah camana korang kenal masa dulu2.. masa zaman jumpa kat pasar tani, masa zaman jual sate ikan.. kan ke best? Sekurang2nya..dah spice up sikit memori2 masa berkawan dulu... kan? Kiranya MUKADIMAH la dulu..

Ini tak, belum pape.. anda dah cakap pasal jual barang. Pasal penyakit, pasal ubat, pasal kebaikannya, pasal harga.. tak ke pelik? Daripada hati kami yg sangat teruja nk menjemput anda masuk kerumah, terus berubah menjadi perasaan teruja nk suruh anda keluar rumah..

Haishh.. tak paham sungguh dengan orang2 camni. Kadang2 terpk jugak, takkan dek kerana nk jual barang, sanggup JUAL NILAI PERSAHABATAN tu sendiri?

Saya pernah gak kene dulu... di mana, sorang kenalan saya yang dah lame tak jumpa n tak contact, tibe2 contact. Dia ajak g minum mlm tu, lepas waktu keje. Saya pon pk, ok lah..dah lame kan tak jumpa, best jugak kalau dapat jumpa n share2 story. Malam tu, kami jumpa...dia amik saya kat rumah. Dia bawak saya naik kete dia. So saya ikut je la sbb dia kata nk ajak minum. Saya ingatkan nak g lah kedai maple ke, kopitiam ke, tapi rupanya dia bawak saya g TALK pasal MLM..

Hek elehhh...time tu saya bengang giler. Dahlah saya lapar tak makan lagi, dengan penat balik keje.. boleh plak dia bawak saya g dengar orang cakap pasal kereta sport dia, rumah banglo dia, kejayaan dia, kesusahan dia buat MLM..? Tapi, sbg manusia yang ada ksedaran zivik, saya buat biase je. Layankan je la orang2 camni. Saya kenangkan dia kawan je.. kalau orang luar, nk je saya call famili saya suh amik saya bawak balik!

Tak salah kalau nk buat bisnes, tak salah nk berniaga dan tak salah nk cari rezeki, tapi kene betul caranya. Jangan gunakan kesempatan BERSAHABAT tu sebab nk cari untung. Duit banyak memang best, tapi jangan sebab nk dapat duit banyak, anda korbankan kawan-kawan anda...

Kepada Pak Saad ( bukan nama sebenar ), len kali..janganlah buat camtu. Sekurang2nya.. kenangkan family saya sebagai KAWAN sebelum anda assume dia adalah PELANGGAN. Tak pasal2..ilang satu nama dari list kawan-kawan. Haha..

ps : Teringat masa Pak Saad nk balik, Pak Ahmad sempat tanye.

Pak Ahmad : " Ni jual ubat2 ni, bisnes sate ikan ada lagi ke? "

Pak Saad : " Takde dah, skang saya buat bisnes sewa rumah. Saya dah ada 30 rumah sewa skang yg saya bg sewa."

Wah..confidentnya. Tapi kalau dah ada 30 rumah bg sewa, knape jual ubat lagi ye? Aneh.

Luahan rasa,
Fana a.k.a Farsha

2 comments:

Aqmalaily Tahir said...
This comment has been removed by the author.
Aqmalaily Tahir said...

hahahahah lawak okay pacik saad tu. poyo betol rumah sewa 30 bijik. haha. nnt you beli satu bangunan kondo. ckp kat dia. saya beli satu jer. kang dier tny hape, ckp satu bangunan condo tu..darab la ade bape bijik umah. haha. eei.

you, busy ker cny..nak you.. i want you, you, you..