Friday, December 31, 2010

Selamat tinggal 2010.

Hari ini, hari terakhir bagi tahun 2010.
Terima kasih,

Tahun ini, aku bergelar tunangan orang.
Tahun ini, keluarga aku menjadi lebih erat.
Tahun ini, aku mengerti apa itu 'khianat',
Tahun ini, aku mengerti apa itu 'fitnah',
Tahun ini, aku mengerti apa itu 'gagal',
Tahun ini, aku kecundang dalam dunia kerjaya,
Tahun ini, aku berkenalan dengan ramai kawan baru,
Tahun ini, aku menjadi lebih rapat dengan mereka,
Tahun ini, aku kehilangan beberapa teman lama,
Tahun ini, mereka2 itu masih tetap bersama ku,
Tahun ini, aku merasa manisnya perkataan "teman",

Tahun ini, aku dapat abang ipar,
Tahun ini, aku berkerja sendiri,
Tahun ini, aku sakit berulang kali,
Tahun ini, aku jatuh terjelupuk beberapa kali,
Tahun ini, aku banyak kehilangan duit,
Tahun ini, aku banyak juga memperoleh rezeki,
Tahun ini, aku lebih faham apa itu 'dugaan bertunang',
Tahun ini, aku kenal apa itu Shawl dan selendang,
Tahun ini, aku ditengking, diherdik, dituding jari, dan dihina,
Tahun ini, aku banyak ketawa,
dan Tahun ini, aku banyak kali mengalirkan air mata.

Tapi, bila aku fikirkan kembali, aku banyak kali mengeluh. Mengeluh dengan setiap dugaan dan ujian yang melanda dalam hidup aku. Namun, tidak pernah sekali aku lupa utk bersyukur dengan setiap nikmat dan keindahan yang aku perolehi.

Terima kasih kepada kamu2,
Orang2 yang sentiasa bersama aku, ketika aku susah dan senang.
Orang2 lama yang sentiasa bergelar sahabat dalam hidup aku.
Orang2 baru yang pernah hadir dalam hidup aku.
Orang2 yang pernah menggembirakan aku.
Orang2 yang pernah menikam aku dari belakang.
Orang2 yang pernah membuat fitnah kepada diri aku.
Orang2 yang pernah membenci aku.
Orang2 yang pernah membawa diri jauh dari hidup aku.

Aku bersyukur utk setiap kejadian yang pernah berlaku dalam hidup aku.
Dan hati ini, tak sabar menunggu kedatangan 2011.

Semoga tahun akan datang, akan menjadi lebih baik dan lebih bermakna dari tahun sebelumnya. Insyallah. Aku mahu berubah, menjadi yang lebih baik.

Selamat tinggal 2010. :)

Love,
Fana a.k.a Farsha.

Tuesday, December 21, 2010

Nurul & Fendi.



*Unofficial shoot.

28 November 2010.
Yup...i know, it's late.
Ampun dan maaf especially to Nurul,
sebab terlalu lambat upload gamba.

Diri ini terlalu kalut dengan hal duniawi.
Dan jugak dugaan2 lain. Huhu.
Namun alhamdulilah, masih mampu bernafas sehingga hari ini.

Pengantin yang sangat cantek di atas itu adalah Nurul.
She was my besfren during my early high school year.
Kami sangat rapat dulu, sampai pernahlah tido sebantal dengan dia. Hehe.

And now, dia dah ada teman sebantal utk selama-lamanya. Awww..so sweet.

Happy pengantin baru khas buat Nurul dan suaminya, Fendi.
Semoga perkahwinan kalian akan sentiasa dirahmati, diberkati serta dikuniakan bermacam2 keindahan sehingga ke akhir hayat.

Hey Nurul, i do love you. :)
And seriously, you look super beautiful on dat day. ;)

Love,
Fana a.k.a Farsha

Tuesday, December 14, 2010

Dunia.



Kalau ada 9 cara untuk menggembirakan aku,
dan ada 1 cara utk menyedihkan aku,
mana satu yang kau akan pilih?

Aku dah agak, kau akan pilih yang SATU itu.

Sedangkan aku akan gunakan segala kudrat yang aku ada,
untuk sejuta kali menggembirakan kau.

Kau akan tetap pilih yang satu itu, menyedihkan aku.

Jangan buat baik depan aku, andai sebenarnya kau tak pernah ikhlas sayangkan aku.
Jangan kata kau ok, andainya di belakang aku, kau tikam aku.
Don't ever say that you love me, unless you mean it.

Aku tahu kau rindu aku, tapi kau takkan mengaku,
sebab kau memang macam tu, ego tak menentu.

Jangan risau,
aku akan terus memaafkan kau,
sbb sejak dari azali lagi,
aku memang macam tu.

Tapi tak berapa ramai, yang menghargai aku.
Tak fair, tapi inilah dunia.


* video dari youtube, sangat suke dengan suara dia.

Friday, December 3, 2010

.Khas buat Pak Long.



Entri ni, khas buat Pak Long.

Pak Long,
Rasenye dah lame tak jumpa Pak Long. Adik last jumpa Pak Long rasenye masa kawen Dyana ari tu. Itu pon, Pak Long dapat datang masa malam nikah. Adik rase, adik sempat salam Pak Long dengan Mak Long. Tapi kita tak sempat sembang2. Sbb kitorang satu family busy sangat malam tu. Adik pon tak tau la, mak ngan abah sempat ke x layan Pak Long. Menyesal plak rasa x layan Pak Long malam tu.

Pak Long,
Adik baru teringat. Last time Pak Long datang umah, masa 20.06.2010. Adik ingat, sbb masa tu anniversary adik dengan Kioshii yang ke 2 tahun. Kebetulan Pak Long datang rumah, sbb nk jemput kawen anak Pak Long, si Firdaus. Tu pon, adik dah nk keluar dengan Kioshii. Tapi, adik happy jugak bile pk, sbb Pak Long sempat jugak jumpa Tunang adik. Pak Long tak dapat datang masa adik tunang bulan 3 ari tu. Adik ingat lagi, masa adik dengan Kioshii nk kuar umah, kitorang salam Pak Long, and Pak Long sempat ckp, "Pandai adik pilih tunang, hensem". Masa tu, adik tergelak, and pandang Kioshii. Kioshii? Dia dah merah padam dah masa tu. Tu lah last, Pak Long datang rumah utk lepak2.

Pak Long,
Adik tau, Pak Long keje dengan kedutaan. Tapi tak tau utk negara mana. Adik tau, Pak Long selalu outstation sane sini sbb Pak Long jadi driver personal utk orng kedutaan. Pak Long slalu takde kat rumah. Kadang2 kalau kenduri pon, Mak Long dengan anak2 je yang datang. Sbb Pak Long busy bawak boss ke sana sini. Pak Long ni memang aktif n kuat keje jugak. Sbb tu slalu tak jumpa.

Pak Long,
Adik teringat, tahun lepas, mak tibe2 cakap, Pak Long masuk hospital. Pak Long kene heart attack. Dan masa tu Pak Long masuk ICU, kene buat by pass. Adik risau jugak, tapi takdelah tnjuk. Mak ngan Abah je yang pergi melawat Pak Long masa tu. Mak kata, Pak Long ok. Mak Long pon cakap, Pak Long degil, tanak jaga kesihatan. Pastu slalu tunjuk kuat, and tanak tunjuk kalau Pak Long sakit ke apa. Puas dah Mak Long bebel, tapi Pak Long degil. Nasib baik operation tu berjaya, and Pak Long pon sihat lepas tu.

Pak Long,
Kitorang satu family slalu jugak jumpa Pak Long kan? Kdang2, kalau Pak Long balik rumah Pak Long kat Puchong, kitorang ada gak gi melawat. Abah kan suke Ikan Sambal buatan Mak Long. Tu yang slalu gi tu. Giler tak malu kan kitorang ni, datang asik nk makan je. Hehehe. Tapi... Pak Long ngan Mak Long always happy bile kitorang datang. Masak pon mesti banyak and sedap. Ish, suke betul.

Pak Long,
One thing yang special pasal Pak Long, sbb Pak Long suke sangat minum teh susu mak adik buat, and Pak Long suke makan mee kari yang mak adik buat jugak. Hehe. Ada satu masa tu, Pak Long datang all the way dari Cheras, semata2 nk minum teh susu mak. Pak Long kata, Mak Long nye teh tak same dengan Mak punye. Hehe. Sian Mak Long. Tapi takpela, sbb reason tu, Pak Long slalu datang rumah kan? Galak je Pak Long sembang dengan mak n abah.

Tapi kan Pak Long,
Tadi, adik tengah lepak kat dalam bilik, dengan mak ngan Dyana. Kitorang tengah buat keje kat PC. Tibe2, abah masuk. Abah cakap, "Mah, ni.. abang long meninggal". Kitorang tersentak. Mak tanye, "Abang Long mana?". Then abah ckp, "Abang Long Yunus..". Mak terdiam, Dyana terdiam, adik pon terdiam. Abah pandang je. Kitorang kelu tak tau nk ckp ape. Adik tanye la, camana bleh meninggal? Abah kata, heart attack. Tibe2 jek masa Pak Long tengah drive, bawak boss Pak Long g Singapore.

Pak Long,
Pak Long meninggal dalam kereta, masa tengah drive. Mak Long cite, Pak Long mengadu sakit dada kat boss, boss mintak bawak slow. Tibe2, kereta ke tepi, and terus berhenti. Pak Long pengsan. Boss Pak Long call ambulan, terus bawak Pak Long g sepital. Tapi, dalam perjalanan, Pak Long dah takde.

Pak Long,
Pak Long betul2 meninggal lepas Pak Long seberang sempadan antara Malaysia dengan Singapore. Oleh kerana tu, bnyak protokol plak nk kene handle sbb Pak Long meninggal kat negara orang. Kesian sangat kat Mak Long. Dia kene tggu kat sempadan tu jek, sbb dia takde passport. Anak2 Pak Long, Daus, Kak Lynn dengan Abang Hasnol yang selesaikan urusan kat sane. Pak Long meninggal ari Rabu petang, tapi, Pak Long hanya dapat balik ke Malaysia hari Khamis tengahari.

Pak Long,
Semalam, kitorang satu keluarga terus pergi Cheras, dengan harapan nk jumpa Pak Long, sbelum Pak Long dikebumikan. Kitorang sampai sane dalam pukul 6.00 pm, semua sedara mara dah ade. Adik jumpa Mak Long, Mak Long nangis masa adik peluk dia. Adik pon tak mampu nk tahan air mata. Kesian Mak Long.

Pak Long,
Lepas je Maghrib berjemaah, jenazah Pak Long sampai kat masjid. Ramai sangat orang yg sembahyangkan Pak Long. Lepas tu, dorang angkat Pak Long, letak kat perkarangan masjid. Semua orang nk tgk Pak Long, buat kali terakhir. Bile attenden van jenazah tu bukak kain kat wajah Pak Long, semua orang nangis. Adik pon nangis. Mak, abah, Dyana, Rai ngan Aniq semua nangis. Semua tak sangka, Pak Long akan pergi seawal ini. Adik nangis masa tgk Mak Long cium Pak Long, masa anak2 ngan cucu Pak Long cium Pak Long. Kami sedih, sedih sbb Pak Long dah tiada dengan kami.

Pak Long,
Semua orang ckp, muka Pak Long macam tenang je. Macam Pak Long tengah tido je. Lepas beberapa ketika lepas tu, Pak Long diangkat masuk ke Van Jenazah. Then dorang bawak Pak Long ke kubur utk disemadikan. Doa adik mengiringi Pak Long. Adik dengan famili semua tak dapat teman Pak Long ke kubur, kami tak mampu, tak mampu nk tahan kesedihan melepas kan Pak Long pergi.

Pak Long..
Kami semua redha dengan pemergian Pak Long. Walaupon berat hati kami sekeluarga, tapi kami redha. Doa adik, semoga Allah merahmati dan memberkati Roh Pak Long di sana.

Pak Long, kalau ikutkan, kita takde pertalian darah pun. Pak Long sepupu angkat abah. Tapi, Pak Long dah kami ibaratkan macam keluarga sendiri, sbb dari kecik kami kenal Pak Long, kami rapat dengan keluarga Pak Long, dan Pak Long sekeluarga menerima kami sekeluarga ibarat keluarga sendiri. Kami sayang Pak Long.

Pak Long, tadi masa tengah makan malam. Mak citer pasal Pak Long. Mak kata, Pak Long selalu call mak, utk saje bertanya khabar dan bersembang2. The last thing yang mak ingat, Pak Long kata Pak Long tanak susahkan sape2, kalau Pak Long meninggal. Biarlah cara Pak Long pergi tu tenang, takde sakit lame atau terlantar. Btul Pak Long, Pak Long pergi macam tu je.. tanpa susahkan orang lain.

Adik tau, Mak ngan Abah paling sedih dengan pemergian Pak Long, sbb Pak Long sangat rapat dengan dorang. Mak paling sedih, sbb Mak selalu call Pak Long, jadi teman sembang2.

Kami semua akan sentiasa rindukan Pak Long.

Tenanglah Pak Long di sana.
Al-fatihah.

Ikhlas dari hati,
Fana a.k.a Adik, dan keluarga.

Saturday, November 27, 2010

Lantang.

Tuesday, November 16, 2010

The Engagement of Ruezanna & Abdillah.

7 Eleven of 2010.
Another Rackfast Sister got engaged.
Ruezanna & Abdillah.
Secara rasminya saya menjadi official photographer for their engagement day.

Tahniah to my dearest Zanna and tunangannya, Mr. Didi. Doa akak, semoga ikatan pertunangan korang diberkati Allah, dipanjangkan sehingga ke jinjang pelamin, seterunya ke akhir hayat.

No words can describe how lovely you look on your e-day sayang. :) And to my adik2 Rackfast yang lain, korang pon gojes-gojes on dat day. I likee.

Welcome to the club, Zanna. :)
Love you guys more. More and more.

Love,
Kak Fana a.k.a Farsha