Tuesday, December 1, 2009

Bila Abah ku ajak balik kampung. :D

Asalamualaikum dan hye...

Petang itu, saya sedang melepak di ruang tamu rumah. Bersama mak, abah dan adik beradik. Mula-mula sembang pasal kerja..and masalah2 yang sewaktu dengannya. Pastu masuk bab masalah negara dan bab politik. Haha.. takde keje. Topik berat camtu pon leh dibawak sembang dalam ruang tamu rumah.


Tibe-tibe, abah bersuara...

Abah :
Apa kata minggu depan kita balik kampung? Gi mandi Sungai Bil?


Saya :
Hah? Balik semata-mata mandi sungai je ke?

Abah :
Haah la. Ok pe? Dah lame tak mandi kat Sungai Bil. Jom la.. nak?

Kami adik bradik pandang muka masing2. Saya on je, kalau memang wiken tu takde pape2 hal. So, perbualan tu terhenti stakat tu, tanpa mencapai kata sepakat.

Hari Sabtu lepas, sehari selepas Hari Raya Haji..kami memang duduk rumah je. Tak kemana-mana. Malam tu la..abah bangkitkan cadangan tu balik. So..memang semua free, so ON. Abah ajak balik kampung arwah opah di Slim River, Perak.. dan mandi di Sungai Bil. Mak n abah pon mempelawa boyfriend2 kami untuk join skali. Saje..memeriahkan suasana. Yang confirm join, Kioshii dengan Yusre je. Tunang kak dyana tak dapat nk ikut, sbb dia kene keje..

So, on Sunday.. kami bertolak dari rumah dalam pukul 8. Kami konvoi dua kereta, kereta abah dan kereta saya. Yeay! Ini adalah kali pertama saya bawak kereta kesayangan berjalan jauh. Selama ni g opis je.. hehehe.

So..dalam perjalanan, kami memang eksaited. Lagi2 Kioshii dengan Yusre. Dorang dua ni takde kampung yang btul2 ada suasana kampung. So, ari ni dorang eksaited sbb nk merasa suasana kampung. Sejam perjalanan, kami singgah Tanjung Malim, sarapan kat kedai Pau Yik Mun. Makan pau la kan! Sedapppppp....layan je air milo ais dia! :D

Lepas tu, kami sambung lagi perjalanan..tapi ikut jalan kampung. Lagi dekat abah kata. Tk sampai setengah jam, kami sampai di Sungai Bil! Yeayyy.. oh sukenye. Rasenye last mandi Sungai Bil ni, masa umur 16 tahun kot. Sbb semenjak arwah opah meninggal, kami dah jarang balik...

Sronok sangat dapat masuk kawasan hutan yang hijau, dengan air sungai yang mengalir...cuaca pon tak brape panas, sejuk je ari tu. Oh bestnya! Lepas parking..apa lagi.. terjunnnnnnnn!! Yehhuuu!!

Kami sekeluarga + boyfi..mandi dari pukul 10 am sampai kul 3 petang. Kaw2 mandi sampai tak ingat dunia. Memang seronok, sbb tempat tu tak ramai orang. Sungai dia pon lebar n agak dalam, so memang best. Siap main baling batu, main pasir pun ada, siap bukak saloon syampu rambut kat tepi sungai skali... hehe. Sambil2 mandi, kami makan bekalan yang mak masak. Nasi Goreng Cili Api + Rendang Ayam + Nasi Impit + Kuah Kacang + Air teh dan nescafe. Pergghhh..memang layan! :D


Tengah dok mandi2 tu.. tibe2 Kioshii menunjukkan bakat yang terpendam, dia boleh tegakkan batu sungai.. pelik jugak mule2? Tapi tah.. segala jenis batu dia boleh tegakkan.. Abah suke la tgk. Dia kata bakat pelik ni. Hehehe. Tak caye? Tgk gamba yg saya snap ni.. hehe.
Bile dah puas berendam, kami pon tinggalkan Sungai Bil dengan kenangan yang indah. Hehehe. Abah ajak singgah rumah Tok Andak yang tak brape jauh dari sungai tu. Singgah la kami di situ. Tok Andak duduk dengan Mak Andak, rumah kayu yang terletak di atas bukit. Sejuk je rumah dia. Sempat kami minum teh o dengan biskut kering kat rumah dia. Biskut kat kampung lain tau, sedap gileer! Ehehehe... Paling best, masa kami sampai umah dia.. tibe2 ade 2 ekor kambing tengah gaduh. Dorang bertanduk.. hehe. Jakun la kami kejap, sbb tak penah tgk BATTLE antara dua ekor kambing. Kioshii siap amik gamba, Yusre siap rekod pakai handpone. Ngehehehe..

Kami adik bradik dan boyfi, buat sesi amik gamba kat rumah dia.. memang tak tau malu. Nasib baik Tok Andak jenis tak kisah. Rumah dia pon memang klasik. Toilet kat luar ok! Siap ada telaga lagi utk mandi. Hehehe. Paling best port nk amik gamba, kat tingkap rumah dia... sangat cantik dengan lighting yang natural.. ;)
Lepas singgah umah Tok Andak, kami singgah plak rumah Opah Muda. Rumah Opah Muda ni..betul2 sebelah rumah arwah opah. Bila sampai situ, teringat masa kecik2 dulu. Slalu main depan rumah dia. Main guli la, konda kondi la, teng teng la, telur buaya la.. and macam2 lagi. Seronok, sbb saya berpeluang merasa suasana kampung masa kecik2 dulu...

Kioshii sempat petik rambutan depan umah opah pakai galah.. hehe. Suke la dia dapat merasa kampung. Takpe.. nnt tiap2 tahun kita balik kampung yeh Kioshii? Hehehe..
Lepas dah habis lepak umah Opah Muda, kami semua berhajat nk makan Mee Bandung kat pekan Slim, tapi malangnye, kedai tutup... Agak hampa jugak la. Tapi, sblm balik, kami singgah satu kedai yang sejak dari kecik kami panggil KEDAI GUDAP. Kedai dia penuh dengan junkfood a.k.a makanan ringan. Dulu masa kecik2, tiap kali balik, mesti singgah kedai ni. Uncle kedai tu pon kenal kami dah. Bile kami sampai je..dia kata.. "wahhh..sudah besar la kamu olang"... Hahaks! Tak sangka dia ingat...
Kat kedai ni, banyak bende yang dah jarang kita jumpa kat KL.. chewing gum, coklat duit syiling, gula2 MILK.. semua ada kat sini. Hehehe.. sempat la kami memborong coklat2 utk di bawak balik...

Lepas dah sopping, kami pon gerak balik. Masuk je kete, saya trus tertido. Kioshii yang drive. Ngehehehe...tak larat, mengantuk sangat. Nasiblah ada Kioshii... sampai KL, abah n Yusre ajak g makan kat Hartamas for dinner. So, bergerak lah kami ke sana..

Saya makan nasi dengan butter prawn, dan jugak Pizza... sedapnya! Dan sememangnya semua dah lapa.. hehehe. Lepas setel dinner, kami semua terus balik rumah...

Pape pon, hari Ahad yang lepas memang best. Lame tak enjoy mandi sungai cam saya mandi kat Sungai Bil ni.. Dan saya happy sebab dapat spent time dengan Family and jugak Kioshii.. ;) Thanks to lovely mak n abah, Dyana, Rai, Aniq, Kioshii and Yusre for the great experience.. ;)

ps : Lepas ni nk buat aktiviti ni slalu la.. 3 bulan skali ke maybe? Hehehe...

Cheers!
Fana a.k.a Farsha

3 comments:

HANIKO ARIHYOSHI said...

bestnya.....real seyy suasana kampung plus mandi sungai...i wish to have kmpung yg mcm tu...tp born pun dah terang2 bandar mana nak da kmpung...uuhuh!!

FATIMOIST said...

Eiiii...
Jeles... jeless..

1. Sbb tak penah merasa suasana kampung for real
2. Sbb teringin gile nk makan pau Yik Mun kart Tjg Malim, tp belom kesampaian
3. Ngidam giler.. da dkt 2 tahun.. nk mandi sungai
4. Gula2 MILK tuh kegemaran ai.. ade lg tk? Huhuhu..
5. Sbb yu ade Kioshii.. ai blom ade Boyfi.. Wuuuu~
6. Sbb parents yu sporting suka berjalan.. tk cm parents ai.. suka dok umah n tido

-Tammat-
=p

Ee said...

sungai tu macam sangat bestt