Thursday, December 10, 2009

Apabila "Adam" jumpa "Natrah". Hehe.

Asalamualaikum dan hai..

Semalam, saya berkesempatan tengok pementasan Teater Natrah di Istana Budaya. Pada mulanya, plan nak tengok Natrah ni dengan dua orang Dyana. Sorang Dyana Suraya, sorang lagi Dyana Hadi. H
ehe. Tapi.. disebabkan takde tiket yg available ( habis dijual ).. saya cam dah takde smangat nk gi tngok Natrah ni..

Then semalam, masa balik keje.. tibe2 adik angkat saya Faten call. Dia cakap, dia
ada tiket extra utk teater Natrah. Mulanya dia ajak adik saya, Ryehanna. But since adik saya demam, Faten ajak saya. Saya mestilah teruja! So..saya pon kata saya ON!

So, pergilah kami berdua ke Istana Budaya untuk tgk Teater ni. Masa sampai tu, sememangnya ramai sangat orang kat situ. Padahal baru pukul 7 lebih masa tu. Agaknya semua orang datang awal sbb takut parking penuh kot? Hehe.. So, dalam pukul 8.15, kami masuk dalam.. kami duduk DEPANNNN skali, no 3 dan 4 dari kanan. Haha memang dekat giler dengan stage. Ada la dalam 1.5 meter je dari pentas. Takpelah! Dari tak dapat tgk langsung kan?

So..dari pukul 8.30 sampai lah 10.30, berlangsunglah teater Natrah ni. Apa yang boleh saya kongsikan, sememangnya BEST! Dan kini baru saya faham tentang kisah Natrah ni sebenarnya. Dulu, saya tau nama dia je.. tak pernah tau citer yang detail. But, after tgk teater ni, membuatkan saya faham..betapa tragisnya kisah Natrah ni.. dan betapa malangnya nasib dia semasa dia terlibat dalam kemelut ni..

Maya Karin memang berjaya bawak watak Natrah. Dia nampak sangat lah comel dengan sifak keanak-anakan dia. Masa satu part tu, Maya Karin berdiri dekatttt dengan saya. Almaklumlah, dah kate dekat dengan stage kan. Hehe.. rasa cam nk g peluk dia je! Comel! Umie Aida pon berjaya bawak watak Che Aminah dengan baik.. memang mengalir air mata saya ketika tgk babak Natrah dipisahkan dengan Che Aminah.. wa..
menangis saya kat situ jugak!

Photos by Mstar Online

Masa satu scene tu, 3 watak bermonolog.. Watak Che Aminah ( Mak angkat Natrah ), Watak Adeline ( Mak betul Natrah ) dan watak Natrah tu sendiri, masa tu saya breakdown. Saya nangis, sbb saya rase sedih... kerana ego dan kemarahan masing2, Natrah jadi mangsa.. sedangkan masa tu, dia baru 13 tahun. Dia sendiri takde hak nk tentukan haluan hidup dia.. Oh Man, i nangis! Kesian Natrah.. kesian mak angkat dia.. kesian jugak kat mak dia... tak tau mana satu nk sokong. Bayangkan, Mak Kandung Natrah hanya nakkan anak kandung dia balik ke pangkuan dia. Mak angkat Natrah, nk mempertahankan Natrah sebab Natrah dah jadi Muslim.. dia risaukan akidah anak dia kalau dia kembali ke tangan keluarganya yang beragama Katholik. Dan paling kesian.. kat Natrah, takde sape dengar suaranya, takde sape dengar rintihan hatinya.. sedangkan, dia hanya nk happy dengan kehidupan dia..

Photos by Mstar Online
Oh.. syahdu!

Tapi, walaupun banyak scene2 syahdu dalam teater ni.. turut jugak dorang selitkan babak2 romantik antara Natrah dengan Mansor Adabi. Masa dulu, Natrah sempat dinikahkan dengan Mansor Adabi sbb takut kuarga kandung Natrah bawak dia balik ke Belanda.. so mak angkat Natrah nikahkan Natrah dengan Mansor Adabi.. tapi nikah gantung je. Hehehe... masa babak dorang berdua ni.. alahai.. saya boleh dengar suara perempuan2 dalam Istana Budaya jatuh cinta dengan Remy Ishak, yang mendukung watak Mansor Adabi. Ni mesti NUR KASIH nye AURA.. tempias2 watak ADAM terbawak2 dalam teater Natrah ni. Hahaks. Tak pasal2 je..

Photos by Gua.com

Photos by Mstar Online

Tapi! Memang masa scene ni.. tak dinafikan, saya pon terjatuh cinta.. oh mannnnn... romantiknya dorang berdua.. rasa macam nk selit duduk je kat tengah2... ngiahahahaha.. :P

Ape-ape pon..Teater Natrah ni memang best dan patut ditonton oleh semua orang. Selain kita dapat tgk pelakon2 hebat, paling penting kita dapat menghayati sejarah.. sejarah betapa kuat dan utuhnya orang2 zaman dulu mempertahankan Agama dan Saudara2 Islam sendiri..sampaikan bermandi darah orang2 dulu nk mempertahankan Natrah yang telahpon masuk Islam. Walaupon pada akhirnya, kita kehilangan Natrah kepada orang2 Katolik...

Tabik spring pada pengarah Natrah, Erma Fatimah sebab bawak kisah ni ke pentas teater.. siap bawak gereja dengan patung Jesus skali atas pentas, siap ada Paderi dengan rahib-rahib.. berani! ;) Dan seperti selalunya, karya2 dia memang jujur dan tak hipokrit. Dia berjaya buat saya jadi tension dan bengang, sampaikan masa part last tu, saya rasa macam nk naik atas pentas je, nk halang Natrah dari masuk gereja.. ish geram!

Lepas, teater habis.. saya dan Faten pon terus balik.. Malas nk tggu sesi autograph, sbb ramai sangat orang. Plus saya tanak tggu, takut jatuh cinta plak dengan Remy Ishak... marah Kioshii kang.. hahahak! :P

ps : Thanks Faten sbb ajak akak tgk Natrah semalam.. and also belanja akak makan malam.. hehe. :) Love u..

Gambar2 dalam post kali ni.. saya 'pinjam' dari Mstar Online dan juga Gua.com.my. Tak dapat snap pape mlm tu, sbb penonton tak dibenarkan amik gamba.. hehe.. ;)

Cheers!
Fana a.k.a Farsha

2 comments:

Warnawanie said...

anak pertama 'Aaron Azhar',
anak kedua 'Remy Azhar'

yeah~!!!!!!

FaNaQiLa said...

hihi..bestnya u dpt nonton n ade masa utk nonton pementasan tu..jeles..nk tgk Remy Ishak jugak...

scene romantik sape xsuka yang...?
my mum pun suka ngan die tau. muka macho, tinggi n hensem. xpela, i rasa muka husband i pun de cam die sket kot. especially time die berjambang. i like!