Wednesday, November 18, 2009

.Dia hanya terlupa. Kerana kamu terlalu sempurna.

Khas buat orang yang ku sayangi itu..

Perempuan itu..

Bila dia susah,
Kamu tolong sedaya upaya dengan perit jerih mu.. tanpa disuruh. Kerana, pada kamu, dia terlalu berharga dan penting dalam hidupmu, sehinggakan..kamu rasakan dia tidak patut merana selagi dia berada di dalam jagaan mu.. kan?

Bila dia sedih,
Kamu sedaya upaya membuat dia tertawa..dengan lawak jenaka manjamu. Kamu akan berusaha membuatnya gembira, walau pada ketika itu, kamu sendiri tidak gembira.. tetapi, demi sayang dan cinta mu padanya, kamu endahkan perasaanmu sendiri, hanya semata-mata ingin menjaga perasaannya..kan?

Bila dia gembira,
Kamu tumpang same dengan kegembiraannya..walau pada hakikatnya, dia terlupa menyelitkan namamu dalam kegembiraannya itu..kan?


Bila dia senang,
Sedikit pun tidak tercalit dalam hatimu untuk meminta-minta darinya.. kerana pada kamu, apabila dia senang..itu adalah hasil titik peluhnya sendiri..hasil usahanya sendiri.. Kamu tidak meminta pun, tetapi..dia selalu lupa untuk berkongsi, sedangkan semasa susah dan senang, kamu sentiasa bersamanya..kan?

Bila dia merajuk,
Belum sempat dia merasa kenikmatan merajuk itu, kamu sudah memujuknya terlebih dahulu.. tanpa mengira perasaanmu terlebih dahulu. Kerana pada kamu, perasaannya jauh lebih berharga dari perasaanmu sendiri..kan?

Bila dia buat salah,
Kamu hanya pejam mata.. memujuk dirimu sendiri, dan sentiasa berkata dalam hati.."tidak apa..suatu hari nanti dia akan berubah.."...walaupun hati kamu remuk dek kerana kesalahannya itu..kan?

Bila dia bosan,
Kamu sanggup menjadi sang penghibur dihadapannya...demi memastikan senyuman diukir dibibirnya..walaupon, kamu sendiri dirundung masalah dan kesepian di kala saat itu..kan?

Bila dia sakit,
Kamu sanggup berjaga..menjaganya, menjemputnya dan menghantar nya pulang ke rumah, dan memastikan kedua kakinya selamat melangkah ke dalam rumah, tanpa memikirkan keselamatanmu dan kesihatanmu di kala kamu berbuat begitu..kan?

Bila dia manja,
Kamu tetap memberi ruang untuk dia bermanja..sedangkan dia asik terlupa memanja
kan kamu..kan?

Bila dia sibuk,
Kamu sentiasa memahami dan memberi ruang untuknya, tanpa gangguan. Tapi kadang-kadang dia sibuk sehingga terlupa kewujudan kamu di dalam hidupnya..kan?

Bila dia kemana-mana,
Kamu sentiasa bersamanya, susah dan senang, sejuk dan panas, siang dan malam. Pada kamu, kamu perlu ada bersamanya, menjaga dirinya, dan kamu menjadi yang terbaiknya..walau dia tidak pernah minta. Kamu korbankan masa kamu, hanya untuk dia..kan?


Namun, di sebalik setiap kesempurnaan itu..kamu terlupa, yang kamu hanya manusia biasa, yang ada hati dan perasaan..dan paling pentingnya, kamu hanya seorang perempuan yang memerlukan belaian, kasih sayang dan cinta dalam lubuk jiwamu.

Setiap kesempurnaan yang kamu berikan padanya, hanya untuk dia. Kamu korbankan segala-galanya, hanya untuk dia. Tetapi..pengorbananmu itu, membuatkan dia lupa, lupa tentang kewujudan mu...Sehingga dia terlupa menjadi yang sempurna untuk dirimu.


Dia terlupa...terlupa kepada perasaanmu, hatimu..dan kewujudanmu, hanya kerana kamu bisa menyempurnakan hidupnya.

Bukalah mata...
Sesungguhnya..dia akan rugi kalau kehilangan kamu dalam hidupnya, dia akan rugi kerana tidak meluangkan masa bersama denganmu, dia akan rugi kerana terlupa akan kehadiranmu dalam hidupnya..dan dia akan rugi tidak memperisterikan kamu dalam hidupnya.

Sesungguhnya, tidak apa yang tidak molek tentang dirimu..Dia hanya terlupa, kerana kamu terlalu sempurna..

To my lovely sis..
Do think about urself first, and think about ur future and happiness...
No matter what happens, ur family will always be with you...support you..

Don't cry..please don't cry..
Because it hurt us, to see you cry...

Love ya always...

Love,
Fana a.k.a Adik a.k.a Farsha

5 comments:

Denalicious said...

Thanks Fana for the lovely thoughts... Hope he will realize what we have written down.. Sayang korang smua... Sayang family kita... Insyaallah akak x sedih lg k.. I will think and decide what's the best... Tq..

HANIKO ARIHYOSHI said...

chaiyok...chaiyok dyane!!

E-e-E-leya said...

jgn cedeh kak dyana...byk org syg akak..muax

FATIMOIST said...

K'Dyana..
Dun be Sad..
Every prob' will have its solution..
Untuk setiap masalah.. family jugalah yg akan akan lebey dahulu merasakan tempiasnya.. drpd org laen termasuk si dia..

Cheers sis!

Farsha: It's WONDERFUL to have a sister like yu.. but ai dun mind much.. coz ai have yu as my ANGLE.. *hug*

Princess DiCaprio said...

what an angel speech for a lovely sis.. that was most precise and beautiful words to describe how wonderful Kak Di being..

U really knws how to express everything in words.

To Kak Di, I absolutely have no idea what is going on but to be honest I would like to share that I do really care about u too.

Wish u both in find the best in life.

Lots of love