Friday, October 2, 2009

Petang itu, Gegaran itu.

( Amaran - ini kisah tak berapa seram )

30 September 2009. Lebih kurang 6.11 pm.Dia sedang duduk di hadapan komputernya. Memandang skrin dengan penuh fokusnya. Banyak kerja agaknya dia? Jam di tangan menunjukkan sudah pukul 6.11 petang. Baru dia tersedar, sudah melebihi waktu pejabat. Dia toleh kiri dan kanan, sudah gelap di sekelilingnya. Semua orang sudah pulang. Terdetik di hatinya, "Camana aku boleh tak perasan semua orang dah balik? ish..". Namun, dia belum mahu bangun dari kerusinya.

" Nak balik skarang, jem plak.. " desis hatinya.


Dia membatalkan hasrat utk pulang, walaupun disekelilingnya sudah kosong. Fikirnya, kalau pulang sekarang, sudah tentu sesak teruk. Bepusat di Damansara sememangnya membuatkan dia harus melalui lebuhraya LDP yang sememangnya sesak, tiap-tiap hari. Lagi-lagi pada waktu puncak. Kalau dia pulang sekarang, mesti tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jadi, dia meneruskan kerjanya di komputer. Kelihatan sebahagian pejabat di tingkat 12 itu sudah gelap. Hanya ada beberapa sahaja lampu kalimantang yang masih menyala, sekadar cukup untuk menerangi kawasannya di dalam pejabat itu.
Pejabatnya sunyi sepi, hanya tinggal dia seorang. Tidak terdetik pula di hatinya untuk memutarkan lagu di komputer. Sudah jemu agaknya dengan playlist sendiri.

Sedang matanya fokus memerhatikan skrin, tiba-tiba kedengaran..

"tip..tip.."

Dia tersentak. Dipandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Tapi bunyi seakan bunyi lantai dipijak orang. Dia mengalihkan semula pandangannya ke skrin komputer.

Beberapa saat kemudian..

"tip..tip..tip...tipp..tipp..."

Kedengaran bunyi itu semakin banyak. Dia bangun, memandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Serentak dengan itu, dirasakan tubuhnya terhuyung hayang, pandangannya bergoyang kiri dan kanan. Dia terduduk! Bulu romanya berdiri tegak. Kenapa ni? Dalam kepalanya sudah terbayang kan bermacam filem hantu yang pernah ditontonnya, Juon? Shutter? Jangan Pandang Belakang? Hantu keluar dari skrin??? Makkkk..!!

Dia segera mengemas mejanya, memasukkan apa sahaja yang mampu dicapai ke dalam beg sandangnya. Menekan butang START di komputer, dan terus SHUT DOWN. Sedangkan masih ada lagi program yang terpapar di skrin komputernya. Dia tidak peduli. Dia hanya fikir, PANIK, TAKUT dan mahu segera pulang.

Dia bingkas bangun, menyandang beg dan terus menuju ke pintu keluar. Di padam semua suis lampu dan penghawa dingin. Setelah semuanya gelap, dia keluar, dan terus menutup pintu utama. Sebagai orang terakhir yang keluar, sudah menjadi tanggungjawabnya utk memastikan semua lampu dan penghawa dingin ditutup, dan pintu dikunci rapat. Setelah selesai menutup dan mengunci, dia segera menekan punat ke bawah di hadapan lif. Jantungnya berdegup laju. "Cepatla..cepatla.." desis hatinya. Dia merasa seperti ada yang tidak kene, bulu romanya meremang, nafas turun naik. Dia panik. Dia takut. Seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikan gelagatnya.

Tiba-tiba..handphonenya berbunyi. Lagu Love Story nanyian Tailor Swift berkumandang. Itu kakaknya yang menelefon.

Dia : Heloo..

Kakak : Adik, adik kat mana?

Dia : Adik depan lif ni. Baru nk balik. Cam tak kene je...seram sejuk.

Kakak : Rasa tak gegar tadi?

Dia : Hah? Gegar? Gegar ape..?

Kakak : Akak tengah baring atas katil kat dalam bilik tadi. Tibe2 rase macam katil bergegar. Akak tanye mak, mak kata air dalam tab bergoyang. Ada gempa bumi kot. Rai pon rase..

Dia : Gempa bumi? ( dia terkesima seketika ) .. Ohhh..that's explain everything.... ( dia sedikit lega, hilang semua rupa hantu yang dia bayangkan dalam kepalanya sebentar tadi.. )

Kakak : Kenapa?

Dia : Adik tengah sorang2 dalam opis..tibe2 ade bunyi2. Bunyi macam ada orang jalan, mula2 sikit. Pastu lame2 bunyi banyak kali. Pastu adik rase terhuyung hayang. Pttla... bunyi2 tadi tu, bunyi tingkap kot. Sbb bangunan bergegar.. adik pk hantu je tadi. Hehe..

Kakak : Ek elehh... habis ni skang kat ne? adik kat tingkat brape?
Dia : Tengah tggu lif, adik kat tingkat 12 ni..
Kakak : Ha? Tingkat 12? Ish..balik balik balik. Balik cepat. Bahaya...

Dia : Ok2..adik nk balik dah ni. Nnt jumpa kat umah.

Sekilas itu, pintu lif terbuka. Dia masuk. Disandarkan tubuhnya ke dinding lif. Dia termenung seketika, kemudian tergelak sendirian. Memikirkan betapa kelakar dirinya dalam situasi tadi, dalam keadaan begitu pun boleh terfikirkan hantu. Itulah..terlalu banyak menonton filem2 hantu, sampaikan otak pun dah macam hantu. Siang-siang mana ada hantu.

Apabila dia tiba di ground floor, kelihatan ramai orang di luar bangunan. Semuanya keluar, kerana berlaku gegaran sebentar tadi. Semuanya panik, barangkali. Dia terus menuju ke keretanya di parking, menghidupkan enjin dan terus meluncur laju. Dalam kepala hanya terfikirkan, wajah keluarga. Dia mahu segera pulang.

Malam itu, baru dia sedar tentang apa yang berlaku petang tadi. Di Padang, Indonesia..berlaku gempa bumi berskala 7.6. Gegaran itu turut dirasai oleh negara2 jiran, seperti Malaysia dan Singapura.

" Patutla adik rase gegar petang tadi... sbb adik dalam bangunan tinggi. Nasib baik takde pape.. " kata ibunya.

Tetapi, Indonedia dilanda kemusnahan yang agak teruk, kerana peristiwa tersebut. Dia melahirkan rasa simpati kepada penduduk di sana.. namun dia bersyukur, kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku semasa gegeran itu di rasai. Alhamdulilah.

* Rentetan peristiwa saya 2 hari lepas, mostly semua bangunan2 tinggi kat sekitar Selangor dengan KL dapat rase gegaran dari gempa bumi di Indonesia. Alhamdulilah, takde pape yang serius daripada gegaran tu kat Malaysia. Tapi, macam2 bencana lain berlaku pada 30 September 2009. Hujan, ribut, banjir..sampaikan JB pon kene hujan air batu. Ya Allah..ni baru sikit. Cmanalah orang di Indonesia dan jugak Samoa kene bencana Gempa Bumi dan jugak Tsunami...?

Samalah2 kita berdoa agar saudara2 Islam kita di Indonesia tabah melalui semua dugaan2 ini..insyallah..

ps : Terpikir jugak masa dalam kete, bangunan dah bergegar pon saya boleh naik lif lagi utk turun ke ground floor. Bukan shud be, kene guna tangga kecemasan ke? Ceh! Tepuk dahi diri sendiri! :P

- Fana a.k.a Farsha

5 comments:

FaNaQiLa said...

huhu..beb! i pun rasa gegaran tu. twice. igt kan ape. suspend gak masa tu. mujur gegaran xkuat. i pun kat level 9. fuhh! cian kan org2 kat Indonesia sana.

sama2la kite doa agar gegaran tu tidak berulang kembali.

Fanapicaholic said...

u pon rase ek?
kita dok bngunan tinggi kan..
terasa jugak la gegarnye..
mesti baby u pon pelik kan, asal gegar2 plak mummy dia..;)

ehehehe..

Framestone said...

he...23x kite pulak time tue tgh syok layan perasaan sorg2 dalam kete di parking rumah sendiri...

ingtkan adeorg yg pedajal g goyang2kan kereta...

http://www.broframestone.com/2009/10/01/gegaran-dirasai/

Hana Jaffar said...

fasha!! i rasa pelik baca ni dekat part u tekan butang lift tu. dalam hati i, lift?? kenapa tunggu lift??

hahaha. ingatkan u tak sedar, rupa2nye sedar jugak ehhh you're not supposed to take the lift in the first place.

ohhh i felt the tremor as well. and my office is just 2 storey shoplot.
and i thought it was my migraine buat i rasa mcm tu, but when i nampak air atas meja sebelah berkocak, sah2 laaa bukan i migraine.

hehe. tapi i didnt go out of my office pon. boleh tak??? boleh pulak continue buat kira2 lagi kat computer :p

Fanapicaholic said...

Bro Framestone :
Thanks for dropping by. Tapi dasat gak ek, sbb masa dalam kete pon boleh rase..ei..scary..

Hanna :
Tula...i btul2 tak ingat sbb masa tu i ingat ada hantu, bukan gempa bumi..hehehe. Pasni tobat, mesti i guna tangga kecemasan! :D

Hahaha..u lagi dasat, leh trus smbung keje..??? Haha..hebat! :D