Thursday, October 29, 2009

.Khas buat PEMANDU pendek akal itu.


Wahai pemandu pendek akal itu..
Pagi tadi, aku kuar g keje dengan penuh semangat. Aku bangun, aku mandi.. dan aku bersiap, siap bertepek bedak2 kat muka aku yang boleh la dikatakan comel. Hahaha. Aku siap pakai baju kurung faveret aku tau ari ni, sbb aku rase mood aku ari ni sangat ok. Lepas bersiap, aku terus bersarapan. Aku makan roti bakar, cicah dengan kari ayam. Ko tau tak betapa sedapnya kari ayam yang mak aku buat?? Sedap gile sampai licin aku makan.. Tapi, kau rosakkan semua nya! Kau rosakkan hari aku!

Wahai pemandu pendek akal itu..
Aku keluar rumah pagi ni dengan penuh semangat. Aku keluar rumah, aku tgk kereta aku yang berkilat, sbb aku baru cuci kelmarin. Sedikit sebanyak, kereta yang bersih membuatkan aku tersenyum lebih lebar. Barulah bersemangat nk pergi keje dengan kereta bersih. Aku bawak kereta dengan berhati2. Sempat aku singgah Shell sbb nk isi minyak. Aku isi RM50 tau ari ni??? Aku punya mood punyalah baik, sampai aku nk isi penuh2 dalam kete aku.. walaupon ari ni ari Khamis.
Tapi, kau rosakkan semua nya! Kau rosakkan hari aku!

Wahai pemandu pendek akal itu..
Aku bawak kereta dengan penuh tenang.. sampai la kat IOI, tibe2 dah jem. Sedikit emosi dah tercalit dalam hati aku. Tapi, aku sabarkan jugak. Aku cuma pk, takpela..kejap lagi mesti ok. Tapi.. sepanjang perjalanan dari IOI, Tol Sunway, sampai ke jambatan pulau pinang, jalan JEM! Oh.. emonya hati ku. Tapi, disebabkan pagi tadi aku happy, aku tenangkan hati aku sendiri. Aku pasang lagu kegemaran kuat2, aku nyanyi sorang2 dalam kete. Aku happy tau! Aku terasa macam aku tengah nyanyi kat atas stage, sambil berjuta2 orang tgk persembahan aku. Aku happy walaupon dalam jem.
Tapi, kau rosakkan semua nya! Kau rosakkan hari aku!

Wahai pemandu pendek akal itu..
Sehinggalah aku berada di Kelana Jaya.. aku bawak kereta dengan kelajuan 40km/j, sbb jalan masih sesak dengan kereta yang banyak. Aku ok, walaupon agak emo, aku masih mampu tersenyum sorang2.
Tapi, kau rosakkan semua nya! Kau rosakkan hari aku! Tibe2 kau masuk depan kereta aku, mencelah tanpa kau bagi signal ataupon isyarat. Tak semena2 aku terkejut, aku tekan brek. Sipi2 lagi kau nak langgar kereta kesayangan aku. Aku hangin! Aku bengang! Agak2 la.. kalau nk potong atau mencelah pon, bagila signal, masukla pelan2. Ini tak! Main masuk je, takde ilmu JPJ betul kau ni!

Dan kerana itu, aku menekan hon. Aku memang marah, sbb kau salah. Aku hon. Dan pada ketika itu lah, dengan penuh rase bangganya, KAU MENUNJUKKAN JARI TENGAH KAU DENGAN PENUH MEGAH!! Berkali2 kau menunjukkan jari kau di cermin tengah kau, supaya aku dapat lihat. Aku terdetak! Kurang ajar kau. Kau yang salah.. tapi kau tunjuk jari tengah kau yang buruk itu kepada aku! Aku Emo.. aku bengang. Knape aku perlu dapat jari tengah kau, kalau ko yang salah..???

Dan pada ketika itu, dengan perasaan geram dan marah, aku pon ilang kesedaran sivik sekejap, aku tunjuk jari tengah aku yang sememangnya jarang aku pakai ni kat kau! Tercalar imej aku sebagai seorang perempuan melayu yang ayu berbaju kurung ari ni. Tapi, aku rase.. kau layak terima bende tu dari aku. Namun, sebaliknya.. kau belum puas. Kau tunjuk lagi jari tengah itu pada aku berkali2! Lebih dari 7 kali! Ya Allah... aku tak tau nk buat ape. Aku geram, tapi aku masih waras.. aku tak membalas pon perbuatan hina yang kau buat. Sebaliknya..aku hanya memandang, dengan penuh kesal...

Sekilas itu, kau masuk ke lane kanan, dan aku berada di lane kiri. Tapi, sesungguhnya dunia itu adil. Elok je lane kiri kosong depan aku. Aku meluncur laju dengan kereta aku, meninggalkan ko di dalam kesesakan di sebelah lane kanan. See?? Ko makan asap kete aku jugak kan? Wahai pemandu pendek akal??

Aku sambung perjalanan aku dengan rasa kesal..rasa geram, dan rasa marah. Aku menyesal, sbb wujudnya pemandu yang pendek akal seperti kau. Malah aku kesian kat kau, sbb kau menyalahguna hak di atas jalanraya. Dan tak semena2, kerana kau..aku dapat dosa pagi ni. Dosa kerana aku menunjukkan jari tengah aku sebanyak SATU KALI, dan dosa kerana mulut aku tak berhenti mengutuk kau... Tapi, takpela.. aku pemandu yang lebih waras seperti kau. Aku cool. Dan aku punya kawan2 yang sentiasa dapat menenangkan aku. Dorang semua tenangkan aku kat YM dan jugak FESBUK. Kau ade ke?

Aku rase ko mesti emo sorang2 skang..dalam kete, dan tak sampai2 lagi di destinasi kau.. Sbb kau sememangnya pemandu yang pendek akal..

Pemandu Lelaki, bawak Xtrail, No Plet WSS ****, tak ensem - Pemandu pendek akal yang buat pagi ku menjadi emo.

Aku emo,
Fana a.k.a Farsha

4 comments:

Princess DiCaprio said...

WSS was ASS.. he deserve to be stranded the whole day in Federal highway with bloody and damn nonfunctional aircond..

rinaKeiko said...

dia bajet kereta besar, dia hebat la? hmph! kereta je besar, otak kecik kuman. kesian, otak tak berkembang dr kecik. tu yg pendek akal tu. (or maybe dia tak minum enfagrow, sbb tu sel otak dia tak berhubung)

ok, now dah boleh lupakan hal ni. persetankan org tu. dia hanyalah habuk hitam yg lalu sekejap dlm hidup kita. :D

p/s: i suke cara u cerita. sgt menarik.

FATIMOIST said...

Eiiii..
TAK SUKE org camtuh gaks..
Kalau btol kite yg salah..
Tayah la tunju middle finger..
Nampak sgt mmg derg2 tuh PENDEK AKAL..
Igt cantek sgt jari tgh tuh?
Potong bg kudung.. br tao.. pastu nk tunjuk dgn ape laks?

Melayu jgk ke paca?
AKO BENCI ORANG CAMTUH.. sbb ako byk kali kene jgk..
Org naek moto pon lebey kurg cmtuh gaks..
Eiiiii~

noor afzan said...

isk2..nape mamat tuh..?
die gaduh ngan bini ke pagi2 tuh?
sesungguhnya Allah itu maha kaya~
sekejap je Die tunjuk..