Thursday, October 8, 2009

Coretan yang Wajib Dikongsi, dan Wajib Dibaca!

Asalamualaikum dan hye .. ;)

Tadi..saya tengah busy dengan keje. Then saya amik masa utk check email saya. Then, saya terbace satu email yang kawan saya porwerdkan pada saya. Bile saya baca, saya tak berhenti setuju, dan saya SANGAT BERSETUJU dengan apa yang saya baca. Dan saya rase, adalah agak best kalau saya share apa yang saya baca dalam email tersebut. Tapi saya tak tau sape penulisnya..

But, kredit to Liexxa for forwarding this email to me. :)
Dan kredit kepada penulis artikel ni..walau siapa jua diri anda... hehe. :D


------------------------------------------------------------------------------------------------------

Title : " Dari Seorang Lelaki. Wajib Bace. "

Teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak mandi. Masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut ...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya.... Sepi tiada jawapan. Dia masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh, periuk tidak bercuci. Mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Dia masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh, apatah lagi yang masih direndam..

Lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..

" Awak sakit ke? "..tanya lelaki itu..

" tak lah ...", jawab isterinya ringkas

" Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni? ", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam...

balas isterinya " Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg kata yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang... NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI...."

" Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan..."

Best baca sampai abis!!!. It's true.

To share.. Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada di rumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and I''m off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,Freeedommmm lah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...

Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up.. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah.

Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faveret jadik tak faveret. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai maple. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop... Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...mungkin begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..?

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you...:)

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when I was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut...And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!! Boleh main rollerblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang Emak, Ibu, Ummi, Mummy, Mama in our life!!

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang, Mak saya ada kat PD.. dia oustation kat sane slame seminggu. Tiap2 hari, kami adik bradik dengan abah, keluar makan. Tengahari kat kedai, malam pon kat kedai. Kami cube jugak masak, tapi tak sesedap masakan mak. Sayur goreng pun nampak lemau je bile kitorang masak. Potong ikan pon, jadi lembik bok bek. 2 hari pertama, masih ok. Hari ketiga, abah dah bersuara.. " Lamenye mak korang nk balik... "

Si Aniq, adik saya yang bongsu pon mengeluh, hari2 kene makan nasi sejuk dengan lauk ayam goreng je.

Mak.. cepat la balik.. famili mak rindu kat mak ni........... :(

- Fana a.k.a Farsha

2 comments:

FaNaQiLa said...

hua!!!!!

i wanna cry after read this story. really! serious!

xsangka ade gak org laki yg realize ttg ni sume. mmg real stori. i suka. hope ramai laki2 kat luar sana yg realize jugak about this thing eventhough pada mereka bnda ni agak remeh.

wink!

Haie Ahmad said...

oh dear...nak nanges ahhh~
artikel yg membuka mata pembaca ttg kuasa dan pentingnya seorang wanita bergelar isteri dan ibu :')