Thursday, October 29, 2009

.Khas buat PEMANDU pendek akal itu.


Wahai pemandu pendek akal itu..
Pagi tadi, aku kuar g keje dengan penuh semangat. Aku bangun, aku mandi.. dan aku bersiap, siap bertepek bedak2 kat muka aku yang boleh la dikatakan comel. Hahaha. Aku siap pakai baju kurung faveret aku tau ari ni, sbb aku rase mood aku ari ni sangat ok. Lepas bersiap, aku terus bersarapan. Aku makan roti bakar, cicah dengan kari ayam. Ko tau tak betapa sedapnya kari ayam yang mak aku buat?? Sedap gile sampai licin aku makan.. Tapi, kau rosakkan semua nya! Kau rosakkan hari aku!

Wahai pemandu pendek akal itu..
Aku keluar rumah pagi ni dengan penuh semangat. Aku keluar rumah, aku tgk kereta aku yang berkilat, sbb aku baru cuci kelmarin. Sedikit sebanyak, kereta yang bersih membuatkan aku tersenyum lebih lebar. Barulah bersemangat nk pergi keje dengan kereta bersih. Aku bawak kereta dengan berhati2. Sempat aku singgah Shell sbb nk isi minyak. Aku isi RM50 tau ari ni??? Aku punya mood punyalah baik, sampai aku nk isi penuh2 dalam kete aku.. walaupon ari ni ari Khamis.
Tapi, kau rosakkan semua nya! Kau rosakkan hari aku!

Wahai pemandu pendek akal itu..
Aku bawak kereta dengan penuh tenang.. sampai la kat IOI, tibe2 dah jem. Sedikit emosi dah tercalit dalam hati aku. Tapi, aku sabarkan jugak. Aku cuma pk, takpela..kejap lagi mesti ok. Tapi.. sepanjang perjalanan dari IOI, Tol Sunway, sampai ke jambatan pulau pinang, jalan JEM! Oh.. emonya hati ku. Tapi, disebabkan pagi tadi aku happy, aku tenangkan hati aku sendiri. Aku pasang lagu kegemaran kuat2, aku nyanyi sorang2 dalam kete. Aku happy tau! Aku terasa macam aku tengah nyanyi kat atas stage, sambil berjuta2 orang tgk persembahan aku. Aku happy walaupon dalam jem.
Tapi, kau rosakkan semua nya! Kau rosakkan hari aku!

Wahai pemandu pendek akal itu..
Sehinggalah aku berada di Kelana Jaya.. aku bawak kereta dengan kelajuan 40km/j, sbb jalan masih sesak dengan kereta yang banyak. Aku ok, walaupon agak emo, aku masih mampu tersenyum sorang2.
Tapi, kau rosakkan semua nya! Kau rosakkan hari aku! Tibe2 kau masuk depan kereta aku, mencelah tanpa kau bagi signal ataupon isyarat. Tak semena2 aku terkejut, aku tekan brek. Sipi2 lagi kau nak langgar kereta kesayangan aku. Aku hangin! Aku bengang! Agak2 la.. kalau nk potong atau mencelah pon, bagila signal, masukla pelan2. Ini tak! Main masuk je, takde ilmu JPJ betul kau ni!

Dan kerana itu, aku menekan hon. Aku memang marah, sbb kau salah. Aku hon. Dan pada ketika itu lah, dengan penuh rase bangganya, KAU MENUNJUKKAN JARI TENGAH KAU DENGAN PENUH MEGAH!! Berkali2 kau menunjukkan jari kau di cermin tengah kau, supaya aku dapat lihat. Aku terdetak! Kurang ajar kau. Kau yang salah.. tapi kau tunjuk jari tengah kau yang buruk itu kepada aku! Aku Emo.. aku bengang. Knape aku perlu dapat jari tengah kau, kalau ko yang salah..???

Dan pada ketika itu, dengan perasaan geram dan marah, aku pon ilang kesedaran sivik sekejap, aku tunjuk jari tengah aku yang sememangnya jarang aku pakai ni kat kau! Tercalar imej aku sebagai seorang perempuan melayu yang ayu berbaju kurung ari ni. Tapi, aku rase.. kau layak terima bende tu dari aku. Namun, sebaliknya.. kau belum puas. Kau tunjuk lagi jari tengah itu pada aku berkali2! Lebih dari 7 kali! Ya Allah... aku tak tau nk buat ape. Aku geram, tapi aku masih waras.. aku tak membalas pon perbuatan hina yang kau buat. Sebaliknya..aku hanya memandang, dengan penuh kesal...

Sekilas itu, kau masuk ke lane kanan, dan aku berada di lane kiri. Tapi, sesungguhnya dunia itu adil. Elok je lane kiri kosong depan aku. Aku meluncur laju dengan kereta aku, meninggalkan ko di dalam kesesakan di sebelah lane kanan. See?? Ko makan asap kete aku jugak kan? Wahai pemandu pendek akal??

Aku sambung perjalanan aku dengan rasa kesal..rasa geram, dan rasa marah. Aku menyesal, sbb wujudnya pemandu yang pendek akal seperti kau. Malah aku kesian kat kau, sbb kau menyalahguna hak di atas jalanraya. Dan tak semena2, kerana kau..aku dapat dosa pagi ni. Dosa kerana aku menunjukkan jari tengah aku sebanyak SATU KALI, dan dosa kerana mulut aku tak berhenti mengutuk kau... Tapi, takpela.. aku pemandu yang lebih waras seperti kau. Aku cool. Dan aku punya kawan2 yang sentiasa dapat menenangkan aku. Dorang semua tenangkan aku kat YM dan jugak FESBUK. Kau ade ke?

Aku rase ko mesti emo sorang2 skang..dalam kete, dan tak sampai2 lagi di destinasi kau.. Sbb kau sememangnya pemandu yang pendek akal..

Pemandu Lelaki, bawak Xtrail, No Plet WSS ****, tak ensem - Pemandu pendek akal yang buat pagi ku menjadi emo.

Aku emo,
Fana a.k.a Farsha

Monday, October 26, 2009

Kalau anda tension, gi main dengan Rabbit! :D

Asalamualaikum dan hai...

Bulan Oktober pada tahun ni sememangnya amat meriah. Bukan hanya disebabkan birthday saya.. but also sambut Raya, Open Houses, Kenduri Kawin kawan-kawan, Majlis Pertunangan, Dinner & Lunch with frens, pindah opis.. dan macam2 lagi. Ish2..ish..boleh dikatakan stiap kali wiken je, saya memang tak dok
diam.. hehe.. ada je la aktiviti.
But..one of the most interesting activity yang nak saya cite kat blog, adalah activity last Sunday. My Famili + Mr Boyfren dan saya pergi ke launching / opening Taman Arnab. Hehehe.. dekat je kot dengan rumah. Ada satu syarikat swasta ni bukak Taman Arnab.. khas utk tempat orang ramai utk buat akiviti riadah. At first, cam malas nk pergi..sbb cuaca last Sunday teramatlah panas. Tapi rase cam rugi plak, comel tu tgk nanab! Hehehe..
So...lepas Kioshii dtg umah at 11.30am, kami plus my sis, Dyana gerak ke tempat Taman Arnab. Dekat je..dalam 2 km je dari umah. Hehehe..sampai je, memang dah ramai orang. Ari ni admission fee dia percuma..sbb nk promote kat orang. Kata owner, ada lebih kurang 100 ekor arnab masa tu. Kami pon trus masuk ke dalam kawasan kandang dia..
Punyelah penuh budak2 kecik dok kejar2 arnab yang ada.. ada yang pegang, ada yang ramas, ada yang cekik.. ish2, ganas btul dak2 ni main dengan arnab. Sian jugak tgk arnab2 tu...tak pasal2 kene cekik. Hehe..

Saya? Em..mule2 masuk.. tk brani nk pegang. Dah lame tak pegang arnab. Slalu pegang kucing ngan hamster je. So..Kioshii la yang amikkan. Dia ada pengalaman..hehe, skang ni pon dia ada 16 ekor baby arnab kat rumah dia. Kaw2! Dapatla pegang beberapa ekor arnab..
Ish..comel gile ok.. macam2 kaler ade.. Paling comel, of course lah yang warna putih. But, warna kelabu dengan coklat pon cantik jugak.. geram je..rase cam nk bawak balik pon ada. Paling best, jumpa arnab yang pakai celak.. hahaks! Activity ni pon turut di join oleh my parents, my other Sis, Ryehanna and Boyfy.. dan jugak Aniq, my younger brother...
Sempat spend kat situ selama sejam lebih..lepas tu balik, dah tak larat. Cuaca panas gile.. rasenye dh sunburn dah pon. Hehee...

Anyway, it was great..lepas ni nk tggu baby2 nanab si Kioshii besar.. nk bawak g taman, lepas tu nk buat shooting.. mesti cute je..kan? Hehehehe...

ps : Oh ya.. im 24 years + 8 days today.. hehe.. ( Nk jugak tu )

Cheers!
- Fana a.k.a Farsha

Sunday, October 18, 2009

Hari Ini 1810

Asalamualaikum & hye..

Hari ini 1810..

Terima kasih.

Terima kasih banyak ... Mak, Abah, Dyana, Rai dan Aniq sebab pagi2 dah wish kat adik.. tak sempat bangun tido lagi dah peluk cium, dengan air liur basi skali.. hehe.. Terima kasih Aniq sbb jadi super duper baik sempena hari jadi akak, sanggup cedok dan hidangkan aiskrim utk kakaknya sempena hari jadi .. :)

Terima kasih Kioshii.. kerana tak henti2 menggunakan perkataan "Burfday Gurl" selama 2 hari berturut2 tanpa henti. Terima kasih kerana sanggup sms awal sejam sbb nk jadi org pertama yang wish kat saya. Dan terima kasih sbb call saya tepat pada pukul 12 malam, dan nyanyikan lagu Happy Birthday untuk saya.. Wlaupon awak jauh dari saya pada hari ni, tapi awak selalu dekat di hati saya.. ;) Sayang awak yeh?

Terima kasih pada Kak Yong, Ammar, Faesz, Shahnur, Mahdir, Nuar dan Ariff kerana ada bersama saya apabila jam bertukar tepat menjadi 12 mlm. Terima kasih kerana nyanyikan lagu "Selamat Ulang Tahun Sayang", nyanyian Imran Ajmain.. sedikit sebanyak membuatkan saya tersenyum simpul, sampai tersipu2.. Thanks sbb teman saya dari pukul 12 mlm sampai pukul 7 pagi. Kite lepak sembang..sampai tak tido kn? hehe.. saya terlalu menyayangi korang sbg kawan dunia dan akhirat.. ;)

Terima kasih pada Mama, Bapak, Abg Shuk dan Kak Shima sbb ingat hari penting saya. Terima kasih Mama sbb call tepat pukul 12.12 tengah malam, sbb nk wish happy birthday saya. Saya janji, nnt saya redeem balik, sbb smalam saya tak dapat datang umah Mama untuk open house.. hehehe.

Terima kasih kepada Fatheem sbb awal2 lagi dah sms dengan ucapan Happy Birthday buat saya, i love u bebeh! Terima kasih kepada Elia a.k.a Bebe sbb hanta MMS dengan gamba cute dia pada pukul 12.47 am dengan ucapan Happy Birthday.. Bubu hargai, tapi Bubu nk jugak video u nyanyi2 secara live! :D Terima kasih pada Que tersayang yang berada jauh di Kedah, sbb sudi call dan nyanyikan lagu birhday utk saya..walaupon hanya sebaris! Sesungguhnya..I beruntung dapat jadi kawan u.. :)

Terima kasih buat Juju, Syarmin, Nadd, Fiefie, Yann, Fadzila, Kak Syafa, adikku Faten, Laily, my dear Tussy, Sara Sabrina, Kak Zura, Kak Ida, Liexxa dan adikku Maziera Sayang.. kerana sudi menghantar SMS kepada saya dengan ucapan yg sangat indah dan best! :) Terima kasih sangat2 kerana masih lagi ingat pada birthday saya.. :)

Terima kasih..buat Kak Wanie, Amylea, Mr. Raja, Haizam, En Yusry, Aci Tari, Dyana, Khairunnisa, Kak Eba, Kak Eima, Syida Dida, Akmar Comel, Zurry Deary, Bee Chee, Nory, Miss Nadia, Kak Athin, Syazwani, Erynn Muffins, Fei Min, Maisyah, Miss Noreen, Elia, Nana Dik, Shahida, Fitri, Wan Poji, Hammam, Haniko, Gillian ku, Sue di opis, Che Nurul dan Boo nye, Aimi kawan lama ku, Hanna ku di MMU, Paiz Angel ku, dan Suessy Suraya.. for the warm wishes kat Facebook.. sesungguhnya saya terlalu menghargai ucapan2 itu.. happy sangat! :)

Thanks to my classmate, Raja Norul Baizura sbb sudi call all the way from Kuantan to wish my birthday.. thanks sangat2!

Thanks to Kak Ieka, Siti Ellisa, Soleha, Zanna dan Kak Sya.. sbb personally Ym saya utk wish birthday saya.. :) suke!

Thanks to my both brothers in law to be, Abg Hezri and Yusree kerana wish secara personally, tadi.. hehe..

Thanks to my dear Hanna, who wish kat blog ni! Thank u dear! :D

Terima kasih buat my dear Dila Lana, kerana sudi menghadiahkan satu Teddy Bear yang teramatlah besar, sempena Birthday saya kali ni.. Sungguh tak sangka! Comel sangat teddy bear tu! Tak sangka umur dah 24 tahun pon boleh dapat teddy bear.. love you dear..

Hari Jadi pada kali sememangnya bermakna dan best..sbb adanya korang semua. Thanks korang! Saya terlalu menghargai kehadiran korang semua dalam idup saya..

Dan tak lupa.. kepada semua yang pernah teringat pada Birthday saya, saya hargai.. :)

I'm 24 now.. alhamdulilah, syukur kepada Tuhan.. Semoga tahun ini, akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.. Insyallah.. :D

Terima kasih semua.. Love ya guys.. always.. :)

With Love,
- Fana a.k.a Farsha

Friday, October 16, 2009

Simptom Nak Tua Kot?

Asalamualaikum dan Hai..

Sedang ber'fesbuk'..
Tibe2 ternampak senarai "All Friends" kat page kakak saya, Dyana..
Eh? Boleh plak fesbuk ni parking elok je gamba saya dengan Kioshii..
Sebelah menyebelah plak tu..hihi..
Tanpa berfikir panjang, trus printscreen..
Yela, bukan slalu gamba kami leh secara kebetulan jadi sebelah2 kat profile orang lain kn?


Hehehe..
Takde keje kan? Bende camni pon nk cite kat blog?
Simptom nk tua kot? :P

Dua hari lagi! :D

Sunday, October 11, 2009

Happy 21st Sis. :D

Khas buat satu2nya adik perempuanku..
Raihana Binti Wahab..
Happy Birthday yang ke 21 tahun...

Oh, sesungguhnya anda sudah memasuki alam dewasa..
Semoga Panjang Umur, Sentiasa dilapangkan ruang rezeki dalam hidup..
Dan mendapat keberkatan daripada Illahi.. :)
Rai takyah la harap dapat Kunci Kebebasan dari mak abah,

sesungguhnya, sebelum kita 21 tahun pon dorang dah bagi..hahaks..:P


Happy birthday sis.. :)
Jangan masam selalu, always senyum n ceria ok? :D

Oh ya, jangan marah pasal ini gamba ek? Saje syok2..hahaks!

Cheers!
Fana a.k.a Farsha

Thursday, October 8, 2009

Coretan yang Wajib Dikongsi, dan Wajib Dibaca!

Asalamualaikum dan hye .. ;)

Tadi..saya tengah busy dengan keje. Then saya amik masa utk check email saya. Then, saya terbace satu email yang kawan saya porwerdkan pada saya. Bile saya baca, saya tak berhenti setuju, dan saya SANGAT BERSETUJU dengan apa yang saya baca. Dan saya rase, adalah agak best kalau saya share apa yang saya baca dalam email tersebut. Tapi saya tak tau sape penulisnya..

But, kredit to Liexxa for forwarding this email to me. :)
Dan kredit kepada penulis artikel ni..walau siapa jua diri anda... hehe. :D


------------------------------------------------------------------------------------------------------

Title : " Dari Seorang Lelaki. Wajib Bace. "

Teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak mandi. Masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut ...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya.... Sepi tiada jawapan. Dia masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh, periuk tidak bercuci. Mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Dia masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh, apatah lagi yang masih direndam..

Lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..

" Awak sakit ke? "..tanya lelaki itu..

" tak lah ...", jawab isterinya ringkas

" Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni? ", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam...

balas isterinya " Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg kata yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang... NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI...."

" Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan..."

Best baca sampai abis!!!. It's true.

To share.. Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada di rumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and I''m off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,Freeedommmm lah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...

Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up.. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah.

Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faveret jadik tak faveret. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai maple. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop... Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...mungkin begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..?

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you...:)

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when I was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut...And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!! Boleh main rollerblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang Emak, Ibu, Ummi, Mummy, Mama in our life!!

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang, Mak saya ada kat PD.. dia oustation kat sane slame seminggu. Tiap2 hari, kami adik bradik dengan abah, keluar makan. Tengahari kat kedai, malam pon kat kedai. Kami cube jugak masak, tapi tak sesedap masakan mak. Sayur goreng pun nampak lemau je bile kitorang masak. Potong ikan pon, jadi lembik bok bek. 2 hari pertama, masih ok. Hari ketiga, abah dah bersuara.. " Lamenye mak korang nk balik... "

Si Aniq, adik saya yang bongsu pon mengeluh, hari2 kene makan nasi sejuk dengan lauk ayam goreng je.

Mak.. cepat la balik.. famili mak rindu kat mak ni........... :(

- Fana a.k.a Farsha

Monday, October 5, 2009

Suatu Petang Bersama Chenta Hati :)

Asalamualaikum dan hye..
Kami dah lame tak kuar same2. Dah lame tak amik gambar same2. Sabtu lepas, lepas pergi kenduri kawin ex-opismate dan beberape open house, kami terus ke Putrajaya. Singgah Alamanda dan singgah bangunan Istana Kehakiman, shoot gamba kat sane.. Saya amik gamba dia, dia amik gamba saya. Gamba kami? Tripod yang tolong... Hehehe. Jom layan pictures! :)

Gambar yang last tu, special edition skit. Susah nk cari no plet tu. Ngehehehe...

Seronok skali skala dapat buat outting macam ni, dapat pektis skills photography..and also release tension. Lagipon..dah lame sangat tak outting amik gamba. Masing2 dalam mood raya lagi agaknye. Hehe.

Tapi, bile saya tgk gambar2 ni, confirm lah badan saya dah tembam!! Aaaaaa..tensionnye jiwe. Dah la memang tembam, lagi tambah tembam plak... kene diet la camni.. hehehe.. ;)


Cheers!
Fana a.k.a Farsha

Friday, October 2, 2009

Petang itu, Gegaran itu.

( Amaran - ini kisah tak berapa seram )

30 September 2009. Lebih kurang 6.11 pm.Dia sedang duduk di hadapan komputernya. Memandang skrin dengan penuh fokusnya. Banyak kerja agaknya dia? Jam di tangan menunjukkan sudah pukul 6.11 petang. Baru dia tersedar, sudah melebihi waktu pejabat. Dia toleh kiri dan kanan, sudah gelap di sekelilingnya. Semua orang sudah pulang. Terdetik di hatinya, "Camana aku boleh tak perasan semua orang dah balik? ish..". Namun, dia belum mahu bangun dari kerusinya.

" Nak balik skarang, jem plak.. " desis hatinya.


Dia membatalkan hasrat utk pulang, walaupun disekelilingnya sudah kosong. Fikirnya, kalau pulang sekarang, sudah tentu sesak teruk. Bepusat di Damansara sememangnya membuatkan dia harus melalui lebuhraya LDP yang sememangnya sesak, tiap-tiap hari. Lagi-lagi pada waktu puncak. Kalau dia pulang sekarang, mesti tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jadi, dia meneruskan kerjanya di komputer. Kelihatan sebahagian pejabat di tingkat 12 itu sudah gelap. Hanya ada beberapa sahaja lampu kalimantang yang masih menyala, sekadar cukup untuk menerangi kawasannya di dalam pejabat itu.
Pejabatnya sunyi sepi, hanya tinggal dia seorang. Tidak terdetik pula di hatinya untuk memutarkan lagu di komputer. Sudah jemu agaknya dengan playlist sendiri.

Sedang matanya fokus memerhatikan skrin, tiba-tiba kedengaran..

"tip..tip.."

Dia tersentak. Dipandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Tapi bunyi seakan bunyi lantai dipijak orang. Dia mengalihkan semula pandangannya ke skrin komputer.

Beberapa saat kemudian..

"tip..tip..tip...tipp..tipp..."

Kedengaran bunyi itu semakin banyak. Dia bangun, memandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Serentak dengan itu, dirasakan tubuhnya terhuyung hayang, pandangannya bergoyang kiri dan kanan. Dia terduduk! Bulu romanya berdiri tegak. Kenapa ni? Dalam kepalanya sudah terbayang kan bermacam filem hantu yang pernah ditontonnya, Juon? Shutter? Jangan Pandang Belakang? Hantu keluar dari skrin??? Makkkk..!!

Dia segera mengemas mejanya, memasukkan apa sahaja yang mampu dicapai ke dalam beg sandangnya. Menekan butang START di komputer, dan terus SHUT DOWN. Sedangkan masih ada lagi program yang terpapar di skrin komputernya. Dia tidak peduli. Dia hanya fikir, PANIK, TAKUT dan mahu segera pulang.

Dia bingkas bangun, menyandang beg dan terus menuju ke pintu keluar. Di padam semua suis lampu dan penghawa dingin. Setelah semuanya gelap, dia keluar, dan terus menutup pintu utama. Sebagai orang terakhir yang keluar, sudah menjadi tanggungjawabnya utk memastikan semua lampu dan penghawa dingin ditutup, dan pintu dikunci rapat. Setelah selesai menutup dan mengunci, dia segera menekan punat ke bawah di hadapan lif. Jantungnya berdegup laju. "Cepatla..cepatla.." desis hatinya. Dia merasa seperti ada yang tidak kene, bulu romanya meremang, nafas turun naik. Dia panik. Dia takut. Seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikan gelagatnya.

Tiba-tiba..handphonenya berbunyi. Lagu Love Story nanyian Tailor Swift berkumandang. Itu kakaknya yang menelefon.

Dia : Heloo..

Kakak : Adik, adik kat mana?

Dia : Adik depan lif ni. Baru nk balik. Cam tak kene je...seram sejuk.

Kakak : Rasa tak gegar tadi?

Dia : Hah? Gegar? Gegar ape..?

Kakak : Akak tengah baring atas katil kat dalam bilik tadi. Tibe2 rase macam katil bergegar. Akak tanye mak, mak kata air dalam tab bergoyang. Ada gempa bumi kot. Rai pon rase..

Dia : Gempa bumi? ( dia terkesima seketika ) .. Ohhh..that's explain everything.... ( dia sedikit lega, hilang semua rupa hantu yang dia bayangkan dalam kepalanya sebentar tadi.. )

Kakak : Kenapa?

Dia : Adik tengah sorang2 dalam opis..tibe2 ade bunyi2. Bunyi macam ada orang jalan, mula2 sikit. Pastu lame2 bunyi banyak kali. Pastu adik rase terhuyung hayang. Pttla... bunyi2 tadi tu, bunyi tingkap kot. Sbb bangunan bergegar.. adik pk hantu je tadi. Hehe..

Kakak : Ek elehh... habis ni skang kat ne? adik kat tingkat brape?
Dia : Tengah tggu lif, adik kat tingkat 12 ni..
Kakak : Ha? Tingkat 12? Ish..balik balik balik. Balik cepat. Bahaya...

Dia : Ok2..adik nk balik dah ni. Nnt jumpa kat umah.

Sekilas itu, pintu lif terbuka. Dia masuk. Disandarkan tubuhnya ke dinding lif. Dia termenung seketika, kemudian tergelak sendirian. Memikirkan betapa kelakar dirinya dalam situasi tadi, dalam keadaan begitu pun boleh terfikirkan hantu. Itulah..terlalu banyak menonton filem2 hantu, sampaikan otak pun dah macam hantu. Siang-siang mana ada hantu.

Apabila dia tiba di ground floor, kelihatan ramai orang di luar bangunan. Semuanya keluar, kerana berlaku gegaran sebentar tadi. Semuanya panik, barangkali. Dia terus menuju ke keretanya di parking, menghidupkan enjin dan terus meluncur laju. Dalam kepala hanya terfikirkan, wajah keluarga. Dia mahu segera pulang.

Malam itu, baru dia sedar tentang apa yang berlaku petang tadi. Di Padang, Indonesia..berlaku gempa bumi berskala 7.6. Gegaran itu turut dirasai oleh negara2 jiran, seperti Malaysia dan Singapura.

" Patutla adik rase gegar petang tadi... sbb adik dalam bangunan tinggi. Nasib baik takde pape.. " kata ibunya.

Tetapi, Indonedia dilanda kemusnahan yang agak teruk, kerana peristiwa tersebut. Dia melahirkan rasa simpati kepada penduduk di sana.. namun dia bersyukur, kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku semasa gegeran itu di rasai. Alhamdulilah.

* Rentetan peristiwa saya 2 hari lepas, mostly semua bangunan2 tinggi kat sekitar Selangor dengan KL dapat rase gegaran dari gempa bumi di Indonesia. Alhamdulilah, takde pape yang serius daripada gegaran tu kat Malaysia. Tapi, macam2 bencana lain berlaku pada 30 September 2009. Hujan, ribut, banjir..sampaikan JB pon kene hujan air batu. Ya Allah..ni baru sikit. Cmanalah orang di Indonesia dan jugak Samoa kene bencana Gempa Bumi dan jugak Tsunami...?

Samalah2 kita berdoa agar saudara2 Islam kita di Indonesia tabah melalui semua dugaan2 ini..insyallah..

ps : Terpikir jugak masa dalam kete, bangunan dah bergegar pon saya boleh naik lif lagi utk turun ke ground floor. Bukan shud be, kene guna tangga kecemasan ke? Ceh! Tepuk dahi diri sendiri! :P

- Fana a.k.a Farsha