Wednesday, September 30, 2009

All About My Raya :)


Asalamualaikum and hye..

Semuanya tentang Sambutan Hari Raya saya pada Tahun 2009..

Raya Tahun ni..
Bersemangat belajar masak dengan mak. Belajar masak rendang, buat ketupat dau
n palas dan buat kek coklat. Punyala bersemangat menganyam ketupat, sampai berdarah jari kene raut dek daun tu. Adeh! Tahun ni pon buat 2 jenis kuih je, kuih Tart Nenas dengan Kuih Sarang Semut. Yg lain? Tunjuk sudehhh...:P
Raya Tahun ni..
Tema baju tahun ni warna Silver. Dah nk masuk 6 tahun kot, famili saya buat baju sedondon utk Raya. So, tahun ni buat kaler Silver, tapi ada corak macam2 kaler. Agak pening jugak nk cari tudung yang serasi dengan baju kurung. Last2 pinjam tudung mak je. :P Ngehehe..

Raya Tahun ni..
Still tak dapat join Solat Aidilfitri lagi tahun ni! Ish! Sebab ap
e, sbb pagi tu saya bangun lambat. Tiap2 tahun macam tu.. bengang sungguh dengan diri sendiri.
Raya Tahun ni..
Lepas abah ngan aniq balik dari smayang raya, terus mengambil posisi masing2 utk bersalam raya. Dan seperti selalunya, airmata ini tak penah dok diam dalam mata bile time salam mak abah. Mesti nangis.. sengangis2 nya.. Sebab, time salam tu, mesti dok terbayang dalam kepala, betapa banyaknya dosa yang dh saya buat kat mak n abah, plus famili. So..mintak ampun dan maaf kat mak n abah, mesti stok nangis2. Tapi tahun ni, kurang skit. Tahun lepas paling dasat, sbb aniq yang berumur 8 tahun meraung dan melutut depan mak mintak maaf.. Tahun ni? Aniq caver kaw2 airmata dia..hehe..

Raya Tahun ni..
Balik kampung pada hari raya pertama.. balik ke Air Kuning, Perak.. umah opah. Tido kat Perak selama 3 hari. Dalam 3 hari tu, banyak beraya ke umah sedara mara kat area Perak : Gopeng, Slim River, Malim Nawar, Batu Gajah dan Ipoh. Tapi..kuantiti rumah tahun ni agak kurang dari tahun lepas. Tak tau pesal.. Lepas bermalam 3 hari, trus straight g Penang. Tido kat umah sepupu kat Bayan Lepas.. Sempat jugak singgah kt umah kazen, ada kenduri + pertunangan..hehe..;)

Raya Tahun ni..
Keinginan untuk mengambil gambar tahap paparazzi sangat tipis. Tak tau kenapa.. tahun ni kurang amik gamba. agaknye busy beraya n enjoy sakan jumpa sedara mara yang dah lame sang
at tak jumpa. Tapi, sikit2 pon..ada la 500 keping.. hahahaks!

Raya Tahun ni..

Baju Raya ada 2 helai je.. malas nk bli banyak, sebab baju kurung dulu2 pon masih elok dan muat lagi. So tanak beli banyak2. Mood shopping pon takde. Rekod tahun ni..famili saya tak g shopping kat PKNS langsung.. langsung ok?
Raya Tahun ni..
Terasa sedikit istimewa, sbb pertama kalinye pergi beraya di rumah Kioshii.. dan pertama kalinye bertemu dengan bakal mak mertua. Ngehehehe.. Dan dari apa yg Kioshii ckp, LULUS dengan lampu hijau yang menyala! :P tehehehee....

Raya Tahun ni..
Masih lagi tak g berjalan beraya ke rumah kawan2.. insyallah, tgkla pasni.. nk g jugak. Nk claim duit raya kat kawan2.. :P BTW, dah nk masuk 24 tahun pon, saya masih dapat duit raya dari certain people.. hehehe. best!!


Raya Tahun ni..
Apa yg paling bermakna..dapat spent time dengan famili, opah, kioshii dan sedara mara. Alhamdulilah, panjang jugak umur saya nk sambut raya pada tahun ni.. harap2, lepas dah bermaafan, takkan lagi diulangi kesilapan yang same cam tahun2 dulu..


Pape pon, Raya tahun ni tetap best..walupon pada saya, kurang meriahnya cam tahun2 lepas. Mungkin sbb dah dewasa kot kn. But, it was great. Plus, raya pertama jadi special skit, sbb 20.09.2009 tu birthday kakak saya, si Dyana..
So, Happy Birthday to you my Sis..
Semoga Panjang Umur, dimurahkan rezeki..
Dan sentiasa dirahmati Allah s.wt..
dan jugak..dipercepatkan majlis perkahwinannya! Hehe..
Sory, lambat sangat celebrate besday Dyana, semua orang busy raya...
We all do love you..;)

ps : Oh ya..raya tahun ni ada jugak bende yang best buat diri saya, sbb saya dah dapat something yang telah saya idamkan dari umur saya 16 tahun.. ;) Hehehe..ape ek agak2? ( *wink )

Salam Raya,
Fana a.k.a Farsha :D

1 comment:

noor afzan said...

pedie tu farhana..??
usia 16 thn..form 4..
aku dah kaur dah dari skolah.hoho~