Thursday, April 23, 2009

Happy Birthday Aniq! :)

Pada 19 April 2009, maka genaplah umur adik lelaki ku menjadi 9 tahun.. Muhammad Aniq. Wahh..dah besar dah Aniq.. kejap2 je, dah 9 tahun dah Aniq dilahirkan ke dunia. Sori Aniq, akak post pasal birthday Aniq lambat beberape hari.. kebizian dan ketensionan melampau. Hehehe.


Anyway, masa birthday Aniq ari tu, saya dan juga Aniq busy pulak dengan aktiviti berniaga. Hehehe.. ( Nnt ada masa saya cite ). But, malam tu keluar jugak dengan famili, had our dinner at Bagan Seafood, Klang.. one of Aniq's favourite place..

Malam sebelum birthday Aniq, mak dah siap tanya awal2..

Mak : Aniq, esok birthday Aniq.. aniq nk kek ape?

Aniq : Aniq nak Kek Chocolate Mud, Secret Recipe.. ( mak aii..demanding! )

Mak : Ok.. nnt mak suruh kakak2 belikan. Aniq nak makan kat mane..?

Aniq : Ermm.. kalau ikutkan hati, nak makan Victoria Station, tapi taknak la.. mahal sangat ( kami dah berpandangan sesama sendiri, high class sungguh adik kitorang yang sorang ni! ).. Jadi, Aniq nak makan kat Bagan Seafood.. Kalau tanak jugak, makan kat Raizan je
( Kedai tomyam kesukaan dia kat Putra Perdana, Puchong )..Aniq tak kisah.. ( sambil dia angkat kening )

Kami anak beranak tergelak je dengan permintaan Aniq. Kecik2 dah pandai cakap.. besar nanti? tak tau la camana. Abah slalu ckp, Aniq ni boleh jadi pemimpin.. ( Aminnn.. ) Walaupun umur dia 9 tahun, tapi bercakap macam orang 30 tahun, al maklumlah, dibesarkan dengan orang2 dewasa.. hehe. Cara dia berpikir pon tak same macam budak kecik, dia lebih dewasa dari umur dia yang sbenarnya.

Teringat masa weekend lepas, Aniq terpilih jadi wakil skola utk masuk satu pertandingan Solat Subuh kat skola agama dia. Dia jadi Imam.. ( badan tuff, sesuai jadi leader.. hehe ). So, masa dia g pertandingan tu, kami suh dia buat baik2. Tengahari tu, saya call dia, nak tanyekan macamana dengan pertandingan tu..

Saya : Aniq! haa..camana sembahyang tadi? ok tak?

Aniq : Ok la jugak.. Aniq menang nombor 3.. ( selambe je dia cakap.. tersangat bersahaja.. )

Saya : Wahh! ( saya dah eksaited dh! )... congrats2! Terror la Aniq, menang no 3.. ! :D

Aniq : ( Dengan selambenye dia jawab ).. ala Fana, bukannya dapat duit pon, dapat piala dengan buku.. takde pape pon...

Hahahaha.. terlopong jap la dengar jawapan dia.. dia kata tak dapat duit.. hehe. Punyala dasat budak ni berpk. Kalau teringat masa saya kecik2 dulu, dapat hadiah nipis, berbalut dengan kertas warna coklat ( kertas minyak, skola saya slalu balut hadiah pakai kertas ni ), saya dah eksaited. Zaman skang, dapat hadiah, buat dek je... hehehe.. betapa berbezanya budak2 dulu dengan skarang ye... :)

Walau ape pon, khas buat Aniq ku.. yang sangat disayangi, SELAMAT HARI JADI.. semoga Aniq dipanjangkan umur, di kurniakan kesihatan yang baik, diberikan ketenangan dan minda yang baik, dan juga membesar sebagai seorang anak dan adik yang soleh.. ;) insyallah...

Oh ye, harap2 Aniq terhibur dengan nyanyian lagu Happy Birthday ala2 OPERA, Kak Rai nyanyi masa Aniq nk potong kek.. :P .. haha, sangat best!

We love u Muhammad Aniq Bin Wahab.. :)

ps : Aniq request for a PS2 sbg hadiah hari jadi dia.. so kami satu family berkongsi la duit nk beli PS2 utk dia.. hehehe. Ish2.. kecik2 dah pandai mintak macam2.. Tapi last2, kakak2 dia jugak yang tumpang main game.. hahahahaha...

Cheers!
- Kak Fana a.k.a Farsha

3 comments:

E-e-E-leya said...

aniq comelllll!!kak elia nk bg satu ciuman je bole??kekekek....rindu nk cubit pp tombam aniq...ngeee

Fanapicaholic said...

hehe...
kak elia yg comel..
aniq suh datang umah..cepat! :D

HANIKO ARIHYOSHI said...

eh...aniq bday 19 april...ohh my neighbour la..ehheeh

AppY BdaY Aniq